Hajimeli's Blog


KAYUHAN MENJELAJAH BORNEO ( SARAWAK, BRUNEI DAN SABAH )
26/04/2011, 8:56 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

DSCF0048Kayuhan ini dilakukan ekoran daripada kejayaan Kayuhan Mengelilingi Semenanjung Malaysia yang mengambil masa 29 hari tahun 2010 lalu. Pada mulanya ia dirancang akan dilakukan dengan saudara Karim tetapi pada saat akhir saudara Karim tidak dapat menyertainya kerana perkahwinan anaknya hampir tiba. Oleh itu kayuhan ini terpaksa dilakukan secara solo. Keputusan ini dibuat kerana jika ditangguhkan akan datang mungkin pula saya yang ada masalah. Memberitahu perkara ini kepada saudara Karim dan ia tidak ada masalah dengan kayuhan solo ini. Saya juga telah memberitahunya bahawa tarikh yang sesuai telah diperolehi. Bajet juga telah diperolehi dari Yang Berhormat Datuk Johan bin Abd. Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semenyih, Selangor. Sumbangan ini lebih daripada cukup untuk pembiayaan keseluruhan kayuhan ini. Tarikh telah ditetapkan iaitu 26 Februari 2011 tarikh penerbangan ke Kucing kerana Sarawak akan menjadi tempat bermulanya kDSCF0053ayuhan. 28 Februari 2011 kayuhan akan dimulakan. Perkara ini diberitahu kepada saudara Hamdan urusetia tidak rasmi kayuhan ini. Ia banyak membantu supaya kayuhan ini menjadi kenyataan. Pendapatnya juga banyak diperolehi untuk memudahkan kayuhan. Ia juga yang memperkenalkan dengan Y. B. Datuk Johan Abd. Aziz. Berjumpa juga dengan rakan-rakan yang lain minta pandangan dan pendapat. Ustaz Shakirin misalnya telah memberitahu tempat-tempat yang sesuai untuk berhenti bermalam di Sarawak,dia tahu serba sedikit tempat itu kerana pernah bertugas di sana.

Saudara Hamdan telah menggantungkan banner di Jalan 1, Desa Mewah untuk menguar-uarkan kepada penghuni taman akan penjelajahan ini. Majlis doa selamat telah diadakan di surau taman. Disebabkan penerbangan pada jam 2.00 petang, 26 Februari, saudara Hamdan telah meminta datang pada jam 10.00 pagi di pondok rukun tetangga kerana majlis pelepasan akan diadakan.

Perincian kayuhan ini adalah seperti berikut:

Hari 1: Sabtu, 26 Februari 2011DSCF0049

10.00 pagi, meninggalkan rumah ke pondok rukun tetangga. Beberapa orang rakan telah menunggu. Berbual dengan mereka mengenai penjelajahan ini. Di samping itu menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Saudara Norman telah menyampaikan sumbangan bagi pihak Rukun Tetangga. Lima minit sebelum bertolak ke lapangan terbang doa dibacakan oleh saudara Shariff.

11.00 tengah hari ke lapangan terbang Kuala Lumpur, anak-anak yang hantar dengan dua buah kereta membawa muatan seperti basikal, pakaian,  barang ganti untuk basikal dan lain-lain keperluan. Menantu dan cucu perempuan yang baru dua bulan turut serta.

12.00 tengah hari sampai di lapangan terbang dan mendaftar masuk dan basikal terpaksa dikenakan pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu sebelum didaftar masuk. Setelah semuanya selesai basikal dikenakan bayaran berasingan. Iaitu RM75.00.

2.00 petang penerbangan ke Kucing dengan MAS Flight MH2536. Keadaan cuaca yang baik, kurang gegeran semasa penerbangan. Duduk di tepi tingkap, sekali sekala meninjau ke bawah, tak  nampak apa pun. Duduk sebaris ialah En. Mohd Akhir, seorang pensyarah di salah sebuah maktab perguruan di Sarawak. Telah lama bertugas di sana. Ia mengetahui banyak mengenai keadaan muka bumi di Sarawak dan keadaan jalan rayanya. Ia ada menyebut Bukit BengunanDSCF0065 yang tinggi dan mesti dilalui untuk destinasi lain. Maklumat awal selain daripada Ustaz Shakirin dan rakan setaman yang pernah bertugas di Sarawak diperolehi daripada En.Mohd.  Akhir.  Leka berbual dengan En. Mohd Akhir tidak sedar kapal terbang telah mendarat dan proses pemeriksaan imegresen dilakukan oleh pihak berkuasa. Yang diperlukan ialah kad pengenalan.

4.00 petang keluar dari kawasan pungutan begasi dan mata liar memerhatikan keadaan dan suasana di lobi lapangan terbang. Berfikir apa langkah seterusnya. Hendak bermalam di Kucing seperti yang dirancang atau terus ke Kampung Pueh tempat bermulanya kayuhan. Keputusan diambil terus ke Kampung Pueh.

4.30 petang dengan menaiki teksi menuju ke Kampung Pueh. Tambangnya ialah RM150.00. Dalam perjalanan banyak yang diceritakan oleh pemandu teksi mengenai Kampung Pueh, iaitu suatu kawasan peranginan. Tetapi disebabkan hari telah petang mungkin sukar untuk mendapatkan makanan halal kerana majoriti penduduk ialah bukan Islam. Ambil keputusan ubah tempat mula berkayuh iaitu di Sematan tidak jauh dari kampung Pueh. Perjalanan ke sana di selang seli dengan hujan. Musim hujan di Sarawak. Oleh sebab tidak tahu situasi di Sematan minta pemandu teksi carikan hotel.

6.45 petang sampai di Sematan juga kawasan peranginan,di tepi laut ada DSCF0069pejabat imigresen. Menurut En. Saiman pemandu teksi ia bersempadan dengan Indonesia, dipisahkan oleh laut,  hari sudah mulai gelap, dapatkan hotel dengan bayaran RM50.00 semalam, agak selesa juga. Dekat Hotel itu terdapat gerai makanan Islam. Selepas solat ke sana untuk makan malam. Hujan telah turun dengan lebatnya semasa makan. Semasa menunggu berbual dengan tauke gerai keadaan untuk perjalan ke Kucing dan ke tempat lain di Sarawak dan lain maklumat yang diperlukan. Setiap soalan saya dilayan dengan sabar dan baik. Mereka tahu saya orang asing di situ, baru sampai, berdasarkan logath percakapan dan selepas itu bertanya asal usul. Bertambahlah maklumat yang saya perolehi mengenai Sarawak. Ini akan memudahkan kayuhan.

8.15 malam balik ke hotel walaupun masih hujan. Pasang semula basikal untuk kayuhan esok.

Hari 2: Ahad, 27 Februari 2011

Sematan – Kucing, 109 kilometer

5.00 pagi bangun tidur, sambung semula pasang basikal dan meletakkan muatan yang akan dibawa dalam kayuhan nanti. Cuaca pagi sejuk dan hujan masih turun renyai-renyai.DSCF0054

5.30 pagi mandi dan solat Subuh. Sambung meletakkan muatan di atas basikal. Ikut perancangan hari ini tidak mengayuh, rehat dan mengkaji suasana dan keadaan di Sarawak. Tetapi hendak buat apa duduk lama-lama dalam hotel, nanti bosan, tidak ada kawan hendak bercakap. Hujan masih turun hingga jam 7.00 pagi. Pergi mencari kedai makan, tak jumpa restoran Islam. Balik semula ke hotel.

8.00 pagi keluar semula untuk sarapan pagi, terjumpa gerai jual kuih tetapi tidak jual minuman. Setelah bertanya mereka berkata restoran di hadapan itu ada juga menjual makanan halal kerana tukang masaknya Islam. Rasa lega dapat bersarapan sebelum berkayuh. Hujan masih turun. Tekad telah dibuat akan berkayuh juga hari ini.Tanda jarak

9.40 pagi setelah membeli baju hujan kayuhan dimulakan. Destinasinya ialah Kucing. Hujan sampai di Lundu. Buka baju hujan, perjalanan menjadi selesa dan laju.

1.00 tengah hari berhenti rehat di Kampung Stongkor Baru. Dapatkan makanan halal. Beli roti tidak ada tanda halal, tetapi tauke kedai kata ramai orang Islam membelinya. Beli dan makan. Tidak makanan lain. Tidak ada gerai makan, kalau ada pun ragu-ragu. Kawasan bukan Islam. Rumah jarak-jarak.DSCF0057

2.30 petang singgah di Kampung Lembawang, beli pisang emas untuk tambahan tenaga. Mengikut penjual, di sini ramai penghuninya terdiri daripada masyarakat Melayu dan Dayak. Dalam perjalanan Ustaz Ismail telefon. Tidak mengenalinya. Ia menyatakan bahawa Ustaz Sufian yang berada di Miri meminta dia menunggu saya. Saya akan telefon semula apabila sampai di Kucing.

5.00 petang sampai di Kucing dan solat di masjid Bahagian. Telefon Ustaz Ismail. Tidak lama kemudian dia sampai bersama isterinya. Ia berasal dari Kedah dan isterinya dari Kelantan. Mengajar agama di Sekolah Jenis DSCF0058Kebangsaan Cina. Dia membawa ke rumahnya.

Kayuhan ini walaupun hujan pada sebelah pagi tetapi cuaca keseluruhannya adalah mendung. Kayuhan menjadi selesa dan tambahan pula keadaan jalan raya yang menarik. Akan bermalam di rumah Ustaz Ismail.

Hari 3: Isnin 28 Februari 2011

Kucing – Balai Ringin, 88 kilometer

4.30 pagi bangun dari tidur.

5.37 pagi solat Subuh.

7.30 pagi bertolak dari rumah Ustaz Ismail ke destinasi berikutnya iaitu Balai Ringin. Ustaz Ismail telah membekalkan banyak makanan, cukup untuk tiga hari. Ia lama di Sarawak dan tahu situasinya. Sebelum Balai RingDSCF0060in akan melalui Serian 66 kilometer dari Kucing. Tidak terdapat bukit yang tinggi tetapi jalannya landai, ia masih tetap memeritkan kerana jauh.

11.30 tengah hari sampai di Serian, seorang ustaz yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Serian telah membuat panggilan telefon ke rumah Ustaz Ismail sebelum ini dan meminta adakan ceramah motivasi kepada murid-murid tahap 2. Dari segi akademik katanya tidak ada masalah tetapi mereka lemah dari segi kokurikulum. Ceramah ini bertujuan untuk membangkitkan minat mereka dalam aktiviti kokurikulum.

12.00 Beri ceramah kepada murid-murid. Walaupun tidak dirancang boleh sampaikannya, tidak ada masalah. Selesai ceramah tinggalkan sekolah dan mereka membekalkan dua bendera Malaysia untuk dikibarkan di belakang basikal.

2.45 Petang sampai di Balai Ringin dan mencari masjid untuk bermalam DSCF0061nanti. Semasa di masjid dapat panggilan telefon dari Hamdan, mengatakan ada temubual telefon dari Radio Sarawak pada jam 7.00 pagi esok.

Majoriti masyarakat di Balai Ringin ialah orang Iban dan diikuti oleh orang Melayu. Terdapat sebuah kem asykar dan pondok polis. Masjid terletak di Kampung Melayu. Makan malam di rumah bilal masjid. Namanya Mat Din lebih dikenali dengan panggilan Pak Din. Mempunyai bisan di Semenanjung. Peramah dan baik hati. Banyak membantu semasa di Balai Ringin.

Hari 4: Selasa, 1 Mac 2011

Balai Ringin – Temuduk ( Sri Aman ), 95 kilometer

6.45 pagi setelah solat Subuh meninggalkan masjid Balai Ringin ke gerai makan dengan ditemani oleh Pak Din. Semasa makan seperti yang dijanjikan dapat panggilan dari Radio Sarawak untuk temubual aktiviti yang sedang dijalankan untuk disiarkan.DSCF0067

7.30 pagi meninggalkan Balai Ringin menuju ke Sri Aman.

9.00 pagi berhenti rehat di Kampung Sabal Kruin, sebuah perkampung Iban. Berhenti di perhentian bas. Berbual dengan dua orang Iban yang sedang menunggu bas. Bertanyakan makna Sabal Kruin dalam Bahasa Melayu, ia kata perkataan itu adalah perkataan Bahasa Melayu. Masalah tidak selesai. Tanya akan Bukit Bengunan, ia kata tidak jauh lagi.

11.00 pagi berhenti rehat di pekan Lachau. Buat persediaan untuk mendaki Bukit Bengunan, bukit yang digeruni. Orang Sarawak memanggilnya Raja Bukit. Bukit tertinggi di sepanjang perjalanan di Sarawak. Tidak tahu ketinggiannya. DSCF0068Bukit ini menjadi legenda. Semasa di Kucing seorang jemaah mengatakan bahawa saya pasti akan menolak basikal. Kereta pun pakai gear dua. Gambaran bukit ini telah diketahui melalui anak Pak Din ia pernah bekerja di Semenanjung dan pernah ke Cameroon Highland. Katanya Cameroon Highland lebih tinggi dan lebih jauh. Lega sedikit kerana pernah berkayuh ke Cameroon Highland melalui Tapah mengambil masa dua hari ( Baca Kayuhan Haji Meli ke Padang Besar ).  Walaupun demikian tidak mengambil mudah akan bukit ini. Tidak mahu menolak basikal. Makan roti yang dibekalkan oleh Ustaz Ismail. Beli gula-gula dan ke tandas.

Perjalanan dari Balai Ringin hingga ke Pekan Lachau amat selesa sekali. DSCF0070Walaupun turun naik bukit sejauh 50 kilometer, jalan rayanya dalam keadaan yang baik dan cuacanya mendung dan sejuk.

11.50 tengah hari sampai di Bukit Bengunan dan mula mendaki. Boleh tahan juga, tetapi ia tidak panjang dan jam 12.03 sampai di puncak. Ini bermakna dalam masa 13 minit berjaya menakloki Bukit Bengunan. Kenyataan jemaah tadi nampaknya meleset.

Dalam perjalanan menuju Sri Aman, Mosta telah memberhentikan kereta pacuan empat rodanya di tepi jalan. Seram juga. Nak cari pasalkah?. Memandangkan keadaan lalulintas sesuatu yang buruk tak mungkin berlaku. Dengan penuh keyakinan teruskan kayuhan. Rupa-rupanya ia hendak memberi tabik. Dia seorang pengayuh juga, pernah berkayuh dari Sibu ke Kucing. Mempelawanya berkayuh mengelilingi Semenanjung. Ia mempelawa bermalam di rumah tetapi menolaknnya.

Kayuhan pada hari ini walaupun dalam keadaan cuaca yang nyaman tetapi amat meletihkan kerana banyak bukit yang didaki.DSCF0071

2.45 petang sampai di Temuduk tidak meneruskan perjalan ke Sri Aman kerana ia berada 10 kilometer di luar jalan utama untuk destinasi seterusnya. Tambahan pula di sini ada sebuah surau dan R&R, semuanya mudah. Akan bermalam di sini.

Pada sebelah malam berjumpa dengan Mosta sekali lagi dengan basikalnya. Tidak lama kemudian berjumpa pula dengan kaki basikal Sri Aman yang lain, berbual dengan mereka hingga jam 9.00 malam. Mosta sekali lagi mempelawa bermalam di rumahnya. Tetap ditolak.

Hari 5: Rabu, 2 Mac  2011

Temuduk – Seratuk, 125 kilometer

7.00 pagi, selepas sarapan kayuhan dimulakan. Seratuk dipilih untuk DSCF0072destinasi kali ini adalah cadangan daripada saudara Mosta dan rakan-rakannya. Ia mengatakan tempat ini sangat sesuai tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Terkeluar dari jalan utama sejauh tujuh kilometer.

9.25 pagi berhenti rehat di simpang Lubuk Antu. Kemudian di persimpangan Betong.

12.00 tengah hari berhenti makan di R & R Betong. Banyak berhenti rehat kerana cuaca panas terik. Perlukan air dan gula-gula. Nasib baik ada bawa tiga liter tambahan.DSCF0076

4.00 petang sampai di Seratuk. Banyak bukit yang mesti didaki dan dituruni sebelum sampai ke pekan Seratuk. Mencari Masjid untuk bermalam. Letaknya di hadapan balai polis.

Hari 6: Khamis, 3 Mac 2011

Saratok – Sarikei, 61 kilometer

6.40 pagi meninggalkan masjid Saratok untuk mencari sarapan. Disebabkan awal pagi kedai belum dibuka dan teruskan kayuhan hingga ke stesyen minyak dan beli makanan serta minuman tin. Selepas makan dan minum teruskan perjalanan.DSCF0086

9.50 pagi berhenti rehat di Roban, tidak lama kemudian berhenti rehat lagi di hadapan Jabatan Pertanian Sungai Paoh. Setakat ini merupakan kayuhan yang paling getir di Sarawak, banyak bukit yang mesti didaki. Di sini juga letaknya Bukit Kayu Malam, bukit yang kedua tertinggi.

11.30 berehat di persimpangan ke Sibu. Matlamat kayuhan hari ini ialah Sibu. Bila lihat tanda jalan, Sibu letaknya 107 kilometer lagi. Termenung sebentar dan berfikir sama ada hendak meneruskan perjalanan atau tidak. Kalau tidak akan bermalam di Sarekei 10 kilometer lagi.

12.00 tengah hari dalam cuaca yang panas sampai di Sarekei. Terus cari DSCF0087pegawai masjid untuk dapatkan kebenaran bermalam. Ustaz Sufian telefon akan ada orang yang akan menunjukkan arah ke Sibu melalui Bintangor. Tidak lama kemudian ia sampai dan memperkenalkan dirinya. Namanya Nazaruddin, seorang anggota polis. Anak jati Sarekei. Ia telah melihat saya apabila melalui hadapan Balai Polis dan terus menalifon Ustaz Sufian. Mereka ini sahabat baik kerana bertugas di tempat yang sama suatu masa dahulu. Kecenderungan juga sama. Nazaruddin hendak menunjuk jalan pintas ke Sibu. Namun demikian jaraknya ialah 65 kilometer. Masih jauh. Sudah penat, sudah tidak larat. DSCF0091Beritahunya akan bermalam di sini. Tambahan pula kebenaran telah diperolehi. Akan bermalam selama dua malam kerana esok adalah Jumaat, tidak mengayuh.

Setelah rehat sekejap keluar ke pekan Sarekei untuk dapatkan makanan dan bersiar-siar melihat pekan ini, lihat Sungai Rajang yang terkenal itu. Sebelah petangnya membasuh untuk dijemur keesokannya.

Selepas Isyak Nazaruddin datang bawa pergi makan di tempat menjamu selera. Ramai kawannya yang hadir sama. Datang juga pemberita dari Utusan Sarawak. Ada temubual sedikit. Pada mulanya ingatkan semuanya kaki basikal, tetapi sangkaan itu meleset.DSCF0093

Siak masjid ini seorang yang baik dan sedia membantu. Ada anaknya yang menjadi polis dan tinggal di Pelangi Semenyih. Macam dekat dengan rumah. Beri alamat rumah dan nombor telefon, manalah tahu akan datang ke Semenanjung.

Hari 7:  Jumaat, 4 Mac 2011

Hari ini tidak mengayuh.

Selepas Subuh salah seorang jemaah datang dan mempelawa untuk sarapan bersama. Ia akan datang mengambil pada jam 7.00 pagi. Selepas itu teringat ia adalah salah seorang yang hadir pada sebelah malam tadi. Ia berdiri di belakang. Tepat jam 7.00 datang seorang yang lain di masjid dan DSCF0115memperkenalkan dirinya, ia diminta datang untuk mengambil saya. Abangnya suruh katanya. Kami sarapan di salah sebuah gerai di tepi Sungai Rajang. Perbualan nampaknya mesra. Dari situ saya tahu bahawa ia adalah seorang doktor. Doktor Awang Ismail dan adiknya yang mahu dipanggil Joe sahaja. Doktor Ismail seorang yang baik hati dan pemurah, tutur katanya lembut. Pernah belajar di Semenanjung di Sekolah Sains Perlis. Belajar kedoktoran di Universiti Sains Malaysia. Memiliki klinik di Sarekei. Menawarkan diri untuk memeriksa tahap kesihatan saya. Membekalkan banyak ubat yang saya sendiri tidak terfikir untuk membawanya. Semuanya berguna untuk perjalanan yang jauh dan lama. Akan datang akan memasukkan senarai ubat yang perlu dibawa . Makan minum semasa di Sarekei banyak ditanggung oleh Doktor Ismail. Joe akan balik ke Mukah hari ini melawat keluarganya.DSCF0097

Di masjid berjumpa dengan saudara Ibrahim seorang guru. Mendapat latihan perguruan di UPSI dan menyambung pelajarannya di Universiti Malaya. Tidur di masjid kerana ketinggalan bot.

Hari 8: Sabtu, 5 Mac 2011

Sarikei – Sibu, 65 kilometer

Selepas Subuh Dr. Ismail datang memberitahu ia akan jemput untuk sarapan pagi. Jadi pada pagi ini bersarapan dengannya dan turut serta ialah Nazaruddin.  Kami membaca akhbar Utusan Sarawak yang dibawa oleh Nazaruddin mengenai temubual semalam. Banyak fakta yang salah, lain yang diberitahu lain yang ditulis. Wartawan itu tidak mencatat agaknya semasa DSCF0099temubual. Selepas sarapan Dr. Ismail akan pulang ke kampungnya di Mukah dengan menaiki bot. Sebelum berpisah kami berpelukan, entah bila akan jumpa lagi, semasa bersalam ia meletakkan sesuatu dalam tangan saya. Satu jumlah yang boleh menampung 10 hari makan dan minum. Dalam hati kecil saya berkata, amatlah sukar untuk menemui insan seperti ini, saya sendiri pun tidak akan dapat melakukan perkara seperti ini. Banyak jasanya kepada saya semasa di Sarekei. Dia juga membekalkan buku himpunan doa yang di dalamnya ditulis juga nama saudara maranya yang boleh saya hubungi untuk bantuan. Di samping itu ia dan adiknya Joe berjanji akan sering menghubungi mereka untuk memberi bantuan seberapa yang boleh.

8.20 pagi balik semula ke masjid dengan menaiki motokar Nazaruddin untuk meneruskan kayuhan ke Sibu. Mengikut Nazaruddin dari belakang hingga DSCF0101ke simpang Bintangor dan Sibu. Nazaruddin berbuat demikian walaupun baru habis bekerja sebelah malam kerana hendak memudahkan kayuhan saya, tidak perlu saya bertanya-tanya.

10.45 tengah hari berhenti rehat di stesyen minyak Petronas Sungai Tuli, Bintangor. Cuaca hari ini panas terik, banyak air digunakan.

12.00 tengah hari berhenti rehat lagi di Kampung Kerto, makan bekalan yang dibawa.

1.00 tengah hari sampai di Sibu. Akan bermalam di masjid Al-Qadim. Ada ramai jemaah bermalam di sini. Di sini menurut ceritanya ada makam RosliDSCF0109 Dobi, seorang wira Sarawak yang menentang penjajahan Inggeris. Siang mudah dapat makanan kerana ada restoran Muslim berdekatan masjid tetapi sebelah malam susah. Terpaksa makan benjo. Restoran tutup awal. Tempat lain tidak tahu.

Hari 9: Ahad, 6 Mac 2011

Sibu – Selangau, 89 kilometer

7.00 pagi meninggalkan masjid Al-Qadim ke sebuah restoran berhampiran, makan roti canai, sudah sembilan hari tidak menikmatinya.

9.00 pagi berhenti diperhentian bas di hadapan Sekolah Menengah Rosli Dobi kerana hujan telah turun. Tidak tahu bila akan berhenti, teruskan perjalanan. Sebelum itu terbabas ke suatu tempat yang tidak diketahui sejauh dua DSCF0113kilometer. Setelah bertanya dengan seorang jaga berpatah balik. Salah sendiri kerana tidak beri perhatian.

2.00 petang sampai di Selangau dan makan tengah hari di salah sebuah restoran Islam. Bertanya penduduk tempatan kalau-kalau ada surau atau masjid. Tidak ada. Mereka kata di hadapan ada surau tetapi di mana? Teruskan kayuhan ke hadapan jumpa balai polis, baru, terjumpa dengan seorang pegawai polis tanpa uniform. Nyatakan tujuan, tidak membenarkan tidur di surau atas faktor keselamatan. Takut pengganas. Tetapi ia mambantu membawa dengan motokarnya ke Simpang Mukah. Di situ ada sebuah surau, ada juga restoran Islam. Nampaknya mudah. Tauke restoran yang juga pemilik surau tidak membenarkan tidur di surau kerana mengganggu jemaah wanita hendak solat. Minta kebenaran untuk DSCF0116berkhemah. Menjadikan ia serba salah. Dia tawarkan bilik di atas restoran. Bila pegawai polis tanya harganya. Percuma. Alhamdulillah. Selepas itu balik semula ke Balai Polis untuk mengambil basikal dan berkayuh ke sana.

Tidak mahu masuk bilik kerana tertutup, duduk di surau. Sebelum itu Dr. Ismail dan adiknya ada menghubungi, mengatakan ia akan balik ke Sarikei hari ini. Ada juga beberapa kali menghubunginya menyatakan lokasi dan ia kata ia akan singgah di persimpangan Mukah itu.

4.00 petang mereka sampai dan kami berbual di surau. Semasa di Mukah ia memukat dan dapat ikan ketutu. Tak pernah dengar nama ikan itu dan minta tengok, besar, ikan air tawar. Ia akan beri orang katanya. Selepas berbual dan berihat, minum petang bersama mereka. Sebelum berpisah bergambar bersama untuk kenangan.

Hari 10: Isnin, 7 Mac 2011

Selangau – Bintulu, 146 kilometer

7.00 pagi, selepas sarapan pagi meninggalkan Restoran Juliana Abdullah, sepatutnya Tatau. Sebelah pagi seperti biasa cuacanya nyaman sekali. Menjelang jam 9.00 pagi ia menjadi panas terik. Sungguh terik. Tidak ada tempat berlindung. Minum air dengan banyaknya. Tidak terjumpa kedai, DSCF0117nasib ada bawa bekalan empat buku roti yang dibeli di Restoran Juliana. Banyak berhenti untuk minum dan makan.

Jam 1.00 tengah hari berhenti di Tatau, cari restoran untuk makan tengah hari dan selepas itu solat di masjid Tatau yang terletak di tepi sungai. Sebelum itu ada telefon Dr. Ismail dan Sufian. Memberitahu untuk teruskan kayuhan ke Bintulu. Ada lebih kurang 60 kilometer lagi. Hari masih siang. Keadaan jalan agak teruk sedikit. Sebelum itu beli air 1.5 liter. Roti masih ada lagi. Rasa cukup untuk sampai ke Bintulu.

5.30 petang sampai di Bintulu. Cari masjid dan jumpa masjid al- Syakirin. Bercadang akan bermalam di sini. Sudah dapat ke izinan. Tidak lama kemudian,DSCF0119 Ustaz Ibrahim kawan Ustaz Shakirin telefon mengatakan ia akan datang. Kecoh sekejap di masjid kerana ada jemaah kehilangan bag yang ditinggalkannya di atas motosikal.

Waktu Maghrib Ustaz Ibrahim sampai dan membawa ke masjid di Tamannya. Masjid Nur Hidayah. Ada bilik yang disediakan dan rasanya lebih selamat dan akan bermalam di sini.

Hari 11: Selasa, 8 Mac 2011

Bintulu – Niah, 125 kilometer

7.17 pagi  meninggalkan masjid Nurul Hidayah untuk sarapan pagi di stesyen Petronas di situ. Ada gerai jual kuih tempatan, beli kuih untuk bekalan dalam perjalanan. Air juga dibeli 1.5 liter lagi. Cuaca hari itu panas sekali. Banyak kali berhenti minum. Bukit pun boleh tahan juga. Tidak jumpa orang. Kiri kananDSCF0120 ladang kelapa sawit.

Tiba-tiba rasa rim basikal mencecah jalan. Tanda-tanda pancit. Berhenti dan periksa, betul. Pam tayar itu, kalau-kalau boleh membantu.

10.30 tengah hari terjumpa sebuah pondok di tepi jalan. Ada sebuah kenderaan pacuan empat roda berhenti, pemandunya tidak keluar dan di pondok itu ada seorang lelaki. Pondok itu terletak di Ladang Takou milik Sime Darby dibina dengan elok dan ditanam dengan bunga. Pondok ini dijaga dengan elok. Berbual dengan lelaki itu seorang warga Indonesia, keturunan Timur dan beragama Kristian, nama Joseph. Rasa tayar belakang yang pancit itu, nampaknya ia terpaksa diganti tiubnya. Dengan bantuan Joseph tiub baru diganti. Sebenarnya ia bukan kena paku, kerana bocor di tempat letak nat tiub itu.  Selesai memasang tiub baru makan bekalan yang dibawa bersama Joseph.

12.30 tengah hari berhenti makan di Similajau. Telefon Dr. Ismail, ia ada DSCF0122memberikan nombor telefon iparnya Awang Aini yang tinggal di Niah. Dia minta saya hubungi Awang Aini bila sampai nanti. Dia juga telah menghubungi Awang Aini, untuk memudahkan saya mendapatkan masjid.

Dari Similajau perjalanan ke Niah, jalan rayanya datar tetapi kayuhan perlahan, cuaca panas.  Di suatu tempat seorang pemandu lori tangki memberhentikan lorinya kerana ia ada mendengar temubual di radio tempoh hari dan meminta tanda tangan.

5.30 Sampai di Niah dan telefon Awang Aini. Ia membawa ke Masjid Al-Jabar. Akan bermalam di sini. Selepas Isya Awang Aini datang membawa satu jug besar kopi ‘O’ dan beberapa bungkus biskut. Kami berbual panjang hingga jam 11.00 malam.

Hari 12: Rabu, 9 Mac 2011

Niah – Miri, 82 kilometer

Subuh pagi itu hanya ada dua orang jemaah. Saya dan Imam masjid. Selepas azan, sembahyang sunat dan berbual sekejap dengannya, menunggu jemaah datang. Seperti Pak Din dia juga ada anak yang tinggal di Semenanjung. DSCF0123Setelah hampir cerah tidak ada juga jemaah yang datang, tawarkan diri untuk iqamah.

7.00 pagi meninggalkan masjid Al-Jabar dan sarapan pagi di gerai Awang

8.00 pagi teruskan kayuhan ke Miri.

9.45 pagi singgah di Bekenu tambah kredit, beli makanan dan minuman. Sufian beberapa kali menalefon bertanyakan lokasi. Perjalanan ke Miri banyak juga bukit yang harus didaki tetapi kemuncak kepada bukit ini ialah tidak jauh dari Miri. Mencanak dan waktu tengah hari, bayangkanlah. Tetapi ini tidak mematahkan semangat. Gunung Jerai lagikan didaki. Akan datang lagi mencabar, iaitu Sabah yang terkenal dengan Gunung Kinabalu. Cuaca sejak mula mengayuh hingga jam 11.00 tengah hari adalah mendung. Selepas itu bertukar menjadi panas. Keadaan jalan raya adalah baik.

1.00 tengah hari sampai di Miri dan telefon Sufian untuk tentukan masjid untuk bermalam nanti. Sufian kata ia sudah, tempah hotel, nampaknya DSCF0124malam ini akan bermalam di hotel. Dia memberi panduan letak hotel berkenaan. Penyambut tetamu hotel mengatakan, Sufian akan berjumpa saya pada jam 8.00 malam. Seorang yang sibuk dengan bisnesnya, ada pejabat sendiri di Miri. Meletakan jawatan sebagai tenaga pengajar untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan.

1.30 tengah hari makan di Restoran Lalapan. Restoran Indonesia. Minta makanan yang ditunjukkan dalam menu. Ingatkan tidak ada sayur. Minta pula pecal. Bila dihidangkan, lalapan itu telah tersedia beberapa jenis ulam seperti kacang, kobis dan lain-lain. Ikan yang digoreng garing dan sambal belacan. Tambah dengan pecal nampak macam gelojoh. Puas hendak menghabiskannya. Kenyang betul. Lalapan mengikut kata saudara Sufian bermakna ulam dalam bahasa Banjar.

8.00 malam Sufian menjemput untuk makan malam. Bersama kami ada Guru DSCF0125Besar Sekolah Agama Miri. Sekali lagi makan lalapan. Kami berbual  mengenai program yang telah dirancang, iaitu memberi ceramah motivasi di sekolah berkenaan. Walaupun yang ini tidak ada dalam perancangan kayuhan, tidak ada masalah. Membantu murid. Dulu pun seorang guru. Memberi juga maklumat untuk disiarkan dalam Akhbar Utusan Borneo.

Hari 13: Khamis, 10 Mac 2011

Miri – Bandar Seri Begawan, 166 kilometer

6.20 pagi Sufian datang untuk ke Sekolah Agama Miri, basikal dibawa bersama kerana akan terus mengayuh dari sana ke Bandar Seri Begawan.

6.40 Memberi ceramah motivasi di sekolah berkenaan. selepas itu sarapan pagi DSCF0129bersama Guru Besar dan beberapa orang guru. Sufian turut sama.

7.30 pagi bertolak ke Brunei, tersalah tengok tanda jalan sepatutnya arah Sungai Tujuh, terbabas dan bertanya dengan seorang nyonya dapat semula laluan yang betul. Sufian ada telefon seolah-olah ia tahu telah tersalah jalan.

10.30 Pemeriksaan Imigresen Malaysia Sungai Tujuh, tidak ada masalah, selepas itu Imigresen Brunei di Kuala Belait juga tidak ada masalah. Telefon DSCF0132rumah mengatakan telah masuki Brunei. Telefon juga Dr. Ismail dan Joe kerana mereka ini mengambilberat tentang masalah yang mungkin dihadapi untuk memasuki Brunei. Telefon Sufian dan SMS rakan-rakan yang lain yang mengikuti perkembangan kayuhan ini dan yang tidak untuk pengetahuan sahaja.

1.00 tengah hari berhenti makan di Seria. Makan bekalan yang  dibekalkan oleh Guru Besar Sekolah Agama Miri. Tidak boleh makan di restoran kerana tidak ada Ringgit Brunei. Terlupa hendak tukar. Tetapi bekalan itu cukup untuk makan sehari.DSCF0135

3.00 Berhenti untuk solat di Masjid Sungai Liang. Berjumpa dengan Jemaah dari Indonesia, mereka bekerja di Brunei. Berdasarkan apa yang mereka tahu masjid di Brunei tidak membenarkan musafir tidur. Selepas Isyak masjid akan dikunci kata mereka lagi.

3.15 petang teruskan kayuhan, cuaca panas sekali. Jalan raya di Brunei luas dan lurus. Sukar untuk jumpa kampung di sepanjang kayuhan. Sama seperti di Sarawak bandar utama di luar laluan. Bukit tidak banyak dan tidak tinggi. Kayuhan laju sedikit untuk mengejar masa supaya sampai sebelum gelap. Walau bagaimanapun ini tidak dapat dielakkan kerana jarak yang jauh.

7.40 malam sampai di Bandar Seri Begawan. Walaupun telah diberitahu tapi ingin mencuba nasib, cari masjid. Jumpa masjid Hasanul Bolkiah tanya jemaah dan mereka minta bertanya dengan jaga yang ada di situ. Betul kata mereka.DSCF0138 Jaga masjid cadangkan bermalam di Pusat Belia. Setelah bertanya kedudukan Pusat Belia meninggalkan masjid.

8.15 malam sampai di Pusat Belia, warden pula tidak ada, terpaksa menunggu sehingga seorang petugas yang bekerja malam yang perihatin dan berbudi tinggi beberapa kali menalefon baharulah ia datang. Itu pun sudah larut malam, iaitu jam 12.00 malam. Sewa bilik untuk empat orang ialah RB10.00 satu malam. Akan bermalam di sini selama dua malam kerana esok ialah Jumaat, tidak mengayuh. Minta tangguh bayaran kerana tidak ada Ringgit Brunei. Walaupun satu bilik empat orang, bernasib baik kerana hanya saya seorang di bilik itu. Bebaslah sedikit. Kalau tidak akan bersama dengan penyewa pelbagai bangsa di seluruh dunia.

Hari 14: Jumaat, 13 Mac 2011

Hari ini tidak mengayuh. Mencuci pakaian. Cuaca baik dan panas menyebabkan pakaian akan cepat kering. Selepas itu ke Bandar Seri Begawan tukar duit. DSCF0140RM241.00 bersamaan dengan RB100.00. Selepas itu baharu pergi bersarapan dan membayar sewa bilik. Bersiar-siar melihat pemandangan Bandar dengan berjalan kaki.

Bercadang untuk solat Jumaat di hadapan Pusat Belia, tetapi apabila pergi semua kawasan bertutup dan tidak ada jemaah. Mungkin salah anggap daripada penjelasan petugas Pusat Belia. Solat Zohor sahaja. DSCF0136Sebelah petang berjumpa dengan pensyarah UPSI sedang bercuti, berbual dengannya, ia mengambil gambar, ia juga telah mengusahakan untuk mendapat bendera Brunei. Lupa hendak ambil nombor telefon. Tapi kalau ke UPSI boleh cam lagi.

Hari 15: Sabtu, 12 Mac 2011

Bandar Seri Begawan – Limbang, 73 kilometer

6.47 Meninggalkan Bandar Seri Begawan menuju ke Kuala Lurah. Tidak pasti jalan ke sana. Penerangan yang diberikan tidak jelas dan tidak faham. Terlalu DSCF0145yakin dengan penjelasan oleh seorang tauke gerai semasa sarapan pagi hari sebelumnya. Tidak pula membuat catatan. Simpang pertama telah tersasar, rasa ragu-ragu kerana jalan raya makin lengang, terdapat banyak kereta sedang pakir. Tanya dengan seorang pemandu yang ada di situ, ia memberikan arah yang betul. Berpatah balik. Terbabas lagi. Tanya kali yang kedua, baharulah dapat arah yang betul dan baharulah terjumpa tanda jalan yang menunjukan arah ke Kuala Luruh. Perjalanan menjadi lancar dan lebih yakin.

DSCF01508.00 pagi sampai di pemeriksaan imegresen Brunei, tidak ada masalah. Di pemeriksaan imegresen Malaysia, terpaksa beratur panjang sedikit. Seorang pegawai imegresen memanggil, disebabkan tidak melakukan apa-apa kesalahan rasanya, terus kepada pegawai berkenaan dan diberi layanan istimewa, cepat keluar dari tempat itu.

11.40 tengah hari sampai di masjid Limbang. Akan bermalam di sini.

DSCF014812.10 tengah hari seperti yang dijanjikan seorang keluarga Dr. Ismail iaitu saudara Pijul ( Zul ) telah datang. Joe dan Dr. Ismail telah memberitahu hal ini semasa di Sarekei dahulu. Ia juga ada seorang adik di sini namanya Awang Zamhari. Disebabkan Awang Zamhari ke Lawas, Pijul telah diwakilkan untuk membantu. Dia telah membawa ke Hotel Purnama yang tidak jauh dari masjid. Mereka selalu berhubung mengenai kedatangan saya ini. Selepas itu Pijul bawa pergi makan.

2.00 petang masuk bilik dan tidak keluar lagi. Hujan telah turun hingga malam.

Hari 16: Ahad, 13 Mac 2011

Limbang – Lawas, 74 kilometer

7.00 pagi meninggalkan Hotel Purnama ke destinasi berikutnya iaitu Lawas.

DSCF01548.15 pagi sampai di pemeriksaan imigresen Pandaruan. Naik Feri ke Temburung, Brunei. Dalam masa kayuhan masih di dalam wilayah Brunei, pemandu sebuah kereta pacuan empat roda mengeluarkan tangan dan minta berhenti. Dalam hati ada berfikir ini mungkin adik Dr. Ismail kerana ia ada memberitahu mungkin bertembung semasa dalam perjalanan. Ia juga ada memberitahu hal yang sama kepadanya ( Awang Zamhari ). Sangkaan saya betul dan kami berbual sekejap di tepi jalan.

10.15 pagi sampai di imegresen Brunei, Labu

10.20 sampai di imigresen Malaysia Mengkalap, dua kali cop paspot, satu Sarawak dan satu lagi Sabah. Semua sekali untuk sampai ke Sabah cop imigresen ialah tujuh kali.

DSCF015812.00 sampai di Lawas. Sebelum mencari masjid singgah makan tengah hari di Restoran Idaman. Tanya letaknya masjid, bila ke arah yang ditunjuk jumpa sebuah masjid di atas bukit, agak tinggi. Daki bukit itu, bila lihat rupanya masjid itu sudah tidak digunakan lagi. Masjid lama. Semuanya berkunci. Hendak tanya orang tak ada. Keluar dari kawasan masjid masuk semula ke pekan dan perhatikan tanda jalan masjid yang ditemui sebelum masuk ke pekan. Terpaksa mendaki lagi. Selepas menurun, belok kiri ternampak masjid yang baru, juga terletak di atas bukit. Daki dan ada jemaah di situ, dapatkan kebenaran untuk bermalam. Masjid ini dalam proses pembaikpulihan. Arah tadi sememangnya betul, cuma ia ada dua buah masjid di jalan yang sama.

DSCF0156Semasa dalam perjalanan cuaca panas. Semasa Asar datang tiga orang kanak-kanak dan berbual dengan mereka dan bergambar untuk kenangan. Mereka juga memberitahu jalan pintas ke Beaufort. Walau pun pihak masjid memberikan tempat yang elok untuk bermalam tetapi menolaknya kerana basikal ada di luar. Walaupun ada jaga masih lagi bimbang. Bentang khemah berhampiran dengan basikal. Sebelah petang hujan telah turun. Ramai jemaah dari Semenanjung berhenti solat di masjid ini. Mungkin dalam perjalanan ke tempat lain di Sarawak atau yang hendak ke Sabah. Cuti sekolah sudah bermula.

Hari 17: Isnin, 14 Mac 2011

Lawas – Beaufort, 101 kilometer

DSCF01666.45 pagi memulakan kayuhan untuk memasuki negeri Sabah. Sebelum itu singgah di Restoran Idaman untuk sarapan pagi. Semasa sarapan berbual dengan pembuat roti canai dan bertanya sekali lagi jalan pintas ke Beaufort. Penerangan orang dewasa tidak sama dengan kanak-kanak. Nampaknya penjelasan mereka sama. Tidak banyak perkampungan di kiri dan kanan jalan. Banyak juga bukit yang perlu didaki dan dituruni. Pemandangan di kiri kanan jalan menarik sekali.

DSCF01629.15 pagi sampai di Sindumin dan berehat di R & R Sindumin. Ambil beberapa keping gambar untuk kenangan.

10.45 berhenti rehat di Sipitang. Dalam kayuhan ini banyak bukit yang didaki dan panjang-panjang. Ditambah dengan cuaca yang panas, amat meletihkan dan memerlukan rehat yang banyak. Tidak boleh paksa diri, ia akan memudaratkan. Perjalanan masih jauh, baru memasuki Sabah. Tindakan bijak perlu diambil.

DSCF016912.45 tengah hari, 19 kilometer dari Beaufort berhenti rehat lagi. Cuaca panas terik. Makan dan minum bekalan yang dibawa. Rehat di tepi jalan sahaja. Sukar hendak jumpa tempat berteduh. Kalau ada pun dekat rumah orang. Masalahnya ada anjing. Kayuhan diteruskan dan tidak lama kemudian jumpa jambatan besi untuk menyeberangi Sungai Padas. Menandakan sudah sampai ke pekan Beaufort. Cari masjid dan dapatkan kebenaran untuk bermalam. Masjid ini dua tingkat. Akan bermalam di masjid ini. Disebabkan masjid dalam pekan senang untuk mendapatkan makanan. Sebelah malam ditemani oleh seorang pelajar tingkatan lima yang hendak pulang ke kampung kerana cuti sekolah. Berbual dengannya sebelum tidur.

Hari 18: Selasa, 15 Mac 2011

Beaufort – Kota Kinabalu, 101 kilometer

DSCF01717.00 pagi selepas sarapan di restoran mamak yang berhampiran meninggalkan Beaufort ke destinasi berikutnya, Kota Kinabalu.  Jalan rayanya elok dan lurus, tidak hairanlah kereta di sini boleh tahan juga lajunya. Tidak ada bukit. Walaupun demikian keadaan yang sebegini boleh juga meletihkan kerana akan terus mengayuh tanpa henti.  Di pertengahan jalan terjumpa satu kemalangan. Sama seperti di tempat lain akan ramai orang mengerumuni dan kereta akan diperlahankan. Cuma yang berbeza ia tidak menyebabkan kesesakan jalan raya kerana berlaku di luar bandar.  Terdapat sebuah ambulan dan polis mengawal keadaan lalu lintas. Berhenti sekejap untuk mengambil gambar.

DSCF01759.35 pagi sampai di Kampung Andus. Berhenti di sebuah gerai di tepi jalan minum air kelapa. Tidak pernah berbuat begini semasa mengayuh kerana ia tidak membantu kayuhan. Selalunya akan minum air kelapa apabila tamat kayuhan pada sesuatu hari. Hari ini sangat teruja, sudah lama agaknya tidak minum air kelapa. Pemilik gerai pernah bekerja di Semenanjung. Tanya kepadanya arah ke Kota Kinabalu, kerana Joe ada beritahu ada dua laluan. Satu jalan pintas dan satu lagi tidak. Ia memberi penjelasan tetapi tidak memberi perhatian ia juga hendak beri nombor telefon tetapi terlalu yakin, menolaknya.

DSCF0178Kayuhan diteruskan, bila sampai di satu bulatan mula keliru. Hendaknya tanya orang susah kerana semua kenderaan bergerak. Tahan motor pun tidak mahu berhenti. Satu ikut kiri dan satu lagi lurus. Akhirnya ambil jalan lurus dan pilihan itu adalah salah dan tidak jumpa pekan Papar. Sedangkan ada keinginan hendak melihat pekan itu. Bila hendak sampai ke Kawang baru jumpa bukit dan pertama kali guna gear rendah sejak dari Beaufort.

11.25 tengah hari berhenti rehat di Kawang, makan dan minum bekalan yang dibawa. Selepas itu cari masjid Kawang yang terkeluar dari laluan bukan kerana hendak bermalam tetapi tidak sedap perut.

DSCF018112.45 tengah hari berehat lagi di tempat yang ada gerai makan di Lok Kawi. Minum air tebu dan beli kueh. Cuaca yang panas menyebabkan banyak air yang keluar daripada badan dan amat meletihkan. Selepas rehat secukupnya teruskan kayuhan. Tidak lama kemudian memasuki Kota Kinabalu dan mencari masjid. Jumpa sebuah masjid di Kampung Sembulan, tetapi seorang jemaah memberitahu elok bermalam di masjid negeri, letaknya pun tidak jauh dari situ. Pergi ke masjid negeri. Di masjid ini tempat bersemadinya ramai menteri dan termasuk Ketua Menteri Sabah akibat kemalangan kapal terbang. Tidak ingat tahunnya.

2.00 petang Johan kawan Nazaruddin dan Dr. Ismail datang. Ia seorang polis dan pernah bertugas di Sarekei. Mereka telah menghubungi Johan supaya berjumpa saya dan memberikan maklumat yang mungkin diperlukan. Johan datang bersama isterinya seorang jururawat. Ada seorang anak. Mereka membawa makan di restoran yang berhampiran dengan masjid. Sebelum mereka beredar mereka membekalkan makanan dan minuman.

Sebelah malam hujan turun dengan lebatnya.

Hari 19: Rabu, 16 Mac 2011

Kota Kinabalu – Kota Belud, 71 kilometer

DSCF01806.45 pagi meninggalkan masjid negeri menuju ke Kota Belud. Bertolak awal kerana hendak mengelakkan suasana sibuk dan kesesakan lalulintas. Kota Kinabalu sama dengan bandar lain, keadaan seperti ini tidak dapat dielakan terutama pada waktu pagi. Lalu lintas yang sibuk boleh mengganggu kayuhan, seperti tekanan dan boleh menyebabkan tidak fokus.

8.45 pagi berhenti rehat di stesyen Petronas Bakut, Tuaran. Disebabkan belum mengambil sarapan beli air tin dan makanan. Beli lebih untuk dijadikan bekalan semasa dalam kayuhan. Tanya pekerja stesyen minyak jalan tepi pantai ke Kota Belud. Mengikut maklumat yang diberikan ada dua jalan, satu jalan lama dan jalan baru yang menyusuri pantai hingga ke Tuaran, tetapi tidak memasuki pekan itu. Lebih dekat dan selesa. Selepas itu kayuhan diteruskan. Cuaca panas terik pada hari itu.

BilDSCF0186a sampai di Teghilan berhenti untuk membeli air dan bertanya dengan penjual keadaan jalan selepas ini. Mereka menerangkan ada sebuah bukit yang perlu didaki dan lebih tinggi dari bukit-bukit yang dilalui dari Kota Kinabalu. Sebenarnya dari Teghilan ke Kota Belod ada banyak bukit yang perlu di daki dan kemuncaknya ialah Bukit Peneban Pipit dalam bahasa Bajau. Setelah memerah keringat menakloki bukit-bukit ini, sampailah saat kegembiraan iaitu menurun.

11.25 tengah hari sampai di Rentigi. Alhamdulillah ternampak sebuah gerai menjual air tebu. Dalam keadaan yang sangat letih dan cuaca panas terik gerai ini sangat mengujakan. Berhenti dan minum dua gelas air tebu dan makan roti yang dibawa. Penjual yang bernama Mat Lin hanya minta bayaran untuk satu gelas sahaja. Satu lagi ia belanja. Duduk lama di gerai Mat Lin, berbual panjang. Banyak yang diceritanya. Nama bukit itu ia juga yang memberinya. Mat Lin pernah bekerja di Semenanjung selama dua tahun. Mesra dan baik. Banyak diketahui latar belakang kayuhan yang akan datang daripadanya. Ia juga yang memberitahu kedudukan masjid dan meminta saya berjumpa dengan bilal masjid yang juga sepupunya untuk memudahkan urusan. Sejam duduk di gerainya sedangkan Kota Belud hanya lima kilometer dari situ.

1.0DSCF01830 tengah hari sampai di Kota Belud dan cari restoran untuk makan tengah hari. Selepas itu cari masjid seperti yang telah diberitahu oleh Mat Lin untuk solat dan bermalam.

Sebelah petang, selepas Asar imam masjid datang dan berbual dengannya. Beritahunya bahawa akan bermalam lagi apabila berpatah balik untuk ke Ranau.

Waktu petang hujan telah turun dengan lebat.

Hari 20: Khamis, 17 Mac 2011

Kota Belud – Tanjung Simpang Mengayau, 124 kilometer

DSCF01877.00 pagi meninggalkan masjid Kota Belod menuju ke Kudat dengan melalui Tempasuk. Sejak mula mengayuh pada pagi ini hujan renyai-renyai telah turun hingga ke Matunggung. Banyak juga bukit yang perlu didaki dalam kayuhan ini. Lebih kurang jika hendak dibuat perbandingan sama dengan antara Johor Baharu ke Kota Tinggi dan ke Kampung Simpang Rengit. Di Matunggung ia semakin lebat dan terpaksa berhenti sebentar di sebuah perhentian bas.

Tiba-tiba perut mulai sakit. Stesyen minyak tidak ada begitu juga surau dan masjid tidak kelihatan, kawasan penganut agama Kristian. Tanya salah seorang yang ada di perhentian bas itu yang juga berlindung daripada hujan, ia mengatakan di sekolah ada surau dan menunjukan arah sekolah.  Pergi ke sana kerana perjalanan tidak boleh diteruskan akan ada masalah. Ternampak sebuah pejabat kerajaan iaitu Pejabat Urusetia Daerah Matunggong. Minta kebenaran gunakan tandas kantin. Selepas itu makan tengah hari di kantin berkenaan.

Walaupun telah ada cahaya matahari tetapi hujan masih turun renyai-renyai.

DSCF01901.30 tengah hari teruskan kayuhan. Lebih kurang 15 ke 20 kilometer dari pekan Kudat ternampak tanda jalan ke Tanjung Simpang Mengayau. Ikut arah itu dengan harapan ia jalan pintas. Memang ada rancangan untuk ke sana tetapi melalui Kudat kalau mengikut peta. Satu kilometer selepas itu jumpa sebuah bukit, pendek tetapi mencanak. Dahsyat juga mendakinya, selepas itu satu lagi, amat meletihkan. Di kiri kanan jalan dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Sukar hendak bertanya orang. Rumah jarak-jarak sama seperti di Sarawak dahulu. Kereta dan kenderaan lain tidak banyak yang melaluinya. Walaupun demikian terdapat juga orang yang boleh memberi panduan untuk ke tempat itu.

DSCF01945.00 petang sampai di Tanjung Simpang Mengayau. Cari masjid, ada yang mengatakan ada masjid di sini, ada juga yang mengatakan ada surau. Sebenarnya yang ada ialah surau. Kawasan ini ialah kawasan ethnik Rungus yang agama mereka ialah Kristian. Surau ini dibina ialah untuk kegunaan anggota PGA Islam yang ada di situ dan pengungjung yang beragama Islam. Tidak ada elektrik dan paip air. Ada tangki air untuk menadah air hujan. Anggota PGA ada menawarkan bermalam di tempat mereka tetapi menolaknya, tidak mahu mengganggu. Sargan Ramli mencadangkan mandi dan gunakan tandas anggota PGA. Surau itu juga tidak ada tandas.  Dua hari bermalam di surau ini. Kebanyakan makan tengah hari dan malam ditaja oleh anggota PGA.

Hari 21: Jumaat, 18 Mac 2011

DSCF0196Hari ini tidak mengayuh. Membasuh dan mencuci pakaian. Sebelah pagi hujan turun hingga menjelang tengah hari, bimbang pakaian tidak kering. Alhamdulillah tidak lama kemudian ia menjadi panas hingga ke petang dan pakaian kering dengan sempurna.

Bila hujan berhenti keluar mencari sesuatu untuk dimakan. Sukar sedikit, walaupun ia tempat peranginan, tidak ramai pengunjung. Dikenali juga    sebagai The Tip of Borneo. Tempat pertemuan dua laut, iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu. Pemandangannya cantik, tetapi tidak dijaga dengan elok, anjing berkeliaran, malah suraunya pun kadang-kadang dinaiki anjing.

DSCF0199Sebelah petanDSCF0202g melihat anggota PGA main sepak takraw. Ada gelanggang sepak takraw berhampiran surau. Pergi tepi laut dan berjumpa dengan seorang Ethnik Rungus, berbual panjang dengannya. Tidak lama kemudian datang Sargan Ramli, bertanya kepadanya laluan dari Pitas ke Sandakan, iaitu laluan yang boleh mengelakan Kota Belud dan mendaki bukit apabila hendak ke Ranau. Jalan pintas dan boleh menjimatkan hari kayuhan. Ia tidak mencadangkan laluan itu kerana sunyi, kenderaan kurang melaluinya tambahan lagi kayuhan solo. Jarak antara satu rumah dengan yang lain jauh sekali. Setelah mendengar maklumat itu ambil keputusan akan melalui laluan yang lebih selamat walaupun kayuhan menjadi lama dan terpaksa mendaki dari Kota Belud ke Kinabalu Park.

Hari 22: Sabtu, 19 Mac 2011

Tanjung Simpang Mengayau – Kudat, 38 kilometer

DSCF02007.00 pagi meninggalkan surau mencari sarapan pagi. Hendak mendapatkannya sukar kerana tidak banyak gerai. Kalau ada pun tidak banyak pilihan. Tidak ramai orang yang datang berkunjung ke sini walaupun ia suatu destinasi pelancongan yang menarik. Tidak hairanlah kalau pemilik restoran atau geraikan makan menyediakan menu yang terhad.

7.30 pagi selepas sarapan teruskan kayuhan, matlamatnya ialah Kudat. Boleh teruskan kayuhan sehingga ke Kota Belud seperti dahulu. Keadaan tidak mengizinkan kerana basikal. Ia sudah mulai berbunyi sejak dari Kota Belud ke Simpang Mengayau dahulu. Sama ada rantai ataupun sistem kelajuannya. Berek belakang juga sudah tidak berfungsi. Hanya tahu mengayuh sahaja perkara yang berkaitan teknikal tidak tahu. Kudat dipilih supaya basikal ini boleh dibaiki. Menurut kata anggota PGA di sini ada kedai basikal. Sepanjang perjalanan pagi ini telah ditimpa hujan. Hujan telah reda apabila sampai di DSCF0204Kudat dan mencari kedai basikal. Kedai ini hanya menjual basikal tetapi tidak membaiki. Dia cadangkan kedai yang lain, pergi ke kedai itu ia juga tidak dapat membaikinya, tidak berani, canggih. Belum ada di Kudat yang memakai basikal sebegini.

10.40 tengah hari, memandangkan kedua-dua kedai yang ada tidak boleh membaiki basikal ini, cari masjid untuk bermalam. Sudah dikenalpasti masjid itu cuma ia tidak disebut oleh orang-orang yang ditanya. Kebanyakan mereka mencadangkan masjid yang berhampiran dengan pekan Kudat. Setelah melihatnya walaupun menarik tetapi tidak sesuai, terletak di luar laluan ke DSCF0207Kudat. Masjid yang di pilih ialah masjid yang berhampiran bulatan, masjid Ar-Riyasi, Tanjung Batu Kapur. Minta kebenaran daripada siak yang kebetulan sedang membersihkan kawasan masjid. Selepas itu ceritakan masalah. Ia cadangkan sebuah bengkel yang tidak jauh. Ia tahu bengkel itu untuk motosikal, tetapi katanya mungkin boleh menyelesaikan masalah basikal. Pergi ke situ dan hasilnya tetap sama.

Hari 23: Ahad, 20 Mac 2011

Kudat – Kota Belud

DSCF02096.30 pagi cari sarapan pagi di restoran berhampiran. Pemilik restoran kata ia dibuka setiap hari mulai jam 6.30 pagi. Cakap tidak serupa bikin. Jam 7.00 lebih baru buka. Perut mula meragam. Selepas sarapan, pergi semula ke masjid Ar-Riyasi untuk selesaikan masalah perut. Siak datang bertanya akan masalah basikal. Ia kata mungkin masalah rantai dan tawarkan minyak motor. Ia mengambilnya di dalam setor masjid dan menitiskannya di rantai.

7.30 pagi meninggalkan masjid, dan kayuhan berjalan lancar, tidak ada bunyi. Kayuhan menjadi lebih yakin. Rupa-rupanya rantai sudah kering, tidak dituangkan minyak sejak dari mula mengayuh dalam hujan dan panas, sudah melebihi satu ribu kilometer. Terima kasih pakcik siak. Lupa akan faktor itu. Kalau tiada pertolongan ini kayuhan akan menjadi tidak selesa, risau dan bimbang.

Di pertengDSCF0205ahan kayuhan sebuah motokar berhenti dan meminta bergambar bersama anak-anaknya. Hendak memberi motivasi agaknya. Kalau orang tua boleh tentulah yang lebih muda boleh. Ia hendak menghantar anaknya ke sekolah berasrama di Limau-limauan, cuti sekolah sudah berakhir. Tidak ada masalah untuk bergambar.

10.30 Berhenti di Matunggong untuk berehat dan mengisi perut di sebuah restoran. Seorang pengunjung mengatakan ia ternampak semasa sedang mengayuh. Angguk-angguk kepala sahaja. Sebab ia sedang bercakap dalam kumpulannya. Perjalanan hari ini banyak berhenti rehat kerana cuaca yang panas dan banyak mendaki bukit, bukit yang sama tetapi arah yang berlainan. Banyak minum air yang manis untuk memberi tenaga, air tebu dan air kelapa DSCF0210juga bila hendak sampai di Kota Belud.

2.20 petang berhenti solat Zohor di Kampung Pandesan. Sebuah perkampungan Melayu. Ada banyak menjual buah-buahan di sini.

4.00 petang sampai di Kota Belud dan berhenti makan di sebuah restoran.

4.30 petang sampai di masjid Kota Belud untuk bermalam sekali lagi di sini.


Hari 24: Isnin, 21 Mac 2011

Kota Belud – Kundasang, 63 kilometer

DSCF02116.30 pagi meninggalkan masjid Kota Belud untuk sarapan. Restoran yang dipilih ialah Restoran Ria.

7.30 pagi, mulakan kayuhan ke Ranau, cuaca di sebelah pagi elok dan pemandangan yang dihidangkan amat menarik. Maklumlah laluan ke suatu tempat yang menarik di Malaysia. Dihiasi dengan bukit bukau dan gunung ganang yang menghijau. Sedap mata memandang. Dari jauh lagi sudah kelihatan puncak Gunung Kinabalu, Gunung yang tertinggi di Malaysia. Dengan ketinggian 4,101 meter. Bercadang akan mendaki gunung ini apabila sampai di Ranau.

9.26 pagi, berhenti rehat di hadapan Sekolah Kebangsaan Kebayuran. Walaupun keadaan cuaca yang baik tetapi banyak bukit yang didaki. Ia amat meletihkan. Sudah memasuki kawasan bukit bukau. Tidak banyak kereta yang lalu lalang. Keadaan sunyi. Jalan utama ke Ranau dari Kota Belud.  Cantik jalannya.

DSCF021410.30 pagi, terdengar muzik dengan kuatnya. Menyangkakan ada perkampungan. Kedegarannya meriah. Bila sampai tidak ada kampung. Di suatu lorong terdapat sebuah kereta Kancil dan memerhatikan dengan teliti, ternampak seseorang sedang duduk membelakangi jalan raya. Muzik itu datangnya dari kereta kancil berkenaan. Dipasang dengan kuat kerana pemilik berkenaan ingin berhibur setelah penat bekerja agaknya. Menghampirinya dan memperkenalkan diri, berbual lama juga. Ia seorang pemuda, penoreh getah. Gembira kerana harga getah tinggi. Tetapi tidak puas hati kerana harga di Semenanjung dan Sarawak lebih tinggi sedangkan satu negara. Ia beragama DSCF0217Kristian, Dusun. Peramah. Ia mengatakan dahulu ada dua pengayuh Malaysia dari Sabah pernah berhenti di situ. Mereka gunakan basikal tandem. Teringat akan hal ini kerana ada liputan akhbar. Mereka memulakan kayuhan dari Kuala Lumpur. Kalau tidak silap mereka akan mengayuh sejauh 5,000 kilometer. Untuk kenangan ambil gambarnya bersama basikal.

Selepas hilang lelah kayuhan diteruskan enam kilometer lagi ke simpang Ranau/Tuaran. Nampak macam dekat sahaja. Tetapi mencabar, maklumlah bukit. Ternampak dua orang wanita sedang berjalan di tepi jalan bersamanya tiga ekor anjing.  Bila dekat dengan wanita berkenaan anjing mula menyalak. Mengejar pula. Tuannya tidak dapat mengawal. Dulu semasa kayuhan ini banyak juga peristiwa seperti ini berlaku tetapi ketika itu semasa menurun, tak terkejarDSCF0216, atau semasa ia mengejar ada motorsikal atau kereta yang membunyikan hon ia lari. Turun dari basikal ia lari juga. Tetapi yang ini seperti tidak boleh dikawal, turun pun tak lari. Rasa ada 500 meter keadaan ini berlaku. Amat menyeramkan. Bila hendak sampai ke simpang Ranau/Tuaran ada sedikit jalan rata, gunakan sepenuh tenaga memecut, tiba-tiba seekor daripada anjing itu menjerit dengan kuat. Kena baling agaknya. Atau kena langgar kerana tidak lama kemudian sebuah kereta melalui jalan itu. Peristiwa ini menyebabkan tidak jadi hendak berhenti rehat di persimpangan Ranau/Tuaran

1.20 tengah hari berhenti makan di pekan Nabalu dan solat Zohor di surau berhampiran. Kayuhan amat perlahan kerana mendaki. Kereta pun banyak lalu lalang. Jalan utama selain dari Kota Belud, dari Kota Kinabalu dan juga dari Pantai Timur Sabah dan sebalik. Kena berhati-hati. Jalan pula kecil, tidak ada lorong kecemasan. Dari pekan Nabalu menurun, tidak lama kemudian mendaki. Hujan pula turun. Selepas ini selain daripada mendaki akan ditimpa hujan, cuaca di sini sejuk.

DSCF0215Keadaan semakin gelap walaupun masih siang. Oleh sebab dalam keadaan mengayuh tidak terasa akan kesejukan. Pasang lampu belakang supaya kenderaan boleh nampak. Banyak kali berhenti kerana letih. Gula-gula dan asam boi banyak dihisap untuk membantu kayuhan. Di satu tempat sedang perit mengayuh, empat orang pemuda dari Lahad Datu minta hendak bergambar dalam hujan yang renyai-renyai itu. Selepas itu tanya mereka jarak pengakhiran bukit ini, walaupun sudah ada tanda jarak di bahu jalan, untuk menyedapkan hati dan meringankan keperitan. Mereka menawar untuk menumpangkan saya sekiranya sudah tidak berdaya. Basikal boleh diletakan di belakang Hilux mereka. Empat orang mudah mengangkatnya. Jarak tinggal 10 kilometer untuk sampai di puncak iaitu Kinabalu Park. Semuanya mendaki. Menolak tawaran itu. Mesti jujur pada diri sendiri. Bukan hendak buat rekod. Untuk menguji ketahanan diri. Teruskan kayuhan.

DSCF0218Di suatu tempat yang datar ternampak seorang pemandu lori berdiri di sisi lorinya, berhenti lagi, tanya. Ia menyatakan selepas ini jalan akan menurun hingga ke Kundasang. Rasa lega. Tawarkan gula-gula dan meninggalkan tempat itu. Betul katanya, 500 meter mendatar dan sampai di Kinabalu Park ia mula menurun. Berhati-hati, tidak boleh laju, jalan licin, gelap dan berek belakang tidak berfungsi. Masalah lain pula timbul. Apabila tidak mengayuh, haba tidak keluar dari badan, baju basah, angin bertiup dan Kundasang adalah tempat sejuk. Badan mula menggigil, kemudian bibir dan akhirnya gigi mula berketap-ketap. Tidak boleh tahan, kalau teruskan kayuhan mungkin boleh berlaku perkara yang tidak diingini. Nampak papan tanda di hadapan ada hotel 300 meter lagi. Tampa berfikir panjang terus masuk ke hotel berkenaan dan bermalam di sini. Setakat ini, kayuhan ini yang paling mencabar.

DSCF0222Rancangan untuk ke Ranau hari ini dibatalkan. Pekan Kundasang pun belum sampai walaupun telah cukup hampir,  menurun pula. Keselamatan mesti diberi keutamaan. Bila masuk hotel SMS kawan-kawan menyatakan keadaan ini untuk menyedapkan hati.

Hari 25: Selasa, 22 Mac 2011

Kundasang – Ranau, 17 kilometer

DSCF02247.30 meninggalkan Hotel Strawberry menuju ke pekan Kundasang dan sarapan pagi.  Kurang kayuhan dibuat kerana 95% menurun hingga ke pekan Ranau.

9.00 pagi sampai di Ranau, oleh sebab awal lagi bercadang ke Telupid. Setelah berfikir membatalkan rancangan itu. Kalau mengikut batu tanda, jaraknya ialah 97 kilometer. Tidak mahu ambil risiko kerana sebelum ke sana ada bertanya dengan orang-orang yang ditemui, ada pelbagai cerita mengenai tempat ini, tidak ada yang sependapat. Mereka tidak pernah ke sana, kalau adapun telah lama. Bercadang akan bertolak diawal pagi supaya lebih selesa dan tidak ada unsur-unsur tekanan.

SDSCF0225elain daripada itu ialah berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu. Ada dalam perancangan untuk mendaki sekiranya keadaan mengizinkan. Oleh yang demikian terpaksa bermalam di Ranau untuk menguruskan hasrat ini.

Setelah keputusan diambil mencari masjid untuk berehat dan bermalam. Semasa di masjid berjumpa dengan Hamdan Juan. Berbual panjang dengannya. Ia sedang menunggu anak pulang dari sekolah. Bekerja sendiri. Ia membawa berjumpa bilal masjid untuk dapatkan kebenaran bermalam. Mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Minta bantuannya untuk ke Kinabalu Park, tidak mengayuh kerana berpatah balik, tambahan pula mendaki. Bercadang akan pergi pada jam 2.00 petang. Pada waktu yang dijanjikan Hamdan datang menjemput, ia membawa isterinya bersama.

DSCF0226Berbincang dengan pihak berkuasa Kinabalu Park. Bercadang untuk mendaki balik hari. Harganya lebih murah. Berdasarkan rekod pendakian tidak ada masalah, banyak juga gunung yang telah didaki termasuklah Gunung Tahan dan Gunung Fuji di Jepun. Mereka pun nampaknya tidak ada masalah berdasarkan rekod itu. Masalah sekarang ialah cuaca yang tidak menentu akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun. Mereka membenarkan kalau mendaki sampai ke Laban Rata. Ini lebih selamat. Menolaknya kerana keinginan hendak mendaki sampai ke puncak. Bukan selalu hendak datang. Jauh. Setelah berbincang tidak dibenarkan hingga ke puncak. Mereka juga tidak mahu mengambil risiko. Balik semula ke Ranau.

DSCF0229Di sebelah petang berjumpa dengan Hj. Samian yang berasal dari Johor, dari Batu Pahat. Isterinya orang Sabah. Sudah menetap di sini. Ada lapan orang anak, 20 orang cucu. Berusia 74 tahun. Masih sihat. Menjadi siak di masjid ini. Sentiasa bersamanya semasa di masjid. Di sebelah malam ia kehilangan telefon bimbit.

Selepas Isyak berjumpa satu kumpulan jemaah dari Lahad Datu yang dalam perjalanan pulang. Berbual dengan mereka. Seorang daripadanya dari Semenanjung. Hilman namanya. Berbual sekejap dan mereka menawarkan tempat bermalam apabila tiba di Lahad Datu kelak.

Malam itu tidur ditemani oleh Haji Samian.


Hari 26: Rabu, 23 Mac 2011

Ranau – Telupid, 97 kilometer

DSCF02337.00 pagi meninggalkan Masjid Ar-Rahman mencari sarapan di pekan Ranau. Pagi-pagi lagi telah diuji dengan mendaki kerana pekan Ranau di atas bukit. Boleh tahan juga tingginya. Beli tiga keping lagi roti canai untuk dijadikan bekalan. Mengikut kata jemaah yang ditemui, sukar untuk mendapat makanan halal dalam perjalanan ini. Berjumpa dengan seorang mengayuh, tegar juga, bernama Tan Eng Tek, berbual dengannya dan mengatakan ada sedikit masalah kerana basikal berbunyi. Ia minta tunggu dan pulang mengambil minyak untuk dituangkan pada rantai basikal. Semasa mengayuh lebih kurang satu jam, Ia sampai dengan motosikal Elegeannya dengan seorang kawan juga menunggang motosikal. Bila ditanya hendak pergi mana, katanya hendak mengiringi kayuhan ini. Mereka mengiringi lebih kurang 20 kilometer sebelum berpatah balik ke Ranau.

DSCF023712.30 tengah hari berhenti rehat di Kawasan Hutan Simpan Taviu. Di situ sahaja yang sesuai nampaknya. Itu pun kerana nampak sekumpulan orang sedang menadah air bukit. Cuba air berkenaan sedap rasanya. Makan sekeping roti canai yang dibawa tadi. Mereka bertanya dari mana, beritahu mereka dari Semenyih, Selangor. PR ke BN. Secara berseloroh beritahu ‘ UMNO ‘. Ada tengok video Datuk Anwar Ibrahim, Siapa Datuk ‘ T’ . Beritahu mereka tidak tahu apa-apa, tidak melihat TV kerana masjid tiada televisyen dan tidak membaca akhbar, asyik mengayuh. Tidak pula bertanya rakan-rakan tentang politik semasa. Cuma tahu tsunami di Jepun, itu pun anak yang SMS mengingatkan jangan bermalam di tepi pantai. Seorang daripada mereka pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.Tinggal di Jalan Reko.

DSCF02391.30 berhenti solat Zohor di surau al-Amin Kampung Taviu, Telupid.

Sebelum sampai ke Pekan Telupid terpaksa mendaki bukit yang tinggi dan agak panjang. Mengah juga dibuatnya. Selepas itu menurun hingga ke pekan, kedengaran sayu-sayu azan berkumandang menandakan sudah sampai di Telupid, dan nampak masjid dari jalan raya. Akan bermalam di masjid ini.

4.00 petang, bila sampai di masjid hanya ada seorang sahaja yang sembahayang. Masjid baru, masjid Yusoff al-Qardawi. Minta kebenaran bermalam. Jemaah ini dia juga imam, bilal dan dia juga siak. Diminta membantu menjaga masjid kerana ada penceroboh yang ingin mengganggu kesucian masjid. Ia berasal dari Indonesia dari Kalimantan. Boleh mengubat juga.

DSCF0240Waktu Maghrib ia tidak menjadi imam, seorang jemaah yang tinggal di situ menjadi imam. Ditawarkan juga untuk mengimamkan solat itu, menolaknya kerana tidak biasa. Hanya tiga orang sahaja yang ada.  Nasib baik seorang jemaah ini namanya Baso, keturunan Bugis, setelah beberapa kali ditawarkan menerimanya. Selamat! Selepas solat berbual dengan Baso dan ia mempelawa makan malam bersamanya di sebuah restoran. Ia juga membawa bersiar-siar dengan keretanya ke sekitar Telupid. Ia baru balik dari Semenanjung, ada kawannya di Kajang, Kajang Utama. Ia telah berhenti kerja sebagai pembantu perubatan dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam perladangan. Isterinya seorang guru. Ia mencadangkan semasa di Sandakan nanti boleh bermalam di masjid Datuk Pengeran Galpam. Beritahu juga kalau ada masalah dalam perjalanan ke Sandakan, telefonnya pada bila-bila masa.

Malam, tidur ditemani oleh penjaga masjid itu.

Hari 27: Khamis, 24 Mac 2011

Telupid – Sandakan, 122 kilometer

6.30 pagi meninggalkan masjid untuk sarapan di sebuah restoran. Beli nasi goreng untuk bekalan dalam perjalanan. Sukar hendak mendapatkan makanan semasa kayuhan nanti. Jalan raya di sini tidak begitu baik, DSCF0241berombak-ombak dan banyak yang rosak. Kena berhati-hati dan tidak boleh laju walaupun ada peluang. Kalau lalai boleh menonggeng. Di kiri kanan jalan dipenuhi dengan ladang kelapa sawit.

10.30 tengah hari berhenti rehat dan minum di Berkat Setia, Batu 46. Lima minit kemudian teruskan perjalanan. Saudara Abd. Rahman yang tingal di Tawau membuat panggilan. Menanyakan kedudukan. Kerana akan menjadi tetamunya semasa di Tawau. Di Batu 33 berhenti rehat dan beli buah-buahan yang dijual di situ. Perjalanan amat perlahan kerana faktor jalan raya dan ada banyak bukit yang perlu didaki. Maklumat yang diberi ternyata salah, kebanyakan mereka mengatakan jalan raya adalah datar. Tidak banyak kereta yang lalu lalang.

12.30 tengah hari bDSCF0245erhenti solat Zohor di Masjid al-Abidin Kampung Ulu Dusun. Kini perjalanan menuju Bandar Sandakan. Sama seperti  tadi keadaan jalan raya tidak memuaskan, banyak bukit yang perlu didaki, cuaca panas dan kali ini ada banyak kenderaan, lori juga banyak, besar-besar, lori kelapa sawit. Susah hendak mengemudikan basikal di sini. Tidak tahu kenapa sebuah bandar besar, yang kedua di Sabah jalan rayanya tidak dijaga dengan baik. Jumpa penjual air tebu dan berhenti minum, tanya masjid dia tidak tahu. Teruskan kayuhan. Di satu stesyen minyak berhenti lagi tanya masjid dan diberitahu akan kedudukan masjid. Mengikut kata Saudara Baso masjid Datuk Pengeran Galpam belum sampai ke Bandar Sandakan. Agaknya inilah masjid yang dinyatakan itu.

4.00 petDSCF0244ang sampai di masjid Datuk Pengeran Galpam, sangkaan tadi adalah betul. 12 kilometer dari Bandar Sandakan. Tidak perlu minta kebenaran kata seorang jemaah. Mengikut ceritanya masjid ini diwakafkan oleh Datuk Pengeran Galpam, seorang jutawan di Sandakan. Tuan punya gua sarang burung Guomantong. Setiap tahun ke Makkah menunaikan fardu haji. Meningal dunia di Tanah Suci. Menjadi markas tabligh. Setiap malam ada orang yang tidur di sini. Bebas. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Akan bermalam di sini dua malam.

SebelDSCF0246um Maghrib telefon adik Hamdan, Lamsah. Diberitahu oleh Hamdan sebelum memulakan kayuhan dan semasa di Sandakan ia ada adik di Sandakan, bekas tentera. Isterinya seorang guru. Mempunyai tiga anak perempuan. Buat temu janji dengannya dan ia datang selepas Isyak. Makan malam di masjid ada orang buat kenduri. Apabila Lamsah datang ia belanja makan. Makan lagi. Itulah sebabnya badan tidak susut dalam kayuhan ini. Banyak orang yang baik hati belanja makan.

Hari 28: Jumaat, 25 Mac 2011

DSCF0247Hari ini tidak mengayuh. Bercadang hendak membasuh pakaian  dan bersiar-siar di Bandar Sandakan. Tiba-tiba hujan telah turun dengan lebatnya. Semua perancangan dibatalkan. Hanya duduk di dalam masjid. Apabila hujan reda pergi sarapan di Restoran Asam Pedas. Bunyinya mengancam tetapi belum tahu sama ada sama dengan asam pedas Melaka atau asam pedas Muar. Akan dicuba tengah hari nanti. Selepas solat Jumaat pihak masjid ada memberi jamuan. Tidak jadi makan di Restoran  Asam Pedas. Hujan masih turun.  Duduk lagi di masjid hingga Asar. Petang makan roti canai dengan kari kambing. Selepas Isyak Lamsah datang bawa pergi makan dan bersiar-siar di bandar Sandakan.

Semasa di Sandakan juga telefon anak supaya buat tempahan tiket dari Tawau ke KLIA. Penerbangan MAS. Tetapkan tarikh untuk penerbangan pulang iaitu 2 April 2011. Ada tawaran tambang murah pada tarikh itu.

Hari 29: Sabtu, 26 Mac 2011

Sandakan – Kampung Paris 3, 118 kilometer

DSCF02526.30 pagi meninggalkan masjid Datuk Pengeran Galpam untuk sarapan. Setengah jam kemudian meninggalkan Sandakan. Ikut jalan yang sama, berlainan arah. Melalui pemandangan yang sama dan keadaan jalan raya yang sama sehingga ke simpang Lahad Datu. Semasa hendak meninggalkan masjid seorang penghuni di salah sebuah rumah dalam kawasan masjid telah memberi wang belanja untuk kayuhan ini.

11.15 tengah hari sampai di Kampung Perpaduan. Berhenti rehat dan makan meehon sop. Berjumpa dengan Saudara Azhar, ia pernah ke Tanjung Simpang Mengayau, beramai-ramai dengan motosikal. Makan di gerai itu ia yang belanja. Selepas itu teruskan kayuhan dengan melalui pekan Kinabatangan. Dalam perancangan awal akan bermalam di sini. Tetapi Kumpulan dari Lahad Datu dahulu mencadangkan satu tempat yang lain iaitu. Kampung Paris.

DSCF02531.15 tengah hari berhenti solat di masjid AAli Yusuf, Kampung Batu Putih, Kinabatangan. Kayuhan diteruskan selepas solat Zohor, dan sampai di Kampung Paris 1, nampak masjidnya di atas bukit dari jalan raya. Masjid yang diperbuat dari kayu. Telefon Hilman. Dia tinggal di Lahad Datu. Ia cadangkan masjid di Kampung Paris 2. Teruskan kayuhan dan sampai di Kampung Paris 2. Masjidnya berhampiran jalan raya. Pergi melihat masjid. Sunyi sahaja. Dikeliling masjid sunyi juga. Ada sebuah perhentian bas di hadapannya. Juga tidak berorang. Tidak berorang dan tidak kelihatan kedai atau gerai makan. Tidak jadi bermalam di sini. Hari pun masih awal teruskan kayuhan.

DSCF02552.00 petang berhenti makan di SAFODA.

4.00 petang sampai di Kampung Paris 3. Nampak kubah masjid dan pergi mendapatkannya. Akan bermalam di sini. Terdapat kemudahan yang diperlukan. Selepas Maghrib, bersama jemaah lain dapat jemputan makan kenduri. Doa selamat dan berzanji. Pergi dengan van. Tuan rumah daripada ethnik Bugis, orang kaya di tempat itu, seorang peniaga yang berjaya. Mengikut sumber dia mempunyai dua buah kedai runcit. Mempunyai 17 buah kereta. Pelbagai model dan jenis. Banyak hidangan yang DSCF0256disediakan. Selepas makan jemputan diminta berzanji, dibahagi-bahagikan dan ditempat di dalam semua keretanya. Dalam kereta itu telah ada pelbagai makanan iaitu kueh-mueh dan buah-buahan. Mesti dimakan habis. Kalau tidak bawa balik. Bag plastik diedarkan selepas itu. Selepas berzanji, baca doa di dalam kereta itu juga mengikut orang yang ada di dalam kereta itu. Kalau ia habis berzanji dahulu, bacalah doa dahulu. Selepas itu makan hidangan yang ada. Saya tidak terlibat  sama dalam aktiviti ini. Tumpang makan sahaja. Dibekalkan juga dengan kuih-muih dan satu sampul yang mengandungi wang di dalamnya.

DSCF0258Selepas Asar, ada juga bertanya sebab dinamakan Kampung Paris. Tidak ada ciri-ciri Perancis. Ramai orang Bugis. Dipenuhi dengan kelapa sawit. Tentu ada keinginan kenapa nama ini di pilih. Jemaah yang ditanya tidak dapat jelaskan. Masjid ini ada bilik untuk musafir. Ada beberapa orang muda yang menghuni bilik ini. Lebih selesa tidur dalam masjid.

Hari 30: Ahad, 27 Mac 2011

Kampung Paris 3 – Lahad Datu, 45 kilometer

Malam tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana ada ramai kanak-kanak berhampiran dengan basikal. Takut jikalau mereka mengusik atau mengganggu DSCF0260peralatan basikal. Kejap-kejap lihat basikal. Kanak-kanak ramai di masjid hingga larut malam kerana mereka tinggal berhampiran. Tambahan pula pada hari itu ada majlis perkahwinan. Dihiasi dengan permainan pancaragam dan nyanyian oleh penyanyi tempatan berdekatan dengan masjid. Pukul dua belas lebih baru selesai.

6.15 pagi walaupun kurang tidur, bangun awal dan meninggalkan masjid, pergi sarapan di restoran berhampiran. Selepas makan hendak bayar, pemilik restoran kata telah dibayar. Siapa? Agaknya sekumpulan pemuda yang duduk di meja hadapan. Beritahu kepada pemilik restoran, sekiranya mereka datang lagi, katakan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Kayuhan diteruskan ke Lahad Datu

DSCF0264Telefon Hilman masjid yang sesuai untuk bermalam. Dia nampak semasa mengayuh tetapi ia tidak honkan kereta atau pun berhenti, takut akan mengganggu konsentrasi. Dia cadangkan, sementara ini masjid Ar-Raudah. Cari masjid berkenaan. Pada masa ini ada kursus haji di masjid dan ada juga majlis pernikahan. Semasa di masjid cuci pakaian kerana cuaca baik. Sudah kehabisan pakaian sukan dan juga seluar dalam. Tidak dapat membasuh semasa di Sandakan kerana keadaan cuaca. Selesai menjemur, hujan juga. Tidak kering.

12.30 tengah hari selepas Zohor, Hilman dan rakan membawa ke Madrasah Bahrul Ulum. Jemur semula pakaian yang tidak kering tadi. Sebelah malam selepas Isyak mereka bawa pergi makan di Restoran Rumpun Selera. Malam itu juga cetak tiket kapal terbang di cybercafe, dengan bantuan Saudara Sahar. Madrasah Bahrul Ulum ditadbirkan oleh Ustaz Saiful. Ia adalah bekas penuntut KUIZ, agak biasa dengan Semenyih. Pernah berkelah di Sungai Tekala. Al-Hafiz. Baik orangnya. Masih muda. Kumpulan mereka ini akan ke Indonesia dalam bulan Disember tahun 2011.

Hari 31: Isnin, 28 Mac 2011

Lahad Datu – Kunak, 77 kilometer

Sebelum meninggalkan Madrasah Bahrul Ulum, minum pagi bersama Ustaz Saiful. Kemudian bersama Saudara Sahar sekali lagi minum pagi di Restoran Rumpun Selera. Hilman datang kemudian.

DSCF02667.00 pagi meninggalkan restoran menuju ke Kunak. Tersalah buat pusingan menuju ke arah lain. Di Lahad Datu banyak jalan raya sedang dibaik pulih, menyebabkan berlaku kesesakkan. Basikal tidak ada masalah. Tiba-tiba Saudara Sahar datang dengan motosikalnya menyatakan arah yang betul. Dia nampak apa yang berlaku. Pada peringkat awal perjalanan agak perlahan kerana banyak bukit yang perlu didaki. Di kiri kanan jalan raya dipenuhi dengan ladang kelapa sawit.

9.00 pagi berhenti rehat di Kampung Lama. Terdapat sebuah warong di situ, makan dan minum untuk dapatkan tenaga.

DSCF0267Buat pertama kali jatuh dari basikal. Semasa mendaki bukit ada kenderaan yang berselisih. Jalan sempit. Tiba-tiba ternampak lubang cuba mengelak dan tergelincir. Jatuh di bahu jalan. Terduduk. Luka sedikit di buku lali dan betis. Bawa barang sukar hendak mengimbanginya jika keadaan seperti ini berlaku.

12.40 tengah hari sampai di masjid Kunak. Jemur pakaian. Memandangkan cuaca panas, ia cepat kering. Berjumpa dengan ramai orang di sini. Ramai yang berminat. Ada juga yang mengajak bermalam di rumah. Tetapi menolaknya.

Hari 32: Selasa, 29 Mac 2011

Kunak – Semporna, 68 kilometer

DSCF02726.15 pagi meninggalkan masjid Kunak. Semasa berkemas untuk memulakan kayuhan pagi itu imam masjid telah memberi sadikit wang untuk belanja, katanya. Pergi makan di restoran yang berhampiran dengan masjid. Cuaca pagi ini baik dan diharapkan ia akan sampai ke petang. Kayuhan ke Semporna menggunakan jalan baru. Rata-rata jemaah mencadangkan laluan ini. Dekat kata mereka. Ada yang mengatakan 60 kilometer dan ada juga yang mengatakan 45 kilometer. Tetapi ikut meter basikal ialah 68 kilometer. Ini disebab ia dikira sejak dari masjid hingga ke tempat-tempat yang dilawati. Jarak kayuhan. Bukan jarak dari Kunak ke Semporna. Ikut tanda jalan ialah 60 kilometer. Jalannya datar.

DSCF0273Tidak jauh dari pekan Semporna hujan telah terun. Ternamapak sebuah perhentian bas di sebelah kanan jalan. Berhampirannya terdapat sebuah kedai. Berhenti berteduh di situ. Beli minuman dan makan bekalan yang dibawa. Buat pertama kalinya dapat menyelamatkan diri daripada terkena hujan. Biasanya tidak sempat hendak memakai baju hujan pun. Kebetulan sahaja,

10.40 tengah hari, sampai di masjid Inaba Kamal. Dapatkan kebenaran bilal masjid untuk bermalam. Apabila kebenaran diperolehi pergi ke pekan Semporna bersiar-siar dan menikmati keindahannya. Nampak Restoran KFC singgah makan di situ. Pemandangan laut di Samporna cantik sekali. Air lautnya jernih. Malang sekali ia  dipenuhi dengan sampah sarap. Pulau Sipadan dan Ligitan yang terkenal itu terletak di sini.

DSCF027412.40 tengah hari, pergi semula ke Masjid Inaba Kamal. Berjumpa dengan anak-anak yatim yang datang ke masjid berkenaan. Di sebelah petang seorang Pakistan telah kehilangan seliparnya. Kawasan masjid menjadi tempat orang yang lalu lalang. Bukan jemaah yang mengambilnya.

Hari 33: Rabu, 30 Mac 2011

Semporna – Tawau, 107 kilometer

6.15 pagi meninggalkan masjid Inaba Kamal menuju ke Tawau, destinasi akhir kayuhan. Dalam perjalanan berhenti untuk sarapan pagi di sebuah restoran.

7.00 TeruskaDSCF0276n kayuhan melalui jalan yang sama tetapi berlainan arah. Sampai di satu persimpangan ke Lahad Datu, abaikannya terus ke Tawau. Di kiri kanan jalan raya dipenuhi dengan ladang kelapa sawit. Sepanjang kayuhan ini sejak dari Sematan dahulu cuma di satu tempat sahaja yang ada kelihatan pokok getah iaitu enam kilometer dari persimpangan Ranau/Tuaran. Lainnya kelapa sawit.

11.00 tengah hari berhenti rehat di sebuah restoran di tepi jalan di Sungai Burung, Balung dan makan juadah yang dibawa, yang dibeli di Samporna pagi tadi. Hanya minta minuman daripada restoran berkenaan.

11.30 tengah hari, tidak tahu akan jumpa R&R di Balung setengah jam kemudian. Bila terlihat sahaja papan tanda menunjukkan R & R bercadang akan berhenti di sini untuk makan tengah hari. Biasanya R & R akan menawarkan banyak pilihan. SMS saudara Abd. Rahman, nyatakan lokasi sekarang. Selepas makan teruskan kayuhan.

DSCF02781.20 tengah hari ke lapangan terbang Tawau. 32 kilometer lagi daripada bandar Tawau. Terletak enam kilometer daripada jalan utama. Pergi ke lapangan terbang kerana anak ada memberitahu supaya dapatkan tiket sebelum tarikh pulang. Pergi ke kaunter MAS, mereka kata MAS sudah tidak mengeluarkan tiket sejak empat tahun lalu. Katanya lagi cetakan itu sudah memadai dan ganti kepada tiket. Datang sahaja pada hari berlepas dan bawa ia bersama untuk dapatkan Boarding Pass. Anak salah tafsiran agaknya. Kayuhan diteruskan. 32 kilometer jalan raya utama hingga ke bandar Tawau adalah dua lorong. Selesa mengayuh, walaupun dalam keadaan panas terik dan banyak bukit. Telefon saudara Abd. Rahman nyatakan lokasi terkini dan minta maklumat mengenai masjid tempat bermalam.

DSCF02893.40 petang sampai di masjid al-Khautar, Tawau. Terjumpa seorang penduduk tempatan. Ia ingin berjumpa dengan pegawai masjid, untuk dapatkan kereta mayat. Bapa saudaranya meninggal di Tawau. Berasal dari Samporna. Ia minta derma, katakan bahawa baharu sampai dan seorang musafir. Tidak lama kemudian solat Asar selesai dan seperti yang dijanjikan saudara Abd. Rahman sampai bersama-sama dengan beberapa orang penduduk tempatan. Ia telah menguruskan penginapan selama tiga hari di Tawau. Pihak masjid telah menyediakan sebuah bilik, lengkap dengan tandas dan bilik mandi. Berhawa dingin. Amat selesa. Terima kasih kepada saudara dan pihak masjid. Bilik ini amat penting kerana saat akhir kayuhan. Banyak yang perlu dibuat, sama seperti kita hendak datang dahulu.

DSCF0290Sebenarnya, mengikut perancangan Tawau bukan destinasi akhir kayuhan. Destinasi akhir ialah Kota Kinabalu, dengan melalui Kalabakan, Sapulut, Keningau, Tambunan dan Kota Kinabalu. Ramai yang ditanya tidak mencadangkannya , kerana tidak ada jalan raya yang sempurna dari Kalabakan ke Sapulut. Jalan lori balak. Ada yang mengatakan terpaksa tukar tayar ke tayar ‘ off road’. Kalau berdua mungkin ia boleh diteruskan. Kalau ada yang menawarkan untuk mengangkut dari Kalabakan ke Sapulut tentu juga kayuhan ini akan diteruskan. Atas faktor keselamatan rancangan ini dibatalkan. Hasrat untuk mengelilingi Sabah tidak kesampaian. Mungkin lain kali dengan izin Allah.

DSCF0291Semasa di Tawau selama tiga hari saudara Abd. Rahman telah memberi layanan yang baik. Ia yang taja kebanyakan makan dan minum di sini. Susah hendak balas jasanya. Semoga Allah yang akan membalasnya. Selama tiga hari itu banyak juga aktiviti yang dibuat. Ada temubual dengan Tawau Bloggers. Hasil temubual boleh diperolehi dalam laman Tawau Bloggers. Pergi pasar besar cari kotak, untuk membungkus barang-barang dan pakaian yang dibawa dahulu. Yusuf ada telefon mengenai kawannya seorang anggota polis laut yang sudah lama putus hubungan. Alamat terakhirnya ialah di Tawau. Dia minta tolong cari. Usahakan dan berjaya, kawannya itu telah berpindah ke Lahad Datu. Berikan nombor telefonnya kepada Yusof.

DSCF0292Pada hari Jumaat, semasa hendak solat Jumaat terjumpa dengan Ustaz Saiful. Buat temu janji akan jumpa semula lepas Jumaat. Ia balik ke Tawau kerana isterinya hendak bersalin. Lepas makan tengah hari ia bawa bersiar-siar di bandar Tawau, dan ke rumah bapa mentuanya. Juga pergi melawat kilang keropok aplang. Sedap juga keropok ini. Tidak ada di tempat lain. Hanya dibuat di Tawau. Ia membekalkan tiga bungkus keropok tersebut untuk dibawa pulang.Menawarkan diri untuk menghantar ke lapangan terbang.

Hari 36: Sabtu, 2 April 2011.

DSCF0299Selepas solat Zohor, saudara Abd. Rahman telah bersedia untuk menghantar ke lapangan terbang Tawau, bersamanya ialah anak perempuannya yang masih menuntut di Tingkatan lima. Pergi awal kerana supaya berada dalam keadaan yang selesa. Takut nanti timbul masalah. Terutamanya basikal. Memangpun. Kerana kaunter mahu supaya basikal itu dibungkus, ia tidak mahu bertanggung jawab terhadap sebarang kerosakan. Terpaksa bungkus melalui kedai menjual makanan laut yang terdapat di lapangan terbang. Bayar RM20.00. Tetapi tidak dikenakan bayaran sebagai kargo. Alhamdullah.

DSCF03005.50 petang penerbangan pulang ke Semenanjung dengan MH2665. Cuaca baik penerbangan selesa.

8.30 malam sampai di KLIA. Orang yang sama menunggu di lapangan terbang.

10.30 Sampai di rumah.

Majlis sambutan telah diadakan pada 3 April 2011. Mengetuainya ialah Ahli Dewan Undangan Kawasan Semenyih, Y. B. Datuk Johan Abd. Aziz, Ketua UMNO Desa Mewah, Encik Hamdan, Pengerusi Rukun Tetangga, Tn. Hj. Zaidi, DSCF0301Imam surau Desa Mewah Ustaz Shakirin, Anggota Gagasan Perpaduan Semenyih, KEMOJA dan Saudara Karim, rakan semasa Kayuhan Mengelilingi Semenanjung dan lain-lain.


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: