Hajimeli's Blog


Tempat Latihan Kayuhan Haji Ramli
10/08/2010, 3:18 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

Latihan adalah sangat penting kepada sesuatu aktiviti sukan. Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tiada usaha untuk mendapatkannya.Kayuhan ke Singapura dan ke Padang Besar tidak mungkin dapat dilakukan, sekiranya tiada latihan yang berterusan.  Oleh itu latihan adalah amat penting untuk mengekalkan keupayaan mental dan fizikal. Latihan hendaklah dilakukan dalam keadaan pelbagai cuaca, panas terik, hujan dan mendung.  Cuaca tidak boleh dijangka. Tengah sedap mengayuh hujan boleh turun dengan lebatnya. cuaca boleh menjadi sangat panas. Tidak boleh berhenti sewenang-wenangnya kerana ada matlamat. Tidak boleh hangat-hangat tahi ayam. Di samping itu mesti ada disiplin supaya ia boleh mengawal dan boleh mematuhi peraturan-peraturan, terutama sekali yang  berkaitan dengan peraturan Allah dan peraturan yang sendiri tetapkan. Kurangnya disiplin boleh juga menyebabkan kegagalan.

Bagi tujuan latihan kayuhan selalu dilakukan selepas subuh. Selepas sarapan pagi. Sekali sekala pada waktu petang, itu pun kalau hujan pada paginya. Pada permulaan kayuhan lima tahun yang lalu diselang-selikan dengan berjogging dan pada hari Sabtu atau Ahad akan pergi mendaki gunung. Gunung yang sering didaki ialah Gunung Nuang dan Gunung Dato’. Gunung Tok Wan baru tahun ini mendakinya. Pernah mendaki Gunung Jerai, Gunung Ledang dan Gunung Fuji. Kadang-kadang membuat kayuhan jarak jauh yang lebih daripada 100 kilometer dan balik hari.

Pada permulaan berjogging lari keliling taman yang jaraknya dua kilometer satu pusingan, bila keadaan bertambah baik dan serasi tambah pusingan. Apabila menyertai separuh marathon di Kuala Lumpur pada tahun 2008 dan 2009, berlari 10 pusingan, kalau mula pukul 7.00 pagi, jam 11.00 tengah hari baru selesai. Selepas beberapa lama, rasa jemu mula mencari laluan lain dan memasuki taman yang berdekatan iaitu Taman Sunway. Jarak larian ialah lima kilometer satu pusingan dan terpaksa mendaki Bukit Sunway yang jauhnya lebih kurang satu kilometer. Laluan ini juga digunakan     apabila membuat latihan kayuhan.

Apabila saudara Shariff membeli basikal, ( selalu juga mendaki dengannya, Gunung Dato’ sangat  ia minati, pokok-pokok di situ sudah mengenalinya ) lima bulan yang lalu, ia mengajak mencari laluan yang lain. Katanya, ” Laluan ini kurang mencabar, jalan tar. ” Berusaha mencari dan menerokai tempat-tempat yang belum dilalui. Akhirnya jumpalah laluan yang menjadi tempat latihan harian yang betul-betul mencabar dan berbaloi setakat ini yang berdekatan dengan rumah. Satu Pusingan Litar ini ialah 10 kilometer. Berdasarkan kepada keupayaan, saya dan Shariff boleh menghabiskan satu pusingan dalam masa satu jam.

Laluan ini dimulai daripada rumah di Jalan Satu Desa Mewah dengan membelok ke kanan, mula mendaki, tidaklah begitu curam. Di kiri jalan boleh kelihatan pokok buah-buahan yang di tanam oleh penduduk yang tinggal di jalan ini dan jalan-jalan yang lain. Ada pokok mangga, pokok jambu, nangka, sukun, pokok naga pun ada. Terdapat juga pokok pisang, nenas, serai, tebu dan pokok bunga kantan. Lalang pun boleh tahan juga banyaknya. Terdapat juga sebuah kolam, yang suatu masa dahulu menjadi hiasan kepada Taman Desa Mewah. Sekarang menjadi kenangan kerana airnya keruh dan pada musim panas ia menjadi kering. Sampai di tangki air belok sekali lagi ke kanan masuk ke Jalan Enam, Jalan Enam boleh dikatakan tidak banyak kehijaun kerana di kiri kanan jalan adalah rumah kediaman. 20 meter kemudian belok ke kiri menuju ke Jalan Tujuh, di kiri jalan ialah tangki air sekali lagi belok ke kiri memasuki Jalan Tujuh ” E “, Laluan ini adalah mendatar.  Daripada laluan ini juga boleh kelihatan kolam yang dinyatakan tadi di sebelah kiri dan terdapat banyak pokok. Sebatang daripada pokok itu terdapat sarang burung tempua yang bergantungan, tetapi kadang-kadang berkurangan dengan banyaknya. Diambil oranglah tu. Satu sarang RM5.00. Kesian burung tempua kerana ketidakbertanggungjawabnya manusia. Selepas itu membelok ke kanan memasuki jalan yang tidak bernama. Di kiri jalan terdapat bukit yang telah ditarah tepinya dan masih kelihatan hijau di sepanjang jalan ini. Kadang-kadang boleh mendengar kokokan ayam hutan di kawasan ini. Boleh juga melihat burung-burung yang berterbangan dan berlarian.  Masuk  ke Jalan Tujuh ” A “.  Pemandangannya sama dan keadaan Jalan Tujuh ” A “, adalah mendatar. Belok ke kiri masuk semula ke Jalan Tujuh. Menurun. Lebih kurang 50 meter membelok sekali lagi ke kiri ke Jalan Lapan. Selain daripada semak samun terdapat ladang kelapa sawit di kiri jalan. Menurun memasuki jalan yang tidak bernama di sebelah kanan. Masuk sekali lagi ke Jalan Tujuh dengan membelok ke kiri. Masuk ke kanan iaitu Jalan Taman Desa Mewah. Di kiri dan kanan Jalan Taman Desa Mewah dihiasi dengan pokok-pokok tanaman manusia. Terdapat kedai-kedai yang menjual barang runcit, restoran dan beberapa kedai yang lain. Kebanyakannya masih belum memulakan perniagaan, walaupun telah lama dibuka. Mendaki lebih kurang 300 meter hingga ke pondok jaga dan menurun sejauh 150 meter. Di kiri kanan jalan kelihatan kehijauan, dan kalau bernasib baik boleh melihat ayam hutan di sini. Keadaan jalan mulai sibuk. Jalan utama untuk ke destinasi lain. Belok ke kanan memasuki Taman Sunway, mendaki sejauh satu kilometer dengan melalui surau, gelanggang bola keranjang dan taman permainan.  Terdapat latihan taichi dan senam robik di sini. Ada trek larian yang jaraknya 300 meter satu pusingan. Ramai juga orang yang berlari terutama pada hari Sabtu dan Ahad. Belok ke kiri dan memasuki Jalan Sunway 2,  masih mendaki sehingga ke pondok jaga di puncak Bukit Sunway. Di kiri kanan jalan dihiasi dengan cantik oleh pokok-pokok yang ditanam oleh pemaju. Buat pusingan ‘ U ” menurun, lebih kurang 200 meter berhampiran dengan Kelab Reakrasi Sunway dan lot kedai belok ke kiri ke Jalan Sunway 3/6, 130 meter berikutnya membelok  ke kiri sekali lagi ke Jalan Sunway, terdapat pondok jaga di sini. Mula mendaki dan membelok ke kiri ke Jalan Sunway 3, buat pusingan ‘ U’ dan menurun ke Jalan Sunway semula 150 meter kemudian belok ke kiri ( berapa kali kiri dah ) memasuki kawasan ladang kelapa sawit. Terlalu banyak jalan, kalau tidak berhati-hati boleh tersesat. Laluan yang selalu diikuti ialah laluan yang mudah dan bolehdibuat pusingan, laluan ini mencabar kerana menempuhi jalan batu kerikil, jalan berpasir, tanah liat, berlubang-lubang dan berumput.  Mendaki dan menurun. Di sabuah bukit terpaksa mengambil masa satu bulan untuk berjaya mendakinya tanpa menolak basikal atau berhenti. Walaupun sudah ada kemahiran di situ masih juga sekali sekala terpaksa menolak dan tiba-tiba  basikal berhenti. Keadaan ini berlaku kerana bukit itu curam dan laluannya berbatu kerikil tidak mencengkam bumi, mesti berhati-hati dan fokus. Garuk hidung pun tidak boleh. Tumpuan sepenuhnya mesti diberikan. Satu pusingan laluan di ladang kelapa sawit ini akan mengambil masa 20 minit. Banyak ayam hutan dan burung-burung. Kalau bernasib baik boleh jumpa ular. Pernah melanggar seekor ular yang berwarna hijau, tidak tahu namanya. Pernah juga terjumpa ular sawa di tengah jalan. Pokok kelapa sawit merupakan pokok utama, terdapat juga pokok pisang hutan dan semak samun. Suasana aman, tenang dan redup, sungguh melegakan.

Balik akan mengikut jalan yang sama cuma tidak akan mendaki Bukit Sunway di Jalan Sunway 2. Sebelum pulang akan berehat  dengan Shariff  di Jalan Sunway 3. Berborak pelbagai isu dan minum air yang dibawa. Tidak boleh lama di situ kerana Shariff akan pergi kerja. Kadang-kadang latihan ini juga akan disertai oleh saudara Karim juga seorang pesara. Ia pernah berkayuh di Thailand. Hebat juga. Kami bercadang akan membuat kayuhan mengeliling Semenanjung Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2010 ini. Karim nampaknya telah mula membuat persiapan yang diperlukan untuk kayuhan ini.  Semoga Allah mengizinkannya. Secara keseluruhan pemandangan di sepanjang perjalanan sememangnya cantik dan tidak berdebu. Untuk aktiviti latihan harian trek ini sudah memadai.


1 Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: