Hajimeli's Blog


Kayuhan Merentas Indonesia Dari Tanjung Balai Ke Denpasar
20/06/2012, 3:03 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

DSCF0810Kayuhan ini telah lama dirancang, ekoran daripada Kayuhan Jelajah Indonesia yang tidak dapat diselesaikan pada tahun 2011 yang lalu akibat masalah visa dan basikal. Setelah beberapa kali ditunda akibat cuaca dan anak yang sulung hendak berumah tangga, akhirnya ia dapat dilaksanakan. Berbekalkan visa selama dua bulan yang diberi oleh Kedutaan Indonesia, kayuhan dimulakan pada 29 Mac 2012. Berikut ialah perjalanan kayuhan ini.

Hari 1: Khamis, 29 Mac 2012

Rumah – Pelabuhan Kelang – Tanjung Balai

0 kilometer

DSCF0812Tidak mengayuh kerana telah mengayuh dahulu. Minta anak yang kedua Zailani Ariff hantar ke sana. Seawal jam lima pagi telah meninggalkan rumah, walaupun feri akan memulakan pelayaran pada jam 12.00 tengah hari. Sampai awal dan solat subuh di masjid Samadiah, Pelabuhan Kelang. Kaunter tiket di buka jam 8.00 pagi dan berihat di masjid hingga ke waktu itu.

Cuaca baik semasa menyeberangi Selat Melaka, tidak ada gelombang besar, pelayaran amat menyenangkan. Berdasarkan pengalaman lalu, bawa bekalan yang mencukpi supaya tidak kelaparan. Walaupun ada makanan yang disediakan tetapi tidak mencukupi. Sampai di Sungai Nibung, Tanjung Balai, pada jam 4.40 petang waktu Indonesia. Melakukan pemeriksaan imegresen, mereka masih kenal lagi, polis juga masih kenal lagi. Mungkin tidak ada pengayuh basikal di masa lalu yang menggunakan pelabuhan ini. Mereka sedia membantu, proses menjadi cepat.

Setelah barang-barang yang dibawa diikat dikarier basikal, kayuhan di Indonesia pun bermula tetapi tidak jauh, kerana telah petang dan mengayuh hingga ke masjid yang terdekat di Tanjung Balai untuk bermalam. Malam itu hujan turun dengan lebatnya.

Hari 2-4: Jumaat-Ahad, 30 Mac-1 April 2012

Tanjung Balai –  Lima Puluh – Parapat – Siborong-borong

258 kilometer

DSCF0813Hari Jumaat sepatutnya tidak mengayuh, perancangannya begitu supaya boleh melakukan solat Jumaat, membersihkan pakaian, membasuh basikal, membeli keperluan dan lain-lain. Jemaah di masjid beranggapan akan mengayuh pada Jumaat juga, mereka sering bertanya. Oleh yang demikian terpaksa mengayuh dan meninggalkan masjid selepas solat Subuh. Tujuannya ialah Lima Puluh, 75 kilometer dari Tanjung Balai.  Laluan ini pernah dilalui dahulu dalam kayuhan ke Banda Acheh. Di pertengahan jalan berjumpa dengan Yuspa seorang tentera, bercakap dengannya sambil mengayuh. Dia belanja minum apabila sampai di tempat kerjanya. Kayuhan ini juga di timpa hujan, nasib baik sudah hampir dengan masjid al-Huda. Berehat di sebuah stesyen minyak Pertamina, ia ditutup sementara kerana kehabisan minyak. Sampai di masjid besar Lima puluh pada jam 1.30 tengah hari.  Setelah dapat kebenaran akan bermalam di sini. Makan di warung Encik Husin atau Pak Husin, pergi ke sana bersama Nazir dan Imam masjid Pak Tunggal. Ia juga menjemput bermalam di rumahnya tetapi menolak. Di masjid lebih selesa. Sebelum berpisah malam itu Pak Tungal belanja makan di sebuah gerai dan memesan kepada penjual supaya menyediakan sarapan untuk saya esoknya. Mengapa dinamakan Lima Puluh tidak ada jawapan untuk itu. Mereka tidak Mengetahuinya.

DSCF0814Hari berikutnya mengayuh ke Parapat 100 kilometer dari Lima Puluh. Perjalanan ke sana berjalan lancar. Di kiri kanan jalan di penuhi dengan pokok getah. Ada yang mendaki dan landai. Cuaca mendung. Sampai di Siantar pada jam 10.10 pagi. Selepas ini kayuhan mendaki sahaja, sangat penat dan sering berhenti minum air. Kayuhan sangat perlahan. Jam 2.00 petang berhenti di sebuah masjid untuk solat jamak taqdim. Menurut penduduk di situ hanya terdapat dua keluarga Islam di situ.  Dapatkan bekalan air dari penduduk tempatan, air masak, hendak beli tapi diberi percuma. 27 kilometer berikutnya mendaki sahaja. Puncak tertinggi ialah 800 meter daripada aras laut. Dapat dibayangkan akan peritnya. Lapan kilometer lagi hendak sampai ke Parapat menurun, lega rasanya. Sampai di Parapat pada jam 5.40 petang. Pergi ke masjid tempat DSCF0816bermalam dahulu.  Di sinilah tempat terakhir kayuhan yang pertama ke Indonesia. Nazir dan imam masjid masih kenal dan ingat, tidak ada masalah untuk bermalam.  Masa solat Maghrib ramai rakyat Malaysia, ada 60 orang. Mereka ke sini berkursus Team Building. Dari Pulau Pinang. Mereka juga buat Qiamullai di masjid ini. Masjid al – Taqwa. Dari Parapat boleh melihat Danau Toba.

Meninggalkan masjid al – Taqwa pada jam 7.00 pagi. Sebelum mulakan kayuhan seorang hamba Allah dari Pulau Pinang menyumbang RP100,000. Sarapan pagi itu ditaja oleh Purwono seorang pemuda yang ditemui di masjid. Berasal dari Bukit Tinggi. Ia menjual cermin mata di Parapat. Mula mengayuh dengan pendakian, berakhir satu setengah jam kemudian. Kali ini menuju ke Tarutung. Selepas itu menurun dan mendaki. Sampai di Balige berhenti rehat di masjid Hadhanah dan solat jamak Taqdim. Terutung berada 48 kilometer lagi. Pendakian yang banyak dan bukit yang tinggi menyebabkan tersangat letih dan tidak bDSCF0819ermaya.  Walau bagaimanapun kayuhan mesti diteruskan. Apabila mendaki sebuah bukit hujan turun renyai-renyai, dan ternampak stesyen minyak, pergi dan minta tompang bermalam. Pekan yang hampir ialah Siborong-borong, tujuh kilometer lagi. Datar. Tetapi sudah tekad untuk bermalam di sini dan telah dapat izin. Rancangan untuk ke Tarutung dibatalkan, bimbang akan bermalam di belantara. Tidak tahu keadaan tempat. Jarak antara Siborong-borong dengan Parapat ialah 83 kilometer. Siborong-borong berada diketinggian 1001 meter dari aras laut. Satu lagi malam yang dingin. Sudah dua hari tidak mandi.

Hari: 5-7, Isnin – Rabu, 2-4 April 2012

Siborong-borong -Sibolga-Padang Sidampuan-Kota Nopan

292 kilometer

SelepaDSCF0821s subuh meninggalkan stesyen minyak Pertamina ke Sibolga yang jaraknya 91 kilometer. Menurun dan berhenti makan di sebuah masjid di pekan Siborong-borong. Cuaca sejuk dan ada embun yang turun. Makan nasi goreng dan minum kopi ‘ O’. Kayuhan ke Tarutung amat selesa tidak ada pendakian. Semasa meninggalkan setesyen minyak tadi terdengan bunyi seolah-olah ada berlaku pergeseran antara jejari basikal, berhenti dan pereksa. Semuanya baik. Bila terhentak ia berbunyi kembali. Runsing juga, takut peristiwa lalu berulang. Walau bagaimanapun tawakallah. Kayuh juga, apabila sampai di Hotel Bumi Aseh berhenti rehat dan pereksa lagi basikal. Ternampak pengikat beg tidak diikat deDSCF0820nDSCF0824gan kemas. Ini yang menyebabkan bunyi. Kayuhan ke Sibolga ada juga yang mendaki. Jalan ada yang bagus, ada juga yang teruk dan ada seperti off road. Walaupun menurun tidak boleh laju.Berhati-hati, takut rim bengkok, tayar boleh pecah dan tiub boleh bocor. Boleh juga terjatuh. Biar lambat asalkan selamat kata orang tua-tua. Semasa mendaki seorang hamba Allah ingin membantu dengan menarik tangan, seorang anggota keselamatan agaknya berdasarkan senjata api yang dibawanya, tidak beruniform.  Menolak pertolongannya itu. Suasana sepi tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. DSCF0828Kampung pun jarang ditemui. Sampai di Sibolga pada jam 4.00 petang. Semasa azan Asar sedang berkumandang, senanglah mengesan masjid. Bermalam di sini di masjid al-Munawarah, Jalan Tapian.

Hari berikutnya ke Padang Sidampuan. Jarak antara Sibolga dengan Padang Sidampuan ialah 88 kilometer. Penjaga masjid al-Munawarah membekalkan banyak air mineral. Jalan raya tidak mesra pengguna. Sampai di Sibuluan Indah hujan telah turun dan berteduh di masjid di situ. 48 kilometer hendak sampai Padang Sidampuan, mula mendaki. Seperti biasa makin lama makin penat. Walau bagaimanapun tidak menolak basikal. Banyak berhenti rehat kerana cuaca panas terik, selain daripada kepenatan.  Di sebuah tempat rehat seorang hamba Allah membekalkan sebotol air isotonik, untuk tenaga. Di sini juga berjumpa dengan seorang pengembara Indonesia. Namanya Parman, menggunakan motosikal besar. Sudah tiga bulan DSCF0831mengelilingi Indonesia. Bertukar bendera dengannya.  10 kilometer hendak sampai ke kota, mula menurun, teramatlah lega rasanya. Hendak bermalam di masjid rayanya tetapi tidak ada bilik mandi. Seorang hamba Allah membawa ke masjid al-Taqwah Muhamadiah, Kg. Kenanga. Imam masjid ini ada saudara di Malaysia, Batu 20, Bagan Datuk, Perak. Keturunan Seregar.

Berikutnya kayuhan ke Kota Nopan, 113 kilometer dari Padang Sidempuan. Sarapan pagi di sebuah rumah makan, RP18,000, sangat mahal jika ikut standard. Makan sepinggan nasi, ikan keli, sayur salad dan kopi ‘ O’. Cuaca mendung dan keadaan jalan rayanya menarik, walaupun ada sedikit yang tidak memuaskan. Terdapat banyak Pasentren di sepanjang jalan. Sampai di Kota Nopan pada jam 4.30.

Hari: 8-10, Khamis-Sabtu, 5-7 April 2010

Kota Nopan-Lubuk Sikaping-Bukit Tinggi-Padang

275 kilometer

DSCF0832Dari Kota Nopan ke Lubuk Sikaping, jaraknya 103 kilometer, Jalan rayanya tidak memuaskan. Semasa kayuhan ke sana cuaca berada dalam keadaan yang baik. Di samping jalan raya yang tidak menarik, terpaksa mendaki, kayuhan amat perlahan. Terdapat banyak gangguan daripada penduduk tempatan. Iaitu mereka suka memanggil, ada yang memanggil ‘mr’ ada juga ‘miss’. Mereka bersikap baik, tetapi kalau terlalu kerap boleh mengganggu konsentrasi. Rumah-rumah mereka terlalu hampir dengan jalan raya. Di sini juga ada yang ingin membantu untuk menarik tangan, seorang pemuda, menolaknya. Walau bagaimanapun ia mengikut dari belakang dan memberi ransangan dengan DSCF0834mengatakan menurun tidak lama lagi. Betul katanya, agak jauh juga bila menurun. Selepas itu terpaksa mendaki semula hingga ke Lubuk Sikaping dalam keadaan cuaca panas terik. Lubuk Sikaping sebuah kota kecil, tetapi bersih dan dijaga dengan rapi. Malam itu bermalam di perpustakaan masjid raya Pauah Durian Tinggi.

Sudah seminggu meninggalkan Malaysia, hari ini kayuhan akan menuju ke Bukit Tinggi, bandar kembar Seremban. Hari Jumaat, hari rehat, tetapi tersalah melihat kalendar. Minta kebenaran bermalam sehari. Bila lihat sekali lagi rupanya Jumaat. Terpaksa juga berkayuh hari ini. Bukit Tinggi letaknya 77 kilometer dari Lubuk Sikaping. Banyak mendaki untuk ke sana kata penduduk tempatan. Dapatkan sarapan untuk tenaga. Pemandangan ke Bukit Tinggi amat cantik, dihiasi dengan hutan menghijau dan gunung-ganangnya. Orang kata tempat ini sejuk. Sebenarnya tidak. Bermalam di masjid Muslimin, Pintu Kebun. Nazir masjid pernah ke Malaysia. Tahu letaknya Semenyih dan sering ke Negeri Sembilan. Ada anak yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.

DSCF0841Hari Sabtu ke Padang, 95 kilometer dari Bukit Tinggi. Hendak keluar dari Bukit Tinggi banyak mendaki. Selepas itu menurun jauh. Cepat sampai di Padang. Tetapi terperangkap dalam kesesakan jalan raya.  Berhenti rehat di hadapan sebuah mall. Cuaca panas terik. Cari masjid yang letaknya di jalan raya menuju ke Solok untuk kemudahan ke sana nanti. Tidak mahu tercari-cari jalan keluar dari Padang kelak. Jumpa sebuah masjid iaitu masjid Muhsinin. Bermalam di sini, tetapi paspot dipegang oleh nazir masjid. Sebelah malam seorang jemaah yang ada keluarga di Malaysia mengajak bermalam di rumahnya tetapi menolak.

Hari:  11-13, Ahad-Selasa, 8-10 April 2012

Padang-Solok-Kiliran Jao-Muaro Bungo

294 kilometer

DSCF0842Hari ini terlewat sedikit memulakan kayuhan kerana, nazir masjid tidak datang subuh dan paspot masih di tangannya. Imam pada pagi itu buat panggilan telefon dan ia sampai pada jam 6.30 pagi. Tanpa sarapan pagi mulakan kayuhan. Kedai makan yang terdekat mulakan perniagaan jam 10.00. Di pertengahan jalan beli apam balik, RP 7,000. Pendakian dimulakan sedikit demi sedikit dan akhirnya mencanak. Mereka panggil Sitinjau Laut kerana dari sini boleh nampak laut. Ada juga yang memanggilnya Singkarak. Jalan tidak begitu baik, tetapi pemandangannya cantik. Hutan rimba dan gunung-ganang. Lori banyak lalu lalaDSCF0853ng, besar-besar. Berhati-hati menghayuh, amat perlahan. Bukit yang curam ini menyebabkan terpaksa menolak basikal sejauh tiga kilometer. Panjang Bukit ini ialah 8 kilometer. Nasib baik  ada buat latihan pendakian gunung. Ia sangat membantu. Tidak ada masalah.  Sampai di puncak pada jam 12.30 tengah hari. Makan tengah hari di puncak RP25,000, dua ketul ayam. Selepas itu menurun dan sesekali mendaki tidak ada masalah. Di kiri kanan jalan banyak gerai buah markisa.  Sampai di Solok pada jam 3.00 petang. Bermalam di masjid Agung al-Muhsinin. Masjid baru, cantik, lantai papan. Masjid lama telah runtuh akibat gempa besar tahun 2008. Jarak dari Padang ke Solok ialah 61 kilometer. Siak masjid mengajak bermalam di rumahnya tetapi seperti biasa menolaknya, masjid lebih selesa.

DSCF0858Destinasi berikutnya ialah Solok ke Kiliran Jao, jaraknya ialah 104 kilometer. Kayuhan dimulakan setelah sarapan pagi di rumah siak masjid. Cuaca sejuk, 40 kilometer pertama menurun dan datar. Selepas itu turun dan naik bukit sehingga ke Kiliran Jao. Sebelah tengah hari cuaca panas sekali dan berhenti beberapa kali minum air. Bekalan air diperolehi daripada rumah makan di tepi jalan. Mereka beri percuma. Kalau beli air minuman, di sesetengah tempat, harganya RP6000. Sehari tiga botol 1.5 liter. Banyak membantu dari segi kewangan. Terima kasih Indonesia. Allah yang akan membalas budi baik rakyatmu. Sampai di Kiliran Jao pada jam 2.30 petang. Tidak ada masjid khas. Walau bagaimanapun bermalam di sini. Kiliran Jao adalah perkampungan kecil tetapi ada stesyen minyak di sini. Kedainya daripada papan beratap zing. Tidak sibuk.

DSCF0862Kiliran Jao ke Muaro Bungo, jaraknya ialah129 kilometer. Memulakan kayuhan setelah sarapan pagi, RP7,000. Agak munasabah. Sampai di Rantau Ekil berhenti rehat di stesyen minyak Pertamina. Di situ ada jual air tebu. Minum dua gelas. Bila hendak bayar ia tidak ada tukar RP100,000.  Harga air tebu itu ialah RP6000. Sukar hendak tukar wang walau pun ada stesyen minyak berdekatan. Wang kecil hanyak ada RP2000 sahaja. Dia ambil wang itu, dan tambah dengan RM1.00. Sebagai kenangan. Sampai di Muaro Bungo jam 3.30 petang dan akan bermalam di masjid Asyhada. Di sini banyak nasihat diperolehi daripada jemaah, terutama berkaitan dengan kayuhan seterusnya hingga ke Pulau Jawa.  Mereka minta hati-hati dan sentiasa waspada. Ada ramai orang jahat antara Bangko hingga ke Bakauheni. Ada beberapa rompakan berlaku. Jalan sunyi, kampung jarang-jarang. Ada yang mencadangkan naik bas. Penduduk tempatan sendiri rasa seram bila masuk laluan ini. Mengingat kembali petua yang diberi oleh Ustaz Fendi guru agama bebas dari Taman yang sama. Di samping itu tawakkallah.

Hari: 14-17, Rabu-Sabtu, 11-17 April 2012

Muaro Bungo-Bangko-Singkut-Lubuk Linggau.

291 kilometer

DSCF0859Hari ini ke Bangko, 79 kilometer dari Muaro Bungo. Awal pagi susah untuk mendapatkan sarapan. Kayuh juga, harap-harap nanti akan jumpa nanti di pinggir jalan. Nasib baik setelah lebih kurang 10 kilometer mengayuh terjumpa sebuah, makan mee sop dan kopi ‘O’. RP10,000. Di Rantau Panjang berhenti rehat. Banyak kenderaan berbaris untuk mendapatkan bekalan minyak. Keadaan ini berlaku, boleh dikatakan semua stesyen minyak di Sumatera. Adakah akibat daripada sekatan perdagangan oleh barat kepada Iran. Ingin juga bertanya kepada keluarga di Malaysia. Sama ada menghadapi masalah yang sama. Menurut kata seorang yang berbaris itu di Rantau Panjang ada ramai yang berketurunan Malaysia, tetapi kaum keluarga mereka yang di Malaysia tidak dapat dikesan. Terjumpa juga dua orang wanita yang mengatakan mereka ada keluarga di Malaysia. Sampai awal di Bangko, jam 1.00 tengah hari. Cari rumah makan, kemudian masjid. Lauk daging dan dua jenis sayur, RP18,000. Sampai di masjid Nurulfalah, perut mula sakit, rendang daging tadi agaknya, pedas. Maklumlah masakan Padang.  Tiga kali ke tandas. Orang Indonesia tidak faham tandas, mereka tahu toilet. Harap malam dapat tidur dengan nyenyak tetapi tidak boleh ke tandas lagi. Di samping itu gangguan anak kucing. Di sini banyak berbual dengan penjaga masjid. Banyak yang ia ingin tahu. Ada keluarga di Kedah. Ia juga memberi nasihat mengenai jalan yang akan dilalui. Minta hati-hati. Sama seperti cerita di awal tadi. Ia juga mencadangkan supaya destinasi berikutnya ialah Singkut kerana Sarolangon terlalu dekat, hanya tambah 25 kilometer lagi.

DSCF0868Kayuhan hari berikutnya sepatutnya ialah Sarolangon 76 kilometer dari Bangko. Kayuhan menarik, jalan raya berada dalam keadaan yang baik, cuaca juga banyak membantu. Tiada bukit yang tinggi hendak didaki. Laju. Awal sudah sampai di Sarolangon. Jam 11.20 tengah hari. Berhenti rehat sebentar. Sebelah tengah hari cuaca semakin panas. Kayuhan tetap diteruskan dan sampai di Singkut pada jam 1.30 tengah hari. Bermalam di Singkut, dua malam kerana esok Jumaat, berehat dan membasuh. Sudah dua minggu tidak membasuh. Malamnya ada kuliah Maghrib. Selepas Isyak Pak Asib bawa pergi makan nasi Padang. Sebelah pagi hujan turun dengan lebat. Tidak bimbang kerana berada di tempat yang selamat. Hari Jumaat mencuci dan solat Jumaat. Sudah dua Jumaat tidak solat. Ada sembilan bandar lagi yang akan dilalui di Sumatera.  Bermakna ada sembilan hari lagi di pulau ini.

DSCF0871Setelah dua malam di masjid Taqwa kayuhan diteruskan. Jalan raya elok dan datar. Penat juga mengayuh walaupun datar kerana tidak henti. Di sesetengah tempat sunyi. Ada pick up yang hendak beri tumpang. Basikal letak di belakang. Kawasan hitam. Tetapi menolaknya. Sudah tawakallah. Allah yang tentukan. Bila sampai di Balai polis  Tanjung Bringin berhenti rehat. Perut mula sakit dan minta kebenaran untuk gunakan tandas mereka. Mereka amat mesra dan menghidangkan kopi panas. Di samping itu dapatkan bekalan air minuman. Tiada rumah yang kelihatan di sini. Di sebuah stesyen minyak berjumpa Eko yang berasal dari Singkut. Ia hendak ke Bangkahulu dengan motosikal. Dia bertanya ada nampak jambatan panjang. Beritahunya tidak nampak, sungai pun tidak nampak. Tambahnya di situ selalu berlaku rompakan. Alhamdulillah. Allah maha berkuasa. Eko suka mengembara tetapi dengan motosikal, ia ke Bangkahulu untuk bertemu tunangnya. Bapa mertuanya sama nama dengan saya. Ia belanja makan tengah hari itu. Ia juga ingin menarik basikal dengan menggunakan tangan supaya cepat sampai katanya. Sampai di Lubuk Linggau jam 2.00 petang dan akan bermalam di masjid al-Bakri. Libuk Linggau pekan yang sibuk juga. Kereta bertali arus dan meriah.

Hari: 18-20, Ahad-Selasa, 15-17 April 2012

Lubuk Linggau-Tebing Tinggi-Lahat-Sugih Waras

241 kilometer

DSCF08736.15 pagi telah meninggalkan Lubuk Linggau. Tujuan hari ini ialah Tebing Tinggi. 67 kilometer dari Lubuk Linggau. Dalam kayuhan ke sana ternampak ramai pengayuh basikal. Hari minggu jalan raya begitu lengang. Sepanjang perjalanan tidak ada bukit tinggi yang perlu didaki. Cepat sampai, seawal jam 12.00 tengah hari. Bermalam di masjid al-Muhajirin, Talang Banyu. Tidur dengan nyenyak kerana masjid jauh daripada jalan raya.

Selepas solat Subuh dan bersiap-siap hendak ke Lahat yang jaraknya  82 kilometer, pekerja kontrak yang berada di situ mempelawa untuk sarapan pagi. Berbual dengan mereka sekejap. Kayuhan pada pagi berjalan lancar sampai di DSCF0874Desa Tanjung Aaur, Kikim Tengah, rehat sebentar di stesyen minyak dan semasa hendak meninggalkan stesyen seorang ibu muda telah menyumbangkan RP100,000 melalui anak yang dipimpinnya. Sampai awal di Lahat, pada jam 1.30 tengah hari. Akan bermalam di masjid Agong Lahat. Masih belum dapat kebenaran. Penjaga masjid tidak berani hendak beri kebenaran dan minta tunggu hingga Maghrib dan dapatkan kebenaran daripada Nazir. Nazir tawarkan bilik untuk musafir tetapi menolaknya. Selepas solat Maghrib jemaah belanja makan kotakprak, makanan Jawa Timur kata mereka.

DSCF0877Hari berikut akan ke Sugih Waras, 92 kilometer. Seorang jemaah telah menyumbang RP50,000. Tujuan destinasi hari ini tidak jelas kerana jemaah tidak tahu letaknya Sugih Waras. Mereka sendiri ragu-ragu. Tetapi dalam google map ada nama tempat ini. Di Darmo beli dua buku roti untuk bekalan kalau berlaku darurat. Sukar hendak jumpa kampung di laluan ini. Tempat ini sebenarnya ada. Ia terkeluar lebih kurang satu kilometer dari jalan utama . Sebuah kampung. Akan bermalam di sebuah masjid yang bernama al-Ikhlas di Kampung Indramayu. Masjid ini tidak ada kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi. Air banyak. Terpaksa mandi di sungai yang letaknya 100 meter dari masjid. Makan juga dikurang. Alhamdulillah tidak ada apa yang berlaku. Solat Maghrib dan Isyak dijamakkan kerana jemaah tidak ada. Mereka ke rumah salah seorang penduduk yang meninggal dunia.

Hari: 21-24, Rabu-Sabtu, 18-21 April 2012

Sugih Waras-Martapura-Bukit Kemuning-Bandar Jaya

275 kilometer

DSCF0879Di awal pagi imam masjid ajak minum kopi di rumahnya tetapi menolak kerana hendak segera meninggalkan masjid al-Ikhlas. Nasib baik perut tidak meragam. Memang menjaga makanan di sini. Masalah tandas, ada bawa bekalan tetapi tidak memasaknya, hendak mengosongkan perut. Kalau perut meragam, sungailah jawapannya. Bukan tidak biasa tetapi ini tempat orang, tidak tahu keadaannya. Jam 6.00 pagi tinggalkan masjid ke jalan utama menuju ke selatan. Mula mendaki, tinggi dan curam juga, di kiri kanan jalan sunyi, hutan rimba, kereta tidak banyak. Bila ada kereta atau kenderaan yang lain lalu hati rasa lega. Tidak sunyi. Kawasan ‘rawan kejahatan’ kata orang Indonesia. Petua yang diberikan oleh Ustaz Fendi sentiasa diingati. Setengah jam baru sampai di puncak. Bila sampai di Olak Pandan cari tandas dan dapatkan sarapan pagi. Kayuhan menjadi selesa dan tenteram kerana tuntutan asasi telah ditunaikan. Tiba di Batu Raja tidak berhenti. Cuaca mulai panas terik. Dua kilometer selepas Batu Raja, seseorang memberi salam dari belakang. Seorang ‘ lurah’ nama DSCF0880jawatan di Indonesia, menegur. Namanya Pak Safrin, berasal dari Acheh. Berbual dengannya sambil mengayuh. Jalan datar, di kiri kanan jalan banyak pokok yang hampir bercantum, redup. Oleh yang demikian tidak ada masalah berbual. Tidak sama seperti di Acheh dahulu, mendaki. Beberapa minit berbual ia memecut motosikalnya. Di sebuah bukit ternampak seseorang yang beruniform menunggu di tepi jalan. Bila dekat, rupa-rupanya Pak Safrin, ia menghulurkan sampul surat, untuk membeli minuman katanya. Sampai di Martapura dan ternampak sebuah masjid di tepi jalan, terus singgah dan akan bermalam di sini. Letaknya arah ke Bukit Kemuning, destinasi esok hari. Minum petang dan makan malam iman masjid yang beri. Jarak antara Sugih Waras dengan Martapura ialah 96 kilometer.

DSCF0895Imam masjid mengiringi hingga ke jalan raya untuk kayuhan berikutnya. 92 kilometer ke Bukit Kemuning. Banyak berhenti makan dan rehat. Di Way Kanan berhenti makan gorengan, tempe yang dibalut tepung, pisang goreng, cok kodok dan tahu. Istimewanya Indonesia, makanan goreng akan dibekalkan dengan beberapa biji cili api dan kopinya. Di Bara Batu singgah di masjid Taqwa, berbual dengan jemaah dalam banyak perkara, ekonomi, politik sejarah, bangsa, bahasa. Termasuk juga konfrantasi. Sejam lamanya. Di sini seorang jemaah menyumbang RP5,000, seperti biasa katanya, untuk beli air. Makan sop untuk makan tengah hari dengan harga RP28,000.

DSCF0885Di Bukit Kemuning akan bermalam dua malam kerana esok adalah hari Jumaat. Semasa rehat seseorang memberi air untuk tenaga. Seorang budak. Tidak bertanya kerana sedang bercakap di telefon dengan keluarga. Selepas waktu Isyak ada majlis tahlil dan majlis ilmu. Dalam surah Yassin yang dibaca diselang selikan dengan doa hingga tamat bacaan surah Yassin itu. Mereka membekalkan banyak roti dan air untuk kayuhan pada hari Sabtu nanti.  Sebelah malam seorang pemuda yang memberikan air tadi datang meminta supaya basikal itu di simpan di rumahnya. Supaya selamat dan aman. Nama pemuda itu sama dengan nama pemain bola sepak Argentina yang terkenal, Diego Armando Maradona.

DSCF0900Waktu subuh di Bukit Kemuning ialah 4.45 pagi. Oleh sebab basikal berada di rumah Diego, tidak dapat membasuh kerana ia belum bangun. Sarapan pagi diberi oleh nazir masjid, nasi dan kopi susu. 7.30 pagi baru membasuh. Cuaca yang terik menyebabkan pakaian cepat kering. Tidak lama lagi akan memasuki Pulau Jawa, melalui Diego dapatkan peta Pulau Jawa. Diego seorang yang baik hati. Minat bersukan, mendaki, mengajar komputer kepada penduduk tempatan. Ada kelas komputer di rumahnya. Berkelulusan sarjana daripada Universiti Palembang. Bercita-cita ke Mekah dengan mengayuh basikal. Semoga hajatnya dimakbulkan oleh Allah. Makan tengah hari Jumaat di rumah Pak Mukhsin. Ia juga seorang yang baik hati. Suka menolong orang. Satu masa dahulu seorang usahawan yang berjaya. Kehendak Allah anak perempuannya jatuh sakit, banyak menggunakan wang untuk perubatan, ia puas hati, ia telah berusaha, Allah yang tentukan. Anaknya meninggal.

DSCF0898Setelah berada dua malam di Bukit Kemuning, sampailah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada masjid al-Baitul Hikmah dan jemaahnya. Tujuan berikutnya ialah Bandar Jaya, 87 kilometer dari Bukit Kemuning. Kayuhan selesa kerana tiada bukit yang hendak didaki. Jalan rayanya sempurna, boleh mengayuh dengan laju. Sudah tentulah cepat sampai. Pada jam 1.00 tengah hari sudah berada di masjid Istiqlal. Ada ramai jemaah tabligh di sini. Banyak juga gerai makan, tidak ada masalah. Bilik mandi masjid ini besar dan selesa. Ia dijaga dengan baik oleh kumpulan jemaah tabligh di sini. Akan bermalam di sini pada malam ini.

Hari: 25-27, Ahad-Selasa, 22-24 April 2012

Bandar Jaya-Tanjung Karang-Bakauheni-Merak-Bala Raja

224 kilometer

Sebelum meniDSCF0904nggalkan masjid Istiqlal, sarapan pagi nasi Udhuk. Sama dengan nasi lemak di Malaysia. Yang berbeza ia tidak ada bau daun pandan. Harga bersama kopi ‘O’ ialah RP6000. Malam tidur tidak nyenyak kerana ada banyak nyamuk. Tidak pasang khemah. Di hadapan masjid pengayuh basikal tua sedang berkumpul. Ada acara pada hari itu. Mereka ajak turut sama. Faktor masa jadi penghalangnya. Jalan raya tidak menarik kerana berbonggol-bonggol. Tidak boleh laju. Walaupun demikian sampai awal kerana jarak antara Bandar Jaya dengan Tanjung Karang yang dikenali juga Bandar Lampung ialah 60 kilometer. Sampai di masjid al-Muhajirin, Panjang pada jam 12.40 tengah hari. Masjid ini terletak di pinggir Bandar Lampung. Masjid ini dipilih kerana letaknya. Terletak di antara Bandar Lampung dan Bakauheni melalui Teluk Betung, pelabuhan ke DSCF0911Pulau Jawa. Seorang pemuda Indonesia menunjukan jalan ini kerana jalan biasa ke sana adalah jelek katanya. Ia memandunya hingga simpang ke arah itu dengan motosikal. Dan tidak nanti tercari-cari jalan keluar dari Bandar Lampung. Ada majlis ilmu dan taklim di sebelah malam. Tidak mendengar kerana hendak pergi makan malam di Rumah Makan Minang yang berdekatan. Malam itu telah datang juga seorang musafir dari Jawa Timur. Dia berjalan kaki. Dia ditipu oleh majikannya. Dua bulan tidak dibayar gaji. Lari dengan lima yang lain dan masing-masing membawa haluan sendiri. Katanya ia dijual. Ini satu sistem perhambaan, tidak mungkin, hati kecil berkata. Berusia 55 tahun dan ada tiga orang anak. Sudah 16 hari jalan kaki. Makan harapkan ihsan orang. Malam itu juga ada latihan nasyid. Bunyi bising. Ingatkan tidak dapat tidur. Sedar-sedar mereka sudah pulang.

DSCF0914Kayuhan hari ini, Isnin, 23 April 2012 ialah dari Tanjung Karang ke Bakauheni. 91 kilometer. Destinasi akhir di Pulau Sumatera. Selepas itu akan ke Pulau Jawa dengan kapal. Pagi ini waktu Subuh meriah sedikit ada ramai jemaah, lelaki dan perempuan. Rombongan agaknya. Sebelum meninggalkan masjid sedekah ala kadar kepada musafir yang malang itu untuknya membeli makanan dan minuman. Bila telah sedia, meninggalkan Panjang, dimulai dengan mendaki, turun naik bukit dan menurun sehingga ke Kelianda. Penduduk tempatan mengatakan untuk ke sana, di kiri kanan jalannya dipenuhi dengan hutan rimba dan tidak banyak kampung yang akan ditemui, tetapi bukannya sedemikian. Di Lumajang Jatim, berhenti makan biskut yang dibawa kerana ternampak bukit yang tidak tahu jarak dan tingginya, untuk memberi tenaga. Jarak antara Lumajang Jatim dengan Bakauheni ialah 12 kilometer. Jam 12.00 tengah hari sampai di Bakauheni. Masih awal. Tidak jadi bermalam di sini. DSCF0924Terus naik kapal ke Merak, di Pulau Jawa. Bakauheni merupakan sebuah kampung kecil. Menjadi terkenal kerana adanya dermaga penumpang ke Pulau Jawa. Tambang ke Pulau Jawa ialah RP11,500 termasuk basikal. Jam 1.00 tengah hari pelayaran dimulakan dan sampai di Merak pada jam 3.45 petang. Turun kapal terus mengayuh cari masjid.  Jumpa masjid al-Hidayah yang terletak di Sukamaju. Di kanan masjid ada jalan raya manakala di sebelah kiri ada jalan keretapi. Kad Pengenalan dipegang oleh Pengerusi Rukun Tetangga. Makan malam itu sumbangan dari Pengerusi Rukun Tetangga tersebut. Nasi Udhuk dan teh tanpa gula. Kalau di Sumatera dahulu air kosong sahaja. Rasa lega kerana kayuhan di Sumatera telah selesai. Selama 25 hari dan jarak kayuhan ialah 2,077 kilometer. Kalau dicampur dengan kayuhan dahulu ke Bandar Acheh hingga ke Parapat, kayuhan keseluruhan di Sumatera ialah 3,777 kilometer.

DSCF0927DSCF0941Berikut ialah kayuhan dari Merak ke Balaraja yang jaraknya ialah 73 kilometer. Dalam masa dua jam dua kali berhenti. Pertama berhenti makan di Keramat Watu dan yang kedua di Kragilan. Jalan raya datar, sepatutnya laju tetapi sebaliknya berlaku. Jalan tidak elok dan berdebu. Banyak kenderaan. Pulau Jawa penduduknya padat. Di kiri kanan jalan di penuhi dengan rumah, berbeza dengan di Sumatera yang masih dipenuhi dengan hutan. Semasa di Serang telah dilanggar oleh sebuah motosikal daripada belakang. Tersungkur dalam semak. Kalau di atas jalan belum tahu. Pemuda yang melanggarnya meminta maaf. Nasib baik tidak jadi apa-apa kepada diri sendiri dan basikal. Sakit di bahagian paha dan bengkak di kelangkang. Sapu minyak urut yang dibawa bersama. DSCF094211.45 telah sampai di Bala Raja. Di masjid jumpa dengan Pak Sudiro dan dapatkan maklumat mengenai Jakarta, destinasi esok hari. Selepas solat datang seorang jemaah, menceritakan masalah. Beristeri dua, masalah timbul dengan isteri yang kedua, berumur 17 tahun dan dia berusia 36 tahun. Dengan isteri pertama ada empat orang anak. Isteri kedua ikut lelaki lain, sudah dua minggu bercerai tetapi tidak boleh lupa. Takut disihir. Cuma boleh beri nasihat sahaja. Di sebuah pasar mini cuba kad ATM, keluarkan RP500,000. Boleh tidak ada masalah. Sejak datang ke Indonesia hingga ke hari ini gunakan wang rupiah yang dibawa dari Malaysia berjumlah RP1,000,000 dan sumbangan dari orang ramai. Kalau berlaku apa-apa kepada kad pada hari itu, masih ada RM350.00 dicampur dengan rupiah yang masih belum digunakan, cukup untuk pulang ke Malaysia melalui jalan darat. Dan kayuhan hanya sampai di sini sahaja. Alhamdulillah. Diharap begitu hingga ke Bali. Masjid ini tidak boleh pasang khemah, alasannya khemah untuk rekreasi, masjid bukan tempat rekreasi. Pak Sudiro memberikan ubat nyamuk yang disapu pada badan. Bolehlah tidur dengan nyenyak.

Hari: 28-31, Rabu-Sabtu, 25-28 April 2012

Balaraja-Jakarta-Cikampet-Bandung

239 kilometer

DSCF0943Selepas solat Subuh berjumpa dengan satu keluarga tiga beranak dari Jawa Timur yang telah berjalan kaki selama tiga hari hingga ke Balaraja. Bermalam di masjid yang sama. Bila mereka sampai sudah lena. Pagi ini ia akan meneruskan perjalanannya. Memulakan kayuhan walaupun belum sarapan. Destinasi hari ini ialah Jakarta, 56 kilometer dari Balaraja. Bila terjumpa gerai ditepi jalan berhenti makan,nasi udhuk dengan gulai, RP5000. Keadaan jalan raya hingga ke Tenggerang tidak begitu baik. Terpaksa kayuh perlahan-lahan. Kenderaan bermotor pun begitu. Tidak seperti di Pulau Sumatera kenderaan di Pulau Jawa bertali arus. Apatah lagi hendak sampai di Jakarta keadaan semakin teruk. DSCF0945Masalah kesesakan.  Sampai di Jakarta Barat, tanya seorang pekerja di stesyen minyak Shall jalan keluar dari Jakarta. Tidak mahu berada lama di sini kerana keadaan kotanya. Satu jam setengah baru dapat keluar dan terjumpa sebuah masjid di Cipinang, masjid Jami Assyakirin. Jemaah Maghrib ramai di sini. Meriah. Pengurus masjid menyediakan ubat nyamuk dan makanan pada malam itu. Tidur dengan nyenyak walaupun masjid dekat dengan jalan raya.

Khamis, 26 April, tujuan hari ini ialah Kerawang tetapi jam 10.00 pagi telah sampai. Di sebuah rumah makan tanya, kota yang terdekat dan sesuai untuk DSCF0951bermalam dan tidak jauh dari Bandung. Bandung adalah kota besar dan untuk sampai ke sana terpaksa mendaki. Tempat yang dipilih mesti sesuai. Mereka mencadangkan Cikampek, 30 kilometer dari rumah makan itu dan sampai awal juga iaitu pada jam 12.00 tengah hari. Akan berada di sini selama dua malam. Bermalam di sebuah masjid, ada jemaah tabligh, sudah dua malam di sini. Maknanya pada malam ini tidur beramai-ramai. Jarak kayuhan ialah 98 kilometer.

Walaupun hari Jumaat sepatutnya membasuh, tetapi tidak membasuh kerana pihak masjid tidak membenarkannya. Cari laundry. Pakaian mesti dibasuh kerana banyak yang kotor dan telah digunakan. RP15,000 untuk tiga kilogram pakaian. Jam 5.00 petang siap. Hari ini juga jemaah tabligh yang berada di masjid ini akan ke tempat lain. Ada yang berkenderaan dan ada juga yang berjalan kaki. Semasa di Cikampek ada juga jemaah mencadangkan berjumpa dengan Safi Sali, ia terkenal di sini, tempat ia buat latihan.

DSCF0955Sabtu, 28 April, destinasi hari ini ialah Bandung. 85 kilometer dari Cikampet. Seawal pagi telah menyiapkan sarapan, nescafee dan tiga keping roti. Sampai di Purwakarta pada jam 7.25 pagi. Dari sini ke Bandung mula mendaki dan jaraknya ialah 68 kilometer. Disebabkan sukar mendapatkan air minuman di Pulau Jawa berhenti di sebuah mini market membeli air. Harganya pun murah. Di rumah makan boleh juga dapat air tetapi biasanya ait teh. Selain daripada mendaki hendak ke Bandung, cuaca panas terik. Banyak tenaga digunakan. Capek dong! Tiba di Cimalu pada jam 2.00 tengah hari keadaan mulai sibuk hingga ke Bandung. Berhati-hati. Hendak memasuki Bandung seseorang menegur dari belakang, mengayuh basikal. Bercakap-cakap dengannya sambil mengayuh. Minta ia tunjukkan masjid yang terdekat. Ia DSCF0960membawanya ke masjid Agung Bandung. Keadaan masjid ini sibuk, ada ramai orang. Orang berniaga pun ramai di keliling masjid. Tidak sesuai untuk bermalam. Minta ia bawa ke masjid yang lain yang berhampiran tempat tinggalnya. Ingatkan ia bawa ke masjid tetapi ke rumahnya. Akan bermalam di sini. Namanya ia lah Taufik Rahman. Meminati basikal. Mengajar agama. Ada tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki.

Hari:  32-34, Ahad-Selasa, 29 April-1 Mei 2012

Bandung-Cerebon-Suradadi-Semarang

371 kilometer

DSCF0961Waktu Subuh di Bandung ialah pada 4.30 pagi. Setengah jam kemudian meninggalkan rumah Taufik menuju ke Ceribon yang jaraknya ialah 130 kilometer. Taufik memandunya hingga keluar dari Kota Bandung. Hari masih gelap dan tiada sarapan sehinggalah sampai di Cibiru.  Berhenti lagi di Ciherang, Sumedang, berhenti minum kopi, mata mengantuk. Akibat daripada terlalu jauh menurun. Tetapi sebelum ini tidak pernah berlaku. Lepas itu datar jauh juga. Sampai di Cerebon pada jam 3.00 petang. Cuaca panas terik. Sebaik-baik menjejak kaki di pekarangan masjid azan Asar pun berkumandang. Tidak dapat sama berjemaah kerana baru sampai. Akan bermalam di masjid ini.

DSCF0966Hari berikutnya, Isnin akan menuju ke Tegal. Di awal pagi keadaan sibuk sedikit, keadaan jalan raya cantik, dua lorong, lurus dan selesa mengayuh. Datar tetapi tidak boleh laju. Sampai di Tegal pada jam 12.30 tengah hari. Akan bermalam di masjid agungnya sekiranya mendapat kebenaran. Sejam kemudian jumpa jaga masjid, tetapi ia tidak membenarkannya bermalam. Katanya semua masjid di Tegal tidak membenarkan orang bermalam. Ada kecurian, setelah dibenarkan bermalam ia mencuri. Itu menjadi pengajaran dan menganggap semua orang sama. Ia kata keluar dari Tegal tidak ada masalah. Kayuhan diteruskan, kali ini laju sedikit kerana mengejar masa untuk keluar dari Tegal ke Pamalangan. Sampai sahaja di Suradadi, angin bertiup kencang, awan mulai mendung dan seolah-olah akan hujan. Ada sebuah stesyen minyak lebih kurang 500 meter di belakang tadi. Berpatah balik dan akan bermalam di sini. Bermalam di wakaf yang ada di situ. Berhampirannya ada rumah makan dan surau. Selesa. Jarak dari Cerebon ke Suradadi ialah 91 kilometer.

DSCF0971Selasa, hari ini destinasi kayuhan belum ada. Sepatutnya Pekalongan kalau ikut perancangan, disebabkan telah kehadapan akibat daripada tidak bermalam di Tegal, Pekalongan telah menjadi dekat. Jam 9.00 pagi telah sampai di Pekalongan, buat keputusan ke Semarang yang jarak dari Suradadi ialah 150 kilometer. Mulanya datar, dan kemudiannya turun naik bukit. Cuaca yang panas di Pulau Jawa dan debu berterbangan, sudah mulai batuk. Mula pakai topeng dan beli ubat batuk untuk mengelakkan ia lebih teruk. Bermalam di sebuah masjid berhampiran laluan keratapi. Sebelah malam nazir masjid membawa makanan.

Hari: 35-38, Rabu-Sabtu, 2-5 Mei 2012

Semarang-Rembang-Tuban-Surabaya

317 kilometer

DSCF0976Sebelum meninggalkan masjid sarapan pagi dan minum ubat batuk yang dibeli. Sejam kemudian ia mulai memberi kesan, kayuhan menjadi lemah dan mengantuk. Selalu berhenti rehat. Tidak bermaya. Gula-gula yang dihisap tidak memberi kesan. Di satu stesyen minyak berhenti dan tidur di suraunya. sejam kemudian tersedar dan teruskan kayuhan. Rasa segar dan bertenaga semula. Pada jam 12.00 tengah hari berhenti makan di sebuah stesyen minyak yang lain. Makan nasi bungkus. Satu bungkus RP1000 dan makan dua bungkus. Kayuhan ke Rembang selepas itu di teruskan. Jarak antara Semarang dengan Rembang ialah 112 kilometer. Semasa kayuhan ini berjumpa dengan Alif, ia menahan dan memperkenalkan dirinya. Pernah belajar di Malaysia UTM. Sarjana. Dua tahun di Malaysia. Akan konvo tidak lama lagi. Ia ajak berbual DSCF0980tetapi tidak dapat melakukannya, masa tidak mengizinkan, takut sampai pada waktu malam di Rembang. Walau bagaimana pun ia bekalkan sebotol air untuk tenaga. Jalan raya untuk sampai ke Rembang teruk sekali. Nampak sahaja masjid terus singgah dan mohon izin untuk bermalam. Penjaga masjid izinkan bermalam di masjid lama. Pada waktu malam selepas Isyak, hendak menyediakan makan malam seorang ibu datang membawa makanan. Alhamdulillah, rancangan untuk memasak dibatalkan. Tentulah mee segera yang dibawa dari Malaysia.

DSCF0982Semasa meninggalkan Rembang hari berikutnya cuaca elok sekali. Hari ini tidak minum ubat batuk, takut tidur di tengah jalan. Selepas diserang batuk sentiasa memakai topeng. Destinasi hari ini ialah Tuban, 100 kilometer dari Rembang. Semasa kayuhan terdengar suara wanita memanggil dari belakang, toleh dan suaminya pelahankan keretanya, dan wanita itu menghulurkan Rupiah daripada cermin kereta. Jam 2.00 petang sampai di masjid Karang Sari dan akan bermalam di sini selama dua malam. Makan pada hari ini ditaja oleh imam masjid Ustaz Munir, makan di rumahnya. Mereka menyediakan sebuah bilik untuk dua malam itu.

DSCF0983Kayuhan sehingga kini telah mencecah 2,972 kilometer. Telah memecah rekod sendiri. Mengatasi kayuhan Mengelilingi Semenanjung Malaysia dan masih belum selesai. Belum sampai ke Bali. Seperti biasa hari Jumaat tidak mengayuh. Banyak tidur kerana minum ubat batuk. Tidak membasuh. Pakaian hantar ke laundry. Di sini lebih murah jika hendak dibandingkan dengan di Cikampek. Satu kilogram RP1,500. Ada empat kilogram. Makanan hari ini juga ditaja oleh Ustaz Munir.

DSCF0985Sabtu, 5 Mei meninggalkan Tuban, tidak tahu destinasi hari ini. Yang pasti ialah sama ada Gerisek atau Surabaya. Ustaz Munir turut berada pada pagi itu. Ia banyak membantu semasa di Tuban. Daripada makan minum hinggalah ke tempat penginapan. Solat waktu ia yang menjadi imam di masjid itu. Sudah beristeri. Berkelulusan Sarjana. Sedang memohon untuk PHD di Amareka. Semoga berjaya. Allah jua yang dapat membalas budi baiknya. Di rumah makan Wali Songo berhenti untuk sarapan pagi. Makan soto dan kopi ‘o’ panas serta keropok. RP16,000. Sotonya tidak dimakan dengan ketupat tetapi dengan nasi. Cuaca yang panas menyebabkan banyak kali berhenti, seperti di Banyutengah, Sidayu dan 12 kilometer lagi hendak sampai di Surabaya. Sampai di Surabaya pada jam 2.15 DSCF0988petang. Akan bermalam di masjid al-Anshor. Jarak dari Tuban ke Surabaya ialah 105 kilometer.

Hari: 39-41, Ahad-Selasa, 6-8 Mei 2012

Surabaya-Probolingg0-Situbondo-Ketapang-Gilimanuk

294 kilometer

DSCF0991Destinasi hari ini ilah Probolinggo, 100 kilometer dari Surabaya. Sebelum meningalkan masjid pagi ini sediakan sarapan pagi. Seorang jemaah telah memberi sumbangan untuk membeli minuman dan belanja sepanjang perjalanan nanti. Setelah beberapa pertanyaan akhirnya keluar dari Kota Surabaya. Di sebuah gerai jual air tebu, berhenti minum. Minum dua gelas. Bila hendak bayar ia tidak mahu menerima. Ibu itu menolaknya. Badan hari ini rasa lemah, kurang keinginan untuk mengayuh. Mungkin kurang tidur atau kurang makan. Dua buku roti. Berhenti lagi di stesyen minyak, baru hendak melelapkan mata, seseorang datang dan memberi tiga ketul kuih. Pada jam  10.00 pagi berhenti di masjid al-Mabrur, Pasuruan. Cuaca nampaknya hendak hujan, gelap dan angin kuat. Bercadang mulakan kayuhan bila keadaan mengizinkan. Sampai DSCF0999awal di Probolinggo. Akan bermalam di masjid Tiban. Ada beberapa cerita mengenai masjid ini tetapi tidak mempercayainya. Berbual lama dengan seorang jemaah yang pernah bekerja di Malaysia. Dia kini membuka sebuah perusahaan hasil simpanan semasa bekerja di Malaysia. Pada waktu malam ada ramai jemaah yang sembahyang tahjud. Mengikut kata penjaga masjid malam Jumaat lebih ramai. Ia meminta menjaga barang berharga dengan rapi. Sebelum tidur ia datang sekali lagi mengingatkan perkara itu dan tanya di mana akan diletakkan barang berharga itu. Ia berpuas hati. Mungkin ia takut akan berlaku kecurian.

DSCF1005Isnin, 7 Mei akan mengayuh ke Situbondo, 100 kilometer dari Probolinggo. Kali pertama pam tayar, kerana terasa lembik. Lena sekejap di sebuah stesyen minyak dan berhenti makan di warung lalapan serta minum air kelapa. Sudah lama tidak minum air kelapa. Perjalanan ke Situbondo menghidangkan pemandangan yang menarik, sama seperti di Sumatera dan ke Bandung. Banyak pokok kayu dan sawah padi, bukit dan gunung. Ada juga laut seperti Pasir Putih, tempat orang mandi manda. Ada banyak restoran ikan bakar di sini. 1.30 tengah hari sampai di masjid Agung Abror. Akan bermalam di sini. Masjid ini dalam proses pengubahsuaian secara besar-besaran.

DSCF1016Selasa, 8 Mei, hari ini akan KetapangDSCF1015, Banyuwangi. Pelabuhan feri untuk ke Pulau Bali. Jaraknya dari Situbondo ialah 94 kilometer. Sudah 41 hari meninggalkan rumah. Sudah makin hampir ke matlamat yang hendak dituju. Kalau sampai awal di Ketapang, tidak perlu bermalam di sini akan terus naik feri ke Pulau Bali. Pada jam 5.18 pagi sudah meninggalkan masjid Agung Abror. Belum sarapan, tidak bersedia untuk menyediakan sarapan walaupun bekalan masih ada jika mahu memasak. Sampai di Kampung Kapongan baru berhenti sarapan. Nasi pecal dengan kopi panas. Makanan Jawa. Tidak lama kemudian memasuki kawasan Baluran, kawasan hutan simpan, sepanjang 20 kilometer. Sunyi dan mendaki, tetapi pemandangannya menarik. Jalan bagus dan redup. Di sini jumpa Rislah dengan adiknya dalam perjalanan untuk pulang ke Lombok menaiki vespa dari Jogjakarta. Sebelum berpisah ia membekalkan dua botol air minuman dan 3 biji buah limau. Sampai di Ketapang pada jam 11.30 tengah hari dan terus naik feri ke Gilimanuk, Pulau Bali. Tambang feri ialah RP8000. Pelayaran akan mengambil masa selama satu jam menyeberangi Selat Bali. Jam 1.00 tengah hari sampai di Gilimanuk dan mengayuh ke arah Denpasar. Tidak lama kemudian ternampak musallah

              DSCF1022( surau ) dan berhenti untuk bermalam di sini. Banyak ingatan yang diterima daripada penduduk tempatan di Sumatera ataupun di Pulau Jawa, iaitu mengenai makanan, kerana majoriti penduduk Bali beragama Hindu. Hati-hati memilih kedai makan. Tanya penduduk tempat

an yang beragama Islam untuk dapatkan makanan halal, pesan mereka. Rasanya mudah untuk masuk ke Pulau Bali, tidak seperti yang dikatakan oleh beberapa jemaah di beberapa buah masjid. Mereka katakan mesti ada dokumen yang lengkap, pemeriksaan ketat sejak dari di dalam feri. Penduduk Indonesia sendiri sekiranya tidak ada KTP tidak dibenarkan masuk ke Bali tetapi sebaliknya berlaku, tidak ada masalah langsung dan tidak ada pemeriksaan. Naik basikal agaknya dan sudah tua. Bermalam di surau al-Maghfira.

Hari: 42-43, Rabu-Khamis, 9-10 Mei 2012

Gilimanuk-Denpasar-Semenyih.

128 kilometer

DSCF1030Hari ini akan ke Denpasar 128 kilometer dari Gilimanuk. Seperti biasa selepas Subuh telah memulakan kayuhan. Sudah tahu awal pagi tidak ada rumah makan yang dibuka tetapi tidak mahu menyediakan sarapan. Keinginan untuk memasak tidak ada. Oleh yang demikian kayu

han dimulakan tanpa sarapan pagi. Jumpa gerai makan Islam dan berhenti sarapan. Mengikut kata jemaah walaupun sebahagian besar penduduk Bali beragama Hindu tetapi di Gilimanuk majoriti penduduknya beragama Islam. Beli sedikit makanan untuk bekalan dalam kayuhan manalah tahu tidak jumpa rumah makan Islam. Susah DSCF1031nanti. Kayuhan melalui kawasan hutan dan nyaman, kurang lalu lintas tidak sepe

rti di Pulau Jawa. Jalan rayanya bagus, terdapat beberapa bukit untuk didaki. Semasa kayuhan terjumpa Pak Ngah Mamok dengan basikal tuanya. Dijaga dengan baik. Pusaka daripada orang tuanya. Beragama Hindu. Jumpanya di Banyubiru. Mirip wajah saling tak tumpah seperti orang Melayu yang lain. Sebenarnya orang Bali serupa orang Melayu. Kita tidak akan dapat membezakan antara yang beragama Islam dengan  Hindu kecuali dengan bertanya agamanya. Tidak seperti di Malaysia perbezaan i

tu amat ketara. Dalam kayuhan ke Denpasar akan banyak ditemui patong-patong di tepi jalan dan berhala. Masjid boleh juga di temui. Mereka sangat menyayangi alam, DSCF1034pokok-pokok mereka, hutan rimbanya, sawah padinya dijaga dengan baik dan rapi. Tidak hairanlah ramai orang bercita-cita untuk ke pulau ini. Semasa di Sumatera dahulu ada jemaah memberitahu, orang barat mengatakan jangan mati

dahulu sebelum ke Bali. Kedengaran macam melampau tetapi itulah gambarannya. Sebelah tengah hari berhenti makan di rumah makan Jamber Muslim. Tanda jalannya ada dua tulisan iaitu Rumi dan Sanskrit. Seni binanya berbeza dengan seni bina Indonesia yang lain, cenderung kepada seni bina Hindu.

DSCF1032Jam 3.00 sampai di D

enpasar. Kota yang sibuk, setelah beberapa pertanyaan jumpa masjid Agung Ukhwah. Harap-harap akan dapat bermalam di sini. Memandangkan kepada keadaan masjid, rasanya sukar. Seorang jemaah yang ditemui juga mengatakan sukar untuk bermalam di masjid di Bali. Bila jumpa penjaganya, sangkaan itu betul dan ia mencadangkan sebuah masjid yang lain, masjid Suci. Ia memberi panduan tetapi tidak tahu, ha

ri makin gelap. Telefon Agus yang ditemui semasa di surau al-Maghfirah, tetapi ia bekerja tidak boleh datang segera. Seorang jemaah yang pernah datang ke Malaysia kerana ada adik beradiknya di sini dan kebetulan meminati basikal datang. Ia melihat bendera di kiri kanan basikal. Melalui bantuannya, kayuh bersama ke masjid DSCF1038Suci. Di sini juga sukar untuk bermalam tetapi dengan sokongan jemaah yang lain penjaga masjid mengizinkan dengan syarat paspot dan kad pengenalan hendaklah diserahkan kepadanya. Mengikut kata jemaah keadaan

ini berlaku sejak peristiwa J. W. Mariot dahulu. Apatah lagi kalau orang itu berjanggut. Nama sebenar masjid suci ialah masjid An-Nur. Lepas Isyak telah dikunci. Agus datang hanya boleh bercakap dari luar pagar.

Khamis, 10 Mei, hari ini tidak mengayuh kerana menguruskan perjalanan pulang. Objektif telah tercapai. Tarikh sebenar b

elum tahu, bergantung kepada tiket. Seberapa segera yang boleh. Awal pagi telah keluar kawasan masjid melihat kawasan sekitar. Cari bank dan agen tiket kapal terbang. Jumpa bank DSCF1039tidak jauh dari masjid Bank Rakyat Indonesia. Belum ada orang lagi gunakan ATMnya. Keluarkan RP2 juta. Harap-harap cukup untuk tambang. RM350.00 masih belum diusik. Selepas itu cari agen tiket, ada juga tidak jauh daripada masjid.

Belum buka lagi. Jam 7.00 pagi balik semula ke masjid rehat, penjaga masjid datang serahkan paspot dan kad pengenalan. Baik orangnya. cuma terpaksa menjalankan tanggungjawabnya. Minta ia bantu dapatkan kotak, dengan bantuan seorang yang lain dapat satu, besar sekali, muat untuk semua barang kecuali basikal. Selesai mengisi semua barang ke dalam kotak dan diikat rapi sekali lagi ke agen tiket. Malangnya ia tidak men

jadi agen MAS. Airasia ada.  Mereka cadangkan ke lapangan terbang.  Di samping itu ikut arah yang lain dan terjumpa satu lagi agen. Alhamdulilah ia dapat uruskan penerbangan pulang DSCF1041dengan MAS. Tambangnya ialah RP1,426,000.00. Tambang tawaran dan minta penerbangan hari yang sama. Bila tanya tambang teksi ke la

pangan terbang ia terus telefon. Pergi awal ke lapangan terbang kerena teksi sudah ada, tidak tunggu t

ukar pakaian. Tambangnya ialah RP100,000. Penerbangan pada jam 7.20 petang. Telefon anak yang kedua Zailani supaya tunggu di KLIA. Sebelum itu SMS juga rakan yang dijumpai di Indonesia mengucapkan terima kasih. Rakan di Malaysia menyatakan akan kembali hari ini. Sampai di rumah pada jam 11.00 malam. Tidur sendirian kerana isteri masih

di rumah anak yang pertama Zakri, di Melaka. Zailani balik ke rumahnya mertuanya malam itu juga.

DSCF1047Kayuhan di Indonesia telah tamat dengan jayanya. Tiada masalah yang serius berlaku. Tayar dan tiub tidak ada yang bocor, bawa satu unit tayar dan lima unit tiub, bawa dua unit pam.  Tidak ada kerosakan kepada basikal. Hanya nat tiub yang patah, itupun di Lapangan terbang Ngurah Rai semasa hendak mendaftar masuk. Mereka minta kempiskan tayar, m

ungkin silap ia patah. Tak apa kerana dah hendak pulang. Kalau semasa kayuhan susah juga. Alhamdullillah berkat doa dan doa daripada kawan. Batuk-batuk sedikit semasa di Pulau Jawa kerana habuk dan asap. Ada bawa topeng tetapi tidak dipakai. Salah sendiri. Secara umumnya penduduk Indonesia baik-baik belaka. Mereka sentiasa ingin membantu. Terima kasih Indonesia.

DSCF1050Jarak kayuhan ini lebih kurang ial

ah 3,500 kilometer. Kalau dicampur dengan kayuhan pertama dahulu, bermakna sudah berkayuh sejauh 5,200 kilometer di Indonesia. Semasa mula berkayuh dahulu berat badan ialah 67 kilogram. Apabila pulang ia turun kepada 61 kilogram. Sekarang ia beransur naik semula.

ALBUM

DSCF1006DSCF1051DSCF1045DSCF1046DSCF1037DSCF1033DSCF1028DSCF1024

DSCF1011DSCF1007DSCF0593


13 Comments so far
Leave a comment

salam pak hajimeli, walopon sy bukanlah minat menunggang basikal tapi cerita pengembaraan pak haji ni memberi inspirasi dlm hidup saya yg gemar kembara.. terimkasih

Comment by hajiMete

Waalaikum salam! Mengembara sesuatu yang menyeronokan. Saya suka melihat alam, pokok-pokok, hutan rimba,tasik, laut dan gunung-ganang. Oleh itu berkayuh adalah cara yang terbaik selain daripada jalan kaki. Lebih mendekati diri kepada Allah. Insyaallah lepas ini, Hanoi.

Comment by hajimeli

salam pak hajimeli sekali lagi, timekaseh krn sudi membalas komen sy ini..

sy ada membuat entri sedikit bkenaan pak hajimeli di blog sy, semoga diizinkan.. timekaseh

Comment by hajiMete

assalamualaikum pakcik.. saya aziz, ingat tak? kita ada jumpe di bukit broga pg td dan pakcik bagi website blog pakcik ni…:-) sebenarnya saya mmg kagum dgn pakcik.. saya akan jdkan pengalaman2 pakcik ni sebagai panduan saya dalam aktiviti2 outdoor macam ni… saya berharap kalau ada rezeki kita dapat berjumpa lagi.. insyaAllah…

Comment by abd aziz rusli

Waalaikum salam! Pak cik masih ingat. Selain mendaki Pak cik minat berbasikal. Selepas Indonesia, merancang untuk ke Hanoi. Belum ada tarikh. Dengan izin Allah ia akan menjadi kenyataan.

Comment by hajimeli

insyaAllah… saya doakan pakcik. semoga perjalanan pakcik nanti dipermudahkan oleh Allah.. amin ya rabbal alamin..

Comment by abd aziz rusli

Assalamualaikum. Menarik juga kayuhan Tn Haji. Saya pernah 4 kali berkayuh di Sumbar dan Sumut. Bercadang nak kayuh dari Jkrta ke Timor. Tentu ambil masa lebih 1 bln. Blh tak Tn Hj beri sedikit tip bagi mudahkan dapat visa…t-ksh

Comment by Hassan bin Hashim

Satu bulan tidak perlu visa. Lebih, perlu. Dapatkan di Kedutaan Indonesia, atau consul mereka di PP atau JB. Gambar ukuran paspot dua keping. Dapatkan surat jemputan datang ke Indonesia.
Makluman: Saya juga telah berkayuh dari Hanoi ke Semenyih. Melalui Laos, Kemboja dan Thailand. 5,800 kilometer. 61 hari. Tahun lalu Oktober hingga Disember. Akan masuk blog tidak lama lagi.
Bercadang untuk mengayuh ke Makkah. Insyaallah.

Comment by hajimeli

satu pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi

Comment by azli

Hj sy amat tertarik dgn kayuhan yg hj telah lakukan. Harap satu hari nanti sy dapat membuat perkara yg sama

Comment by adi manap

Insyaallah Adi akan dapat lakukan. Yang penting ialah semangat dan keazaman. Jaga kesihatan. Buat sedikit latihan dan berdoa.

Comment by hajimeli

saya juga berminat ke mekah dgn berjalan kaki. saya perlukan teman yg sama2 berminat. cikgu hasan ibrahim

Comment by hasan ibrahim

Saya bercadang ke Mekah dengan berbasikal. Empat bulan kayuhan dan sebulan di sana. Masalah sekarang ialah bajet.

Comment by hajimeli




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: