Hajimeli's Blog


Kayuhan Di Pulau Pinang Dan Mendaki Bukit Bendera
18/03/2012, 8:01 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

DSCF0736Selasa, 13 Disember 2011 bersama isteri telah pergi ke Pulau Pinang. Negeri tempat kelahiran isteri dan dua orang anak Zailani Arif dan Zaidi. Sudah lama tidak ke sana. Akan tinggal di Taman Permai, Sungai Dua. Berhampiran dengan Universiti Sains Malaysia. Isteri ada rumah di Taman itu yang dibeli bersama kakaknya.

Pagi-pagi lagi telah meninggalkan rumah. Basikal Racing dibawa bersama. Ada cadangan untuk mengayuh di Bukit Bendera dan mengelilingi Pulau Pinang. Perjalanan sejauh 400 kilometer sepatutnya mengambil masa empat jam sekiranya semua berjalan lancar. Faktor usia agaknya menyebabkan perjalanan DSCF0675ini agak lambat dan perlahan. Terpaksa berhenti diempat R & R, di Restoran Jejantas, Tapah, di Sungai Perak dan akhir sekali di Juru. Perjalanan telah mengambil masa lebih kurang tujuh jam. Letih sekali.

Pada keesokannya, hari Rabu, selepas sarapan pagi, kayuh basikal ke Universiti Sains Malaysia. Tidak jauh daripada rumah, satu kilometer sahaja. Pernah belajar di universiti ini dalam bidang pendidikan selama empat tahun. Semasa belajar inilah dua orang anak dilahirkan. Tidak ada masalah untuk masuk ke USM. Dalam fikiran telah ada alasan kalau guard tahan. Katakan bekas pelajar dan tunjukkan bukti. Bawa bersama kad perpustakaan semasa belajar dahulu yang masih disimpan di dalam dompet.

DSCF0692Universiti Sains Malaysia sudah banyak berubah, telah banyak bangunan baru, Banyak jalan sehala. Sesuai dengan perkembangan semasa. Seronok juga mengayuh di USM ada banyak bukit yang perlu didaki dan dituruni. Ronda-ronda sahaja dengan bebas di samping mengingati semula kisah-kisah semasa menjadi mahasiswa dahulu. Melihat tadika tempat anak sulung Zakri Arif belajar, dan Taska Hadanah semasa Zailani Arif dihantar untuk dijaga. Pernah juga membawa Zailani Arif ke bilik tutorial sekiranya ada masalah pertukaran masa tutorial. Tidak ada masalah, pensyarah memahami keadaan pelajar yang telah berkeluarga.

DSCF0709Hari berikutnya iaitu pada hari Khamis pergi mendaki Bukit Bendera. Aktiviti ini sering dilakukan bila ke Pulau Pinang. Bukit Bendera mempunyai ketinggian 800 meter. Jaraknya antara kaki bukit dengan Puncak ialah lima kilometer. Boleh tahan curam. Selain daripada pendaki ramai juga yang mengayuh. Pada hari itu tidak ada yang mengayuh sampai ke puncak. Memandangkan kepada kecuraman rasanya tidak mampu untuk mengayuh hingga kepuncak, malah walaupun sehingga separuh bukit. Niat untuk mengayuh dibatalkan. Cukuplah mendaki sahaja.

Jumaat, 16 Disember 2011, Ronda-ronda di kawasan USM, untuk mengeluarkan peluh, mengikut laluan yang sama. Tidak boleh pergi jauh nanti tidak solat Jumaat.  Sebelah tengah hari masuk semula ke USM untuk solat Jumaat di masjid USM. Jalan kaki sahaja.

Hari Sabtu,  jam 2.00 bersama isteri pergi melawat Botanical Garden di kaki Bukit Bendera. Gerai-gerai jual makanan sudah tidak ada. SuDSCF0700dah menjadi tempat letak kereta. Pakir kereta di sini adalah percuma. Suatu masa dahulu ada banyak monyet di sini, sehingga mengganggu pengunjung. Ia mencuri makanan dan kadang-kadang menyerang. Sekarang sudah banyak berkurangan tetapi masih mengganggu. Salah pengunjung juga kerana memberinya makan menyebabkan ia sudah tidak takut pada manusia tetapi sebaliknya pula. Selepas itu pergi melihat tempat yang akan menjadi laluan kayuhan menggelilingi Pulau Pinang.

Pada jam 7.00 pagi Ahad, mulakan kayuhan dengan melalui Jalan Sungai Dua, lalu di hadapan masjid USM, Minden Hight, Jalan Datuk Keramat, Tanjung Bunga, Batu Feringgi, Teluk Bahang, Balik Pulau, Batu Maung dan balik semula ke Jalan Sungai Dua. Masa kayuhan ialah empat jam dengan jarak 86 kilometer. Istimewanya Pulau Pinang ada laluan basikal. Ada ramai penggemar basikal di sini, berdasarkan banyaknya kumpulan basikal yang ditemui semasa kayuhan di kedua-dDSCF0712ua hala terutama sekali di Balik Pulau. Di sini suasananya nyaman, tidak banyak kenderaan dan yang pentingnya ialah ada bukit-bukit yang boleh tahan juga tingginya.

Setelah berada lima hari di Pulau Pinang, pada  19 Disember pulang semula ke Semenyih.

ALBUM

DSCF0678DSCF0679DSCF0681DSCF0683DSCF0684DSCF0686DSCF0688DSCF0694DSCF0702DSCF0713DSCF0715DSCF0716DSCF0717DSCF0718DSCF0720DSCF0726DSCF0731DSCF0728


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: