Hajimeli's Blog


Mendaki Bukit Broga Dan Gunung Tok Wan
02/08/2010, 2:04 pm
Filed under: Uncategorized | Tags:

010Hari Aha014d, 25 Julai 2010, pergi mendaki Gunung Tok Wan, di Broga, letaknya tidak jauh daripada rumah, oleh sebab hari Ahad tidak banyak kereta yang bergerak di jalan raya, untuk sampai ke kaki gunung, hanya mengambil masa 13 minit sahaja. Idea untuk mendaki ini datang secara tiba-tiba kerana tidak ada aktiviti kayuhan jarak jauh yang dirancang, tambahan pula sudah lama tidak mendaki. Setelah membuat persiapan ala kadar, bergerak daripada rumah pada jam 7.27 pagi. Apabila sampai pada jam 7.40 tempat letak kereta di dalam ladang kelapa sawit telah dipenuhi, di kiri kanan bahu jalan juga berbaris kereta sepanjang jalan. Tidak mahu mencuba memasuki kawasan letak kereta kerana di situ dikenakan bayaran RM2.00 sebuah kereta. Pilihan dibuat iaitu dengan 012meletakk002an kereta di bahu jalan, jauh sedikit daripada kaki gunung. Tidak mengapa kerana tujuannya ialah untuk mendaki, bolehlah memanaskan badan.

Jam 7.46 pagi mula mendaki, dimulai dengan Bukit Broga yang terkenal itu, bukit ini ada empat puncak. Tidak diketahui cara penetapan puncak berkenaan kerana ada lebih daripada empat. Untuk sampai ke puncak bukit terpaksa berjalan sejauh 1.7 kilometer. Ketinggian bukit ini ialah 400 meter. Puncak yang pertama tersangatlah mencabar, bagi mereka yang baru hendak berjinak dengan aktiviti ini, ia sangatlah memeritkan,      curam lebih kurang 75 darjah, mengandungi lebih 200 ratus anak tangga. Anak tangga ini dibuat oleh kumpulan yang perihatin untuk memudahkan pendaki. Pendaki-pendaki yang boleh melapasi puncak ini, secara umumnya boleh menakluki Bukit Broga.

004013Ramai orang pada hari ini. Sememangnya begitu pada hujung minggu, dianggarkan ada di antara 500 ke-600 orang, warga emas, tua, muda, kanak-kanak pun ada. Menyebabkan berlaku kesesakan. Pemandangan di sini sememangnya cantik. Ia dihiasi dengan kehijauan pokok lalang, saujana mata memandang. Jauh di sana boleh kelihatan taman-taman perumahan, ladang kelapa sawit. ladang getah dan bukit bukau yang rasanya tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Hanya datang sendiri, hayati dan renungi akan kecantikan pemandangannya. Tidak hairanlah, ramai orang datang ke sini. Tidak boleh lama berada di Bukit Broga kerana cuaca panas, tidak ada tempat berlindung daripada panahan cahaya matahari.

009Jam 8.30 pag006i sampai di puncak Bukit Broga. Berihat sebentar dan minum air, ternampak Encik Amin Ali, isteri dan anak lelakinya dari Puchong sedang memerhatikan laluan ke gunung Tok Wan. Serta merta mempelawanya ke sana. Walaupun telah mendaki G7, Encik Amin belum pernah sampai ke puncak gunung Tok Wan. Nampak ragu-ragu tetapi selepas memberi keyakinan mereka bersetuju untuk meneruskan perjalanan. Adalah kawan untuk ke sana.

Jauhnya Gunung Tok Wan dari puncak Bukit Broga ialah 3.1 kilometer. Ketinggiannya pula ialah 675 meter. Perjalanan ke sana akan melalui rimba, suasananya sejuk dan tenang, tidak mencabar seperti Bukit Broga, cuma jaraknya jauh. Tidak ada pemandangan yang menarik, tetapi untuk tujuan rekreasi ia berbaloi didaki. Tidak ramai yang hendak meneruskan perjalanan ke 008sana. Kebanyakannya berakhir di Bukit Broga. Sampai di puncak pada jam 9.55 pagi. Di puncak berjumpa dengan Encik Muhammad Kamsani dan kawan-kawannya dari Gombak. Mereka baru pertama kali mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan. Mereka tidak ada masalah mendakinya kerana masih muda dan bertenaga. Berjumpa juga dengan Encik Din dan anaknya yang berumur mungkin tujuh tahun dari Taman Seri Pelangi, Semenyih. Selalu ke Bukit Broga tetapi pertama kali ke Gunung Tok Wan.

Pada jam 10.40 bertolak turun, sampai di Bukit Broga pada jam 11.45 tengah hari, dan cuaca panas terik, seperti yang diberitahu tidak ada tempat berlindung, serupa dengan lebuh raya. Sampai di kaki gunung pada jam 12.20 tengah hari. Kereta telah banyak berkurangan, boleh dibilang dengan jari. Terus pulang ke rumah.

cendawan 014cendawan 015

001

Jenis-Jenis Cendawan Yang Ditemui Dari Bukit Broga Ke Gunung Tok Wan

cendawan 001cendawan 002cendawan 003cendawan 004cendawan 005cendawan 006cendawan 007cendawan 008cendawan 009cendawan 010cendawan 011cendawan 012cendawan 013cendawan 016cendawan 018cendawan 019cendawan 020cendawan 021cendawan 022


5 Comments so far
Leave a comment

salam,
sy dan kawan2 sy terserempak dgn pakcik masa kami naik broga 2 minggu lepas. Insya Allah esok, Sabtu 18.06.2011) kami nak naik broga lagi terus sampai gunung tok wan. kami dah beberapa kali naik broga tapi esok ialah kali pertama kami nak ke tok wan… harap2 blh jmpa pakcik lagi hehe..
from – ana, zainal, karimi, siti, kak rina, amy

Comment by ana

Saya ke Tokwan tadi, tapi saya tidak perasan. Masa akan datang perkenalkanlah diri. Bertegur sapa masa mendaki penting juga untuk motivasi. Esok, Ahad saya akan mendaki lagi.

Comment by hajimeli

Saya mendaki Gunung Tokwan tadi. Tidak perasan pulak, sama ada bertembung atau tidak. Ada banyak kumpulan. Esok akan mendaki lagi. Sudah jadi hobi. Akan datang kalau jumpa tegur. Penting untuk motivasi.

Comment by hajimeli

Salam Haji, sudah 2 minggu saya terserempak dgn haji tapi belum berkesempatan untuk bertegur sapa..in sha Allah lepas ni saya tak nak lagi lepas peluang untuk menegur dan mengenali pakcik. Kagum melihat pakcik bersendirian dan hanya berbekal kan sebatang tongkat utk ke gunung tok wan.

Comment by Zainal Abidin M Noor

Tidak ada masalah. Nanti boleh bersama-sama ke Gunung Tok Wan. Saya sering ke sana pada hari Sabtu dan Ahad. Hari lain hanya di Bukit Broga sahaja.

Comment by hajimeli




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: