Hajimeli's Blog


Mendaki Gunung Bujang Melaka.
15/02/2013, 4:38 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

DSCF1243Gunung Bujang Melaka, tidak terletak di Melaka tetapi di Kampar Perak. Berketinggian 1,234 meter. Untuk sampai ke puncaknya pendaki perlu berjalan sejauh 8.5 kilometer dari masjid An-Nur, tempat bermulanya pendakian.

Pada 8 – 10 Februari 2013 Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Masjid Tanah, Melaka telah menganjurkan aktiviti pendakian yang diberi nama ” Cabaran Gunung Bujang Melaka ( 1234 m )” . Tiga hari dua malam. Pendakian disertai oleh 33 orang pendaki termasuk tiga orang pelajar wanita. Terdiri daripada pelbagai umur, yang tertua ialah berusia 62 tahun. Pergi dengan menggunakan bas kolej.

DSCF1238Hari Jumaat 8 Februari 2013 berkumpul di hadapan surau kolej, semua pendaki dikehendaki berkumpul dan bas akan bertolak dari situ. Sebelum berangkat membahagikan keperluan yang akan dibawa terutama makanan dan barang-barang perlu untuk berkhemah. Pada  jam 6.30 petang bas yang boleh memuat 44 orang penumpang ini meluncur mengikut kelajuan yang ditetapkan. Melalui kawasan perkampungan di Melaka dan Negeri Sembilan menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan. Berhenti di R & R Seremban untuk makan malam dan solat Maghrib. Ada juga yang akan jamak di Kampar nanti.

DSCF1241Satu jam kemudian perjalanan diteruskan dan berhenti rehat di R & R Tapah selama 15 minit. Sampai di masjid An-Nur pada jam 11.30 malam. Masjid berada di dalam keadaan yang gelap tetapi gate tidak berkunci. Cari suis lampu. Bermalam di sini.

Hari Sabtu 9 Februari 2013, pendakian akan dilakukan pada hari ini. Awal telah bangun untuk solat Subuh berjemaah dengan kariah masjid. Suasana sekitar nampaknya tenang sahaja. Tidak banyak kenderaan. Faktor ini menunjukan tidak ada kumpulan atau individu lainyang akan mendaki. Lazimnya seperti di Gunung Datuk, Gunung Nuang atau Bukit Broga, ramai yang akan mendaki, cuti umum, Cuti Tahun Baru Cina. Tahun Ular.  Di sini nampaknya DSCF1244legang. Tidak meriah. Walau bagaimanapun kemaskan barang dan keperluan untuk pendakian hari ini. Tunggu sarapan pagi yang ditempah oleh penganjur, merupakan nasi lemak, dan makan tengah hari. Di samping itu tunggu juru pandu yang akan menunjukkan laluan ke puncak. Sebelum kesemuanya sampai lakukan aktiviti regangan di pekarangan masjid untuk meluruskan otot dan supaya berada dalam keadaan mantap.

Pendakian dimulakan pada jam 9.00 pagi, melalui jalan bertar ke sebuah taman perumahan dan perkampungan menuju ke DSCF1248checkpoint 1. Perjalanan mengambil masa setengah jam, datar dan ada sedikit bukit yang perlu didaki, tidak tinggi. Ada kawasan perkelahan. Airnya jernih. Cuaca hari ini amat baik. Tetapi mengikut kata jemaah masjid beberapa hari yang lalu sering hujan disebelah petang. Tentulah laluan berada dalam keadaan yang lembab. Mereka nasihatkan supaya berhati-hati, licin. Kalau hujan jangan berenang di sungai. Takut air melimpah secara mengejut. Nasihat yang baik. Hanya penduduk tempatan yang tahu lebih mengenai gunung ini.

Setelah semua berkumpul pendakian diteruskan, kata juru pandu dua jam berjalan dalam keadaan selesa, datar, selepas itu empat DSCF1247jam mencanak. Sebenarnya bagi yang mula mendaki dan jarang membuat latihan semuanya memeritkan. Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai kategori pendaki. Tidak perlu membawa banyak air, ada banyak sumber air, cedok sahaja bila kurang. Laluan ini memang dahsyat, lebih teruk daripada Gunung Nuang ataupun Gunung Tahan. Gunung ini memeritkan kerana ketinggiannya. Tetapi Gunung Bujang Melaka kerana laluannya. Selain daripada dagu mencecah lutut, pendaki perlu juga membongkok, merangkak, melutut, meniarap dan terpaksa jalan itik. Biasanya dilakukan oleh pihak tentera. Perlu juga meniti batang kayu. Tambahan pula apabila membawa beban untuk berkhemah dan makanan.

DSCF1254Pacat juga menjadi faktor pendakian ini memeritkan. Pacat-pacat berkeliaran mencari mangsanya. Gemuk-gemuk. Hanya yang bernasib terselamat. Kalau tidak sekurang-kurangnya empat ke lima ekor. Degil, bila melekat susah hendak tanggal walaupun baru mendapatkan mangsanya.

Walau bagaimanapun pendakian berjalan lancar, pendaki pertama terdiri daripada tiga orang pelajar sampai di tapak perkhemahan pada jam 12.20 tengah hari. Kumpulan kedua terdiri daripada tiga orang juga sampai pada jam 1.00 tengah hari. Pendaki terakhir sampai pada jam 3.00 petang. Selepas meletakan bag, 20 minit kemudian tiga orang pendaki ( dua kumpulan yang awal sampai)  DSCF1256meneruskan pendakian ke puncak. Kali ini selesa sedikit, turun naik bukit yang tidak begitu tinggi, tidak perlu berhenti rehat. Sampai di puncak pada jam 2.00 petang dalam keadaan cuaca masih panas. Yang lain memulakan pendakian pada jam 4.00. Semuanya sampai di puncak kecuali seorang yang tidak berminat meneruskan pendakian.

Apabila mereka balik ke tapak perkhemahan makan petang telah disediakan. Disediakan oleh yang tidak mendaki dan dua orang pelajar yang pertama sampai di puncak.

Walaupun ada tanda-tanda tetapi tidak hujan. Bersyukur kepada DSCF1260Allah. Makan malam disedikan secara bergotong -royong. Jam 12.00 malam terdengar bunyi mercun Tahun Baru Cina. Tidur dengan nyenyak selepas itu, keletihan, dengkur ada yang terkeluar khemah.

Hari Ahad, 10 Februari 2013, selepas sarapan pagi perjalanan turun bermula, tentulah selesa, beban semakin kurang, tarikan graviti menyebabkan perjalan menjadi cepat. Cuaca pula baik. Tetapi berhati-hati. Menurun lebih bahaya daripada mendaki. Lebih susah. Berhenti mandi di suatu tempat yang pemandangannya cantik sekali. Air sungainya jernih dan bersih. Tidak tercemar. Tidak ada orang tinggal. Jam 2.00 baru selesai DSCF1251mandi manda. Sampai semula di masjid An-Nur pada jam 3.00 petang. Bas telah sedia menungu. Pengajur memberitahu perjalanan pulang ialah pada jam 4.00 petang. Akan berhenti makan di Slim River, warong bekas pelajar. Makan Nasi Baryani, sedap juga. Tetapi masa sampai kari kambing sudah habis. Berhenti di R & R Seremban sekali lagi untuk solat jamak. Sampai semula di kolej pada jam 9.30 malam. Sampai semula di rumah, di Semenyih pada jam 11.15 malam.

Yang pasti keesokannya ramai yang tergaruk-garuk kerana gatal digigit pacat dan ramai juga yang akan jalan mengengkang.

DSCF1242DSCF1246DSCF1250DSCF1252DSCF1259DSCF1255DSCF1264DSCF1265DSCF1266DSCF1274DSCF1273DSCF1268


2 Comments so far
Leave a comment

salam haji meli’s, sy nk no phone boleh? sy ada beberapa soalan nk tanya lat haji

Comment by Shamier Hidzad

0387233358. waktu pagi hingga petang.

Comment by hajimeli




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: