Hajimeli's Blog


Kayuhan Ke Bukit Frazer
14/06/2012, 3:20 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

DSCF0774Kayuhan ke Bukit Frazer dirancang apabila dicadangkan oleh Saudara Shariff. Ia sangat berminat untuk melakukan satu kayuhan jarak jauh, untuk menguji ketahanan mental dan fizikal. Jangka masa kayuhan tidak lama kerana Saudara Shariff masih bekerja. Dirancangkan kayuhan ini mengambil masa tiga hari dua malam. Laluan yang mencabar dipilih iaitu dari Semenyih melalui Sungai Tekala, Ampang, Genting Sempah dan Bentung. Hari berikutnya dari Bentung ke Bukit Frazer dan di hari ketiga dari Bukit Frazer ke Semenyih dengan melalui Kuala Kubu Baru, Rawang, Cheras dan Kajang.

DSCF0775Saudara Karim diajak sama untuk menyertai kayuhan ini. Shariff juga mempelawa kawannya seorang pesara daripada Jabatan Penjara yang bernama Azman. Masa yang sesuai yang dipilih ialah pada hari Perayaan Tahun Baru Cina, 2012. Cuti panjang tidak ada masalah buat Shariff. Tiga pengayuh yang lain semuanya telah bersara.

Jam 8.00 pagi, hari Sabtu, 21 Januari 2012, semua pengayuh diminta berkumpul di Restoran Sayang Maju, Desa Mewah. Apabila saya sampai Azman DSCF0779telah menunggu. Ia memberitahu bahawa ia tidak dapat menyertai kayuhan kerana terpaksa menghantar kereta anak perempuannya ke bengkel akibat satu kemalangan. Tinggal tiga orang lagi yang akan meneruskan kayuhan.

Kayuhan berjalan lancar pada permulaannya, tetapi apabila sampai di Gombak tiub belakang bocor  dan menolak basikal ke stesyen minyak yang berdekatan untuk menggantikannya. Shariff dan Karim yang berada di hadapan tidak mengetahui perkara ini. Telefon mereka, memandangkan keadaan lalulintas mereka tidak dapat berpatah balik. Terpaksa tukar sendiri. Lebuh raya Karak boleh tahan juga mencabarnya. Banyak bukit DSCF0777yang mesti didaki. Penat, beberapa kali berhenti rehat. Di sini juga telah ditimpa hujan. Walaupun lebuh raya berlaku juga kesesakan kerana musim perayaan. Cuti menyambut Tahun Baru Cina. Kadang-kadang dapat memotong kereta akibat kesesakan itu. Terdapat juga kemalangan dan kereta yang rosak akibat kesesakan yang lama.

Sampai di Bentung pada jam 7.00 petang. Bermalam di masjid Bentung. Jarak kayuhan ialah 111 kilometer. Malam itu tidur dengan nyenyak tidak sedar masyarakat Cina membakar mercun pada jam 12.00 malam. Bentung adalah sebuah kawasan yang penghuninya ramai daripada masyarakat Cina.

DSCF0783Pada 22 Januari 2012 Kayuhan diteruskan ke Bukit Frazer. Jalan raya lengang, masih cuti, mendaki ke sana. Jarak kayuhan ialah 60 kilometer. Di sebabkan sepanjang perjalanan 90% mendaki lambat sampai walaupun dekat. Banyak berhenti rehat. Pemandangan cantik. Di sesetengah tempat keadaannya dingin. Jam 3.15 petang baru sampai. Bermalam di masjid di Bukit Frazer. Di sini berjumpa dengan ramai pengayuh basikal dari Kuala Lumpur yang mengayuh melalui Kuala Kubu Bharu.

DSCF078923 Januari 2012 perjalanan pulang melalui Kuala Kubu Bharu, Rawang, Kuala Lumpur dan Cheras. Jaraknya ialah 130 kilometer. Menurun dari Bukit Frazer ke Kuala Kubu Bharu. Tidak laju kerana bukit tidak curam. Tidak seperti dari Cameroon Highland ke Simpang Pulai. Walau bagaimanapun boleh menjimatkan tenaga. Sebelah tengah hari cuaca panas sekali. Mendaki beberapa bukit tetapi yang mencabar sekali Bukit Templer. Ingin berhenti di sini untuk solat Zohor tetapi orang sangat ramai, sesak, kawasan peranginan, cuti pula. Kayuhan diteruskan dan bercadang untuk solat di Selayang. Jam 5.00 petang meninggalkan Selayang selepas hujan teduh. Sampai di rumah pada jam 8.30 malam. Dalam kayuhan pulang dua kali tiub basikal Shariff bocor. Dalam hal ini hanya Karim sahaja yang tiub basikalnya tidak pernah bocor. Basikal barunya hasil cabutan bertuah.

ALBUM

DSCF0790DSCF0791DSCF0793DSCF0795DSCF0799DSCF0802DSCF0803DSCF0806DSCF0809


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: