Hajimeli's Blog


Kayuhan Merentas Asia Tenggara ( Hanoi – Semenyih )
23/02/2013, 1:04 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

Potret PengayuhKayuhan ini dinamakan Kayuhan Merentas Asia Tenggara kerana melibatkan lima buah negara iaitu Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand dan Malaysia. Bermula di Hanoi dan berakhir di Desa Mewah, Semenyih, Selangor. Pergi dengan kapal terbang. Dirancang sedemikian untuk mengelakan musim sejuk apabila sampai di Laos dan juga di utara Vietnam. Kayuhan ini mengambil masa 61 hari termasuk hari rehat. Jarak kayuhan dianggarkan 5,800 kilometer. Lebih banyak berkhemah daripada tinggal di hotel. Dimulakan pada 27 Oktober 2012 dan berakhir pada 26 Disember 2012. Kayuhan ini mendapat sumbangan daripada Yang Berhormat Datuk Haji Johan Abdul Aziz, ADUN Semenyih. Berkayuh bersama saudara Karim, rakan semasa mengayuh Mengelilingi Semenanjung Malaysia dahulu.

Perincian kayuhan adalah seperti berikut.

Hari 1: Sabtu, 27 Oktober 2012
Rumah – Hanoi
0 kilometer

DSCF1063Seawal jam 10.00 pagi telah meninggalkan rumah kerana penerbangan ke Hanoi pada jam 1.40 tengah hari. Menggunakan penerbangan MAS. Sampai ke lapangan terbang hampir serentak dengan Karim. Daftar masuk, berat barang termasuk basikal untuk dua orang terlebih daripada yang diperuntukkan. Sepatutnya kena bayar RM910.00. Hasil daripada tawar menawar dengan memberikan pelbagai alasan termasuklah membawa misi negara dan warga mas, jumlah dikurangkan menjadi RM370.00. Usia pada masa ini ialah 61 tahun dan Karim berusia 62 tahun. Penerbangan terlewat sedikit dan jam 2.05 baru berlepas dari KLIA.

Karim mengemaskan barangCuaca amat baik dan penerbangan agak selesa dan lancar. Tiada gangguan awan yang boleh menyebabkan kapal terbang bergegar. Sampai di Hanoi pada jam 4.55 petang. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Vietnam ialah satu jam. Dapatkan teksi untuk ke hotel dengan tambang 630,000 Dong. Hotel dibayar dengan menggunakan ringgit Amerika, US25.00. Menginap di tingkat 6 dan tidak ada lift. Hari ini sahaja tiga kali turun naik tangga. Bayangkanlah.

Sehingga jam 9.30 malam belum dapat makanan kerana sukar mendapatkan makanan Halal. Makan roti dengan kari tin yang dibawa oleh Karim. Sistem jalan di sini sama dengan Amerika iaitu memandu di sebelah kiri. Mereka suka bunyikan hon. Bising. Walaupun tiada sebab. Hujan turun renyai-renyai.

Hari 2: Ahad, 28 Oktober 2012
Hanoi
0 kilometer

Satu pemandangan di HanoiMasih tidak mengayuh, mencari barang keperluan, seperti beras, minyak, garam, gula dan keperluan lain untuk memasak. Di samping itu memastikan basikal berada dalam keadaan baik. Sukar mendapatkannya. Bukan tidak ada tetapi tidak tahu di mana. Komunikasi amat sukar. Sebilangan besar tidak tahu walaupun sepatah perkataan Inggeris, yang paling mudah sekali seperti kopi, teh dan hotel pun mereka tidak tahu. Ditambah dengan hujan keadaan menjadi semakin sukar. Gas memasak untuk dapur yang dibawa dari Malaysia tidak ada, terpaksa beli kayu arang, enam kilogram. Hari ini juga Karim membeli mudguard basikal. Murah katanya. Beli juga bendera Vietnam yang akan diletakkan di basikal bersama bendera Malaysia.

Sebelah malam Karim masak nasi menggunakan firestarter, berlaukan sardin yang dibeli. Sardin Cap Ayam, Buatan Malaysia tetapi tidak ada tanda Halal. Lihat kandungan bahannya dan ia boleh dimakan. Esok akan mulakan kayuhan ke destinasi pertama Hoa Binh.

Hari 3: Isnin, 29 Oktober 2012Di hadapan sebuah kuil, ke Hoa Binh

Hanoi – Hoa Binh

79 kilometer

Hari ini adalah permulaan kayuhan di Vietnam, selepas sarapan pagi, bawa turun basikal ke tingkat bawah, susun semua barang di basikal. Enam kali turun naik hotel. Hujan turun Jalan raya ke Hoa Binhrenyai-renyai.

Berdasarkan panduan daripada kaunter hotel, kayuhan dimulakan dan dua jam kemudian  baharu dapat keluar dari bandar raya Hanoi. Keadaan lalu lintas sibuk sekali, bunyi bising oleh hon kenderaan, walaupun ada panduan masih lagi bertanya untuk memastikan tidak tersasar. Susah mendapatkan makanan kerana bahasa.  Di sebuah restoran minta    kopi, beer yang sampai, tidak jadi minum. Perjalanan ke Hoa Binh    menghidangkan pemanPakir basikal, rehatdangan yang menarik. Keadaan jalan raya tidak ada masalah. Di kiri kanan jalan ramai penjual tebu. Tebu mereka boleh dikatakan semuanya berwarna kemerah-merahan. 10 kilometer hendak sampai ke Hoa Binh tayar basikal Karim bocor.

Sampai di Hoa Binh pada jam 5.00 petang. Bermalam di hotel, 200,000 Dong. Keluar cari makanan untuk dimasak, kedai sudah tutup. Hari ini tidak jumpa nasi. Makan kuih sahaja.

Hari 4: Selasa, 30 Oktober 2012Tukar tiub

Hoa Binh – Mai Chou

62 kilometer

Meninggalkan Hotel Da Giang pada jam 7.00 pagi. Hujan turun renyai-renyai tetapi kayuhan mesti dilakukan untuk mencapai objektif hari ini. Setelah 10 kilometer mula mendaki dan berehat pada jam 9.00 pagi di sebuah kampung di pedalaman Vietnam. Ambil keputusan memasak. Nasi berlaukan sardin dan sayur timun. Lepas makan teruskan kayuhan, masih mendaki tiga kilometer lagi. Apabila hendak sampai ke Mai Chou  daki bukit yang kedua. Di sini keazaban bermulaDi hadapan sebuah hotel. Beberapa kali turun dan tolak basikal. Beberapakali juga berhenti rehat.

Kayuhan ini menuju ke pedalaman Vietnam dan ke Utara Laos. Laluan di pilih berdasarkan kayuhan seorang dari barat yang diambil dalam internet. Berdasarkan jurnal pengayuh laluan ini sememangnya amat mencabar. Ia juga dipilih untuk melihat akan cabarannya. Minat mendaki gunung banyak membantu. Menolak basikal dengan muatan antara 20 ke 25 kilogram bukanlah satu perkara yang mudah bagi orang yang berusia 61 dan 62 tahun. Makin banyak menolak makin lemah dan tidak larat. Hari semakin gelap. Keadaan cuaca semakin dingin, sudah meBangsal jual sayur-sayuranmasuki kawasan tanah tinggi Vietnam. Cepat gelap seawal jam 3.00 petang.

Ternampak sebuah rumah di tepi jalan, nampaknya ada kemudahan asas seperti air dan ada bangunan seperti rumah untuk menanam sayur-sayuran, Karim cadangkan supaya berhenti di sini dan dapatkan kebenaran untuk menompang bermalam. Seorang pemuda yang ada di situ membenarkannya. Ada satu bilik, tetapi kami memillih untuk berkhemah di kaki lima rumah. Komunikasi menggunakan isyarat.  Makan masak sendiri. Matlamat ke Bandar Mai Chou tidak kesampaian.

Hari 5:  Rabu, 31 Oktober 2012.

Mai Chou – Ba Thouc

62 kilometer

DSCF1086Lewat memulakan kayuhan kerana menyediakan sarapan pagi. Jam 9.00 pagi meninggalkan rumah ini. Pada mulanya menurun, selepas itu mendaki, jauh pendakiannya, menolak lagi. Dihiasi dengan pemandangan ladang tebu dan sawah padi. Cantik sekali. Di sesetengah tempat laluan sangat sukar, sunyi, berbukit bukau, jalan tidak berturap, berlobang-lobang,  batu berbonggol, licin, berlumpur, tiada kenderaan berat yang lalu lalang. Malah kereta pun tidak kelihatan. Kata Karim yang banyak pengalaman dengan cabaran ‘ off road’ yang ini lebih teruk. Sampai di Ba Thouc pada jam 7.00 malam. Bermalam di guest house.

Hari 6: Khamis, 1 November 2012.

Ba Thouc – Kilometer 42.

66 kilometer

DSCF1088Bercadang hendak mengayuh awal supaya boleh sampai ke destinasi hari ini iaitu Na Meo 104 kilometer dari Ba Thouc. 4.30 pagi telah bangun, tetapi malangnya Dong tidak ada, 150,000 Dong. Ia juga boleh menerima ringgit US tetapi US19.00.  Tetapi bila hendak bayar ia mahu Dong sahaja. Terpaksa tunggu hingga bank dibuka pada jam 7.30 pagi. Bank di Vietnam hanya menerima ringgit US sahaja. Mereka tidak menerima RM. Tukar US100.00.

DSCF10908.30 pagi baru meninggalkan guest house itu. Susah hendak mendapatkan bekalan makanan di sini. Selain daripada yang halal juga masalah bahasa. Walaupun kadang-kadang bahasa isyarat, tidak faham. Begang juga. Gunakan bahasa Melayu. Minta telur. Seorang wanita mengatakan ada. Ia pernah bekerja di Malaysia, di Batu Pahat. Melaluinya mudah mendapat bekalan makanan pada hari itu. Ia mempelawa ke rumah tetapi menolak. Bimbang akan hidangannya nanti.

DSCF1089Kayuhan hari ini daripada segi cuaca adalah sejuk dan nyaman, pemandangan cantik keadaan alam sekitar yang belum tercemar, pemandangan perkampungan pendalaman tetapi banyak bukit yang didaki, azab dan sengsara. Na Meo masih jauh. 42 kilometer lagi. Jam sudah pukul 5.00 petang. Ternampak sebuah anak sungai dan sesuai untuk berkhemah, bermalam di sini.

Hari 7: Jumaat, 2 November 2012

Kilometer 42 – Sebuah perkampungan di Laos

47 kilometer

DSCF1095Pagi ini mulakan kayuhan dengan perut yang kenyang. Makan cok kodok dengan dua biji telur. Tidak mandi, sejuk. Mulakan dengan satu pendakian, kayuhan perlahan. Keadaan jalan raya tidak begitu baik. Keadaan ini sampai ke Na Meo sebuah pekan sempadan antara Vietnam dan Laos. Di sebuah perkampungan berhenti beli air dan pisang. Di antara mereka ada yang memahami bahasa Melayu. Dia tunjukan wang RM1.00. Maknanya mungkin pernah ke Malaysia. Malangnya ia membuktikannya dengan perkataan dan ayat kotor sahaja. Biasa kepada cakap-cakap pelacor untuk mendapatkan pelanggannya.

DSCF1091Hari ini lebih banyak mendaki, cuaca baik, dingin dengan sekali sekala berada dalam keadaan panas. Sampai di Na Meo pada jam 2.00 petang. Sebagai sebuah pekan sempadan, cop paspot di sini. Tidak ada orang, proses berjalan lancar dan cepat. Selepas itu cop paspot lagi untuk masuk ke Laos. Warganegara Malaysia dikenakan bayaran US1.00. Sistem jalan raya di Laos sama dengan di Vietnam. Hendak beli Kad Sim tetapi wanita yang menjualnya lansung tidak faham bahasa. Tidak jadi beli. Tiada kedai lain. Kalau di Vietnam ada Na Meo. Tetapi di Laos hanya perkampungan kecil. Hari pertama di Laos, di utaranya. Dimulai dengan mendaki, mencanak dan DSCF1098tolak basikal. Jalan sunyi sepi dan berada dalam keadaan yang baik. Makanan utama penduduk di sini ialah nasi. Oleh itu banyak ditemui sawah padi di sepanjang kayuhan.

Pada jam 3.30 petang di sebatang sungai di KM170 dalam daerah Vieng Xai berhenti mengayuh. Kayuhan dalam beberapa hari ini tidak dapat mencapai sasaran kerana banyak bukit yang perlu didaki. Berhenti di mana-mana sesuai dan apabila keadaan menjadi gelap. Utara Laos cuacanya sejuk. Makin gelap makin sejuk.  Air sungainya cetek sedap mandi tetapi sejuk. Semasa menyediakan makanan lalu seorang petani wanita ia menjualkan hasil petaniannya. Beli keledek dan labu. Labu ini rasanya ada di Malaysia tetapi tidak pernah makan tidak tahu namanya. Sudah satu minggu tidak dapat makan ayam, daging dan ikan basah. Sayur tidak dapat sayur daun. Belum dapat menyesuaikan diri lagi agaknya.

Hari 8: Sabtu, 3 November 2012

KM170 – Vieng Xai

53 kilometer

DSCF1101BerkayDSCF1102uh awal selepas sarapan pagi, cok kodok pisang dan minum kopi. Dipermulaan kayuhan datar dan lepas itu mendaki. Wang belum ditukar lagi kepada KIP. Kayuhan amat memenatkan. Bukit tinggi-tinggi. Kadang-kadang menolak basikal, kayuh tak jalan. Cuaca kadang-kadang panas, kadang-kadang sejuk. Selain daripada kedaan kayuhan, komunikasi juga amat memeritkan. Ayam bercakap dengan itik. Sama seperti di Vietnam. Mereka ada bahasa sendiri dan tulisan sendiri. Lalu lintas di bawah paras tidak sibuk, sunyi. Banyak melihat kehijauan. Tentulah cantik. Pokoknya subur. Di sini belum tercemar dengan kemajuan.

BerhentDSCF1103i rehat beberapa kali. Lebih kurang 22 kilometer lagi hendak sampai Vieng Xai berhenti rehat lagi. Memandangkan masih awal berhenti memasak. Tiga kilometer lagi hendak sampai berhenti lagi di sebuah puncak bukit. Pisang yang di beli untuk dijadikan pisang goreng terpaksa dikorbankan untuk tambahan tenaga segera. Kali pertama dalam sejarah mengayuh digigit pacat. Sedar apabila membuka kasut darah mengalir dan pacat tersebut tergolek kekenyangan.

Sampai di Vieng Xai pada jam 5.00 petang. Cari hotel dan bayar 150,000 Dong. Sepatutnya 50,000 KIP. Wang belum ditukar. Guest House ini adalah lebih baik daripada yang pertama ditemui, sewa KIP50,000, Dong 1,350,000. Nampak sangat hendak menipu. Beli Kad Sim Laos untuk hubungi keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Susah dapatkan makanan halal. Keadaan letih dan tidak boleh memasak. Perut lapar. Malam itu makan keledek mentah.

Hari 9: Ahad, 4 November 2012.

Vieng Xai – Xam Neua

40 kilometer

DSCF1104DSCF1110Pagi ini sarapan pagi ialah oat segera dan kopi. Air panas diperolehi daripada pihak guest house. Penjaganya membawa ke pekan untuk menukar Dong dengan KIP di sebuah kedai Vietnam. Tukar 1.5 juta Dong bersamaan dengan 580,000 KIP. Rasa lega dan senang hati. Boleh berbelanja. Boleh beli bekalan untuk kayuhan nanti. Semasa berbelanja terjumpa dua orang pengembara dari Perancis. Mereka dari Vientiane. Menggunakan motosikal. Berkenalan dengan mereka.

Jam 1DSCF11050.00 pDSCF1109agi baharu meninggalkan Vieng Xai, terlalu lambat. Maklum sahaja terpaksa tukar wang dan membeli bahan makanan. Seperti biasa mendaki dan menurun. Tetapi banyak mendaki, mencanak seperti biasa bila tak larat tolak basikal. Utara Laos memang terkenal dengan  bukit bukaunya. Pengayuh tegar sahaja yang rasanya boleh mengayuh di sini. Bukitnya berlapis-lapis. Di sangka sudah habis, sudah sampai di puncak, tiba-tiba muncul yang baru. Daki lagi. Wayar telefon dan elekterik jadi panduan.

DSCF1119Sampai di Xam Neua pada jam 12.00 tengah hari. Pekan kecil, tetapi sibuk kerana ada lapangan terbang dan berhenti untuk bergambar. Seperti biasa kayuhan tidak mencapai sasaran. Sepatutnya Nam Noun. Berhenti bermalam di satu tempat di sebuah perkampungan dalam daerah ini. Berkhemah di pinggir jalan.

Sebelah malam terdengar bunyi motor. Lepas itu tiada bunyi enjin. Ternampak cahaya lampu suluh. Balas dengan lampu. Beritahu mereka dari Malaysia. Mereka bercakap dengan bahasa yang tidak boleh difahami. Setelah hampir mereka perkenalkan diri yang mereka itu adalah polis. Rasa lega. Tentu ada orang yang buat laporan. Masa itu kibarkan bendera Vietnam. Tidur dengan nyenyak.

Hari 10: Isnin 5 November 2012

Perkampungan Laos – Nam Noun.

65 kilometer

DSCF1123Sarapan pagi ini ialah keledek dan pisang goreng. Permulaan kayuhan  menurun sedikit dan tidak lama kemudian mula mendaki. Keadaan jalan raya baik dan kayuhan berjalan lancar. Utara Laos sejuk dan menghidangan pemandangan yang cantik yang dicipta oleh Allah. Melalui perkampungan tradisi utara Laos. Banyak juga ditemui burung yang sudah mati bergantungan di tepi jalan. Untuk dijual. Sama ada yang masih berbulu, tiada bulu ataupun yang sudah dipanggang. Tidak boleh beli. Tidak halal. Lihat sahajalah. Semuanya di sini diragui daripada segi kehalalannya.

Sehingga jam 2.00 petang masih belum memasak kerana belum jumpa tempat yang sesuai. 25 kilometer hendak sampai ke destinasi cuaca  mulai gelap. Keadaannya sama menurun dan mendaki. Keadaan makin teruk bila hendak sampai ke destinasi. Di suatu tempat hendak berkhemah, ternampak tanda kawasan harimau. Tidak jadi berkhemah di situ walaupun tempatnya menarik. Takut dibaham harimau. Teruskan menolek basikal. Hari semakin gelap dan semakin sejuk. Lampu belakang di pasang. Lampu depan tidak ada. Kerana perancangan tidak mengayuh malam. Pemandangan yang tidak jelas dan silauan lampu biru di topi keledar Karim, DSCF1122terjatuh bila hendak memulakan kayuhan menurun bukit. Tidak cedera teruk . Berdarah sedikit. Sampai di destinasi pada jam 7.00 malam. Bantuan seorang pemuda tempatan yang boleh berbahasa Inggeris memudah mendapatkan guest house. Sewa 50,000 KIP. Mahal jika mengikut standard di Laos. Tidak ada lampu bilik, tandas pun tidak berlampu. Dua buah katil. Cahaya datangnya daripada lampu di ruang tamu. Tidak ada pilihan. Tidak ada makan malam. Sebelum tidur makan dua biji pisang.

Sebenarnya tempat ini bukan Nam Noun, tetapi tidak ada tanda jalan, mereka tidak fahDSCF1130am bahasa, kami pun tidak faham bahasa mereka dan terlupa bertanya pemuda tadi, tempat yang bukan Nam Noun disangka Nam Noun. Bandar ini berada 20 kilometer lagi. Tempat ini namanya Pholoa. Diketahui setelah terbabas ke tempat lain keesokannya.

Hari 11: Selasa, 6 November 2012

Pholoa – Vieng Thong

50 kilometer

7.50 pagi telah meninggalkan guest house ini. Sepatutnya ke Muang Kham. Tetapi penjaga guest house telah memberi arah yang salah. Entah apa silapnya tidak pula mahu sahkan arah itu daripada orang lain seperti yang selalu dilakukan. Akibatnya ke tempat lain iaitu keVieng Thong. Menyimpang jauh. Nam Noun pun tidak dilalui. Arah yang salah ini banyak mendaki. Kurang makan pagi tadi perut menjadi lapar dan berhenti memasak. Makan secukupnya. 19 kilometer lagi hendak sampai ke Vieng Thong menurun dan curam. Laju. Jam 5.00 saDSCF1132mpai di disini. Tanya penduduk tempatan arah ke Muang Kham. Semua menyatakan arah yang sama, iaitu berpatah balik. 19 kilometer mendaki, curam bukan perkara yang mudah. Berbincang dengan Karim tindakan selanjutnya. Ambil keputusan ke Vientiane melalui Luang Prabang. Jaraknya 307 kilometer.

Hari 12: Rabu, 7 November 2012

Vieng Thong – ……….?

16 kilometer

Seperti biasa awal mulakan kayuhan, arah ke Luang Prabang. Daki sedikit demi sedikit makin tinggi. Penat dan ditambah dengan rasa kecewa. Semangat kayuhan hilang pada hari ini. Lapan kilometer dari Vieng Thong berhenti rehat dan berbincang semula. Ambil keputusan baru, berpatah balik dan akan ke Muang Kham dan seterusnya Phonsavan destinasi berikutnya kalau mengikut perancangan dengan menggunakan kenderaan. Maknanya akan berada satu malam lagi di sini. Cari Guest house untuk bermalam. Tuan punya guest house baik orangnya. Boleh berbahasa Inggeris. Ia juga memberi kebenaran menggunakan dapurnya untuk memasak. Melaluinya banyak diketahui laluan seterusnya hingga ke Vientiane. ia berkelulusan undang-undang.

DSCF1133Hari 13: Khamis, 8 November 2012

Vieng Thong – Phonsavan.

0 kilometer

Hari ini tidak mengayuh di atas sebab yang telah dinyatakan. Bas akan bertolak pada jam 7.00 pagi. Jam 4.00 pagi telah bangun untuk persediaan. Beli tiket yang berharga 60,000 KIP untuk dua orang. Tiba-tiba perjalanan dibatalkan. Mereka memulangkan wang tambang dan selepas itu Karim beri lagi 60,000 KIP. Tidak tahu mengapa. Maknanya dua kali pulangan dan ia menjadi 120,000 KIP. Walau bagaimana pun mulai resah dan hendak buat apa lama-lama di sini. Bincang dan akan meninggalkan Vieng Thong hari ini juga. Pergi semula ke guest house semula dapatkan maklumat ke Luang Prabang dengan bas.  Bas ke Luang Prabang akan bertolak pada jam 12.00 tengah hari.

DSCF1112Semasa menunggu di stesyen bas, baiki basikal. Karim cuba baiki masalah gear yang melompat-lompat. Semasa proses ini dijalankan, bas baru ke Phaolao datang dan tambangnya 50,000 KIP seorang termasuk basikal. Dari Phaolao akan ke Phonsavan. Tambangnya ialah KIP 70,000 tidak termasuk basikal. Dengan bas itu berangkat ke Phaolao dan sampai pada jam 11.00 tengah hari. Bas ke Phonsavan sepatutnya sampai pada jam 12.00 tengah hari. Sehingga 1.30 tengah hari belum ada bas lagi. Tiba-tiba sebuah pickup lalu, salah seorang yang ada di situ menahannya. Ia beri tompang dan kami pun naik duduk di belakang. Pemandu pickup ini boleh berbahasa Inggeris. Mudahlah urusan. Sampai di Phonsavan pada jam 7.00 petang.Pemandu pickup beritahu bayar berapa suka. Bayar 50,000 KIP. Cari guest house yang berdekatan. Ia benarkan memasak di sini.  Jarak perjalanan ini ialah 189 kilometer. Perjalanan ini mula kelihatan pokok kelapa, mangga dan belimbing, maknanya cuaca sudah hampir sama dengan di Malaysia.

HarDSCF1129i 14: Jumaat, 9 November 2012

Phonsavan – Muang Sui

59 kilometer

Sepatutnya hari ini tidak mengayuh. Tujuannya rehat, membasuh dan yang penting solat Jumaat. Di sini tidak ada masjid, tidak ada yang Islam, membasuh dan rehat jika perlu. Memandangkan tidak ada apa-apa keperluan, tidak perlu rehat.  Jam 8.00 pagi meninggalkan Phonsavan. Rasanya bandar yang kedua besar yang dilalui selepas Hanoi. Ada banyak kenderaan di bandar ini. Terdapat ramai yang menjual buah-DSCF1131buahan di pinggir jalan. Ada yang menjual manggis dan buah-buahan tropika yang lain. Sepanjang kayuhan pemandangan di sini sungguh cantik. Ada yang seperti pemandangan di Prarie,  Amerika. Jalan rayanya lebar dan telah ada garisan tengah, selesa dan boleh laju bila menurun. Semua bukit boleh didaki. Satu-satunya kayuhan setakat ini selepas Hoa Binh tidak menolak basikal. Bertembung dengan satu pasangan dari barat yang hendak ke Hanoi agaknya.

Sampai di Muang Sui pada jam 2.50 petang dan akan berkhemah di sini. Ada punca air. Sebelah malam ada kelip-kelip, bintang di langit bertaburan, ada juga komit. Keadaan ini sukar dilihat di Malaysia. Masa kecil dahulu ada. Akibat pembangunan yang tidak dikawal.

Hari 15: Sabtu, 10 November 2012

Muang Sui – Phou Khoun

72 kilometer

DSCF1134DSCF1139Sebelah pagi datang beberapa orang penduduk kampung yang berhampiran, ada yang membawa senapang. Kata Karim AK47. Sebagai bekas komando tentu ia tahu jenis senjata. Bersama mereka ada seorang pemuda yang datang dengan motosikal, boleh berbahasa Inggeris. Komunikasi dilakukan dalam bahasa itu. Tidak ada masalah. Malah mereka membantu menghidupkan api, walaupun telah dicuba sebelum kehadiran mereka. Lembab kerana embun. Bolehlah memasak sebelum mengayuh pagi ini.

8.30 DSCF1135mula mengaDSCF1138yuh dengan mendaki, selepas itu menurun hingga ke Nam Chat. Pemandangan cantik sekali, berkayuh di dalam awan, seolah-olah dalam kayangan di dalam cerita klasik. Kabus tebal dan sejuk. Lampu belakang dipasang. Selepas Nam Chat mendaki semula. Mengikut kata seorang pengayuh barat pendakian ini jaraknya ialah 11 kilometer, sama dengan Gunung Jerai dari kaki gunung ke puncak. Penat sungguh. Lepas turun dan naik bukit. Jumpa ladang pisang dan nenas. Tidak rehat lama. Lima minit sahaja. Tidak ada tempat yang sesuai untuk rehat lama. Sukar dapatkan air. Solat pun gunakan air yang dibawa dan lakukannya di tepi jalan.

Jam 5.00 petang sampai di Phou Khoun dan bermalam di guest house. Dibenarkan memasak.

Hari 16: Ahad, 11 November 2012

Phou Khoum – Vang Vieng

100 kilometer

DSCF1141Sarapan pagi ini ialah kopi dengan biskut. Rasanya tidak cukup. Apa boleh buat. Di bawah guest house ada restoran, tahu-tahu aje. Kayuhan dimulai dengan mendatar tetapi tidak mengayuh kerana tidak jauh lepas itu mendaki dan mencanak, sambung menolak basikal. Lepas itu menurun jauh dan mendaki semula. Turun naik bukit.  Walaupun demikian kurang menolak. Di pekan Kasi berhenti memasak di hadapan tanah perkuburan. Hanya ada satu kubur sahaja yang dibina indah. Lauknya sardin dan sayur terung pipit yang dikutip di tepi jalan. Lapar, tentulah berselera. Nasi gunakan beras Laos, sedap, ada banyak kanji macam pulut. Bubuh kicap sahaja pun mungkin sedap. Jalan raya berada dalam keadaan baik dan mendatar bila hendak sampai ke Vang Vieng, tetapi ada juga yang amat teruk. Keadaan ini menyebabkan lima biji telur pecah daripada enam yang dibawa.

DSCF1142Jam 6.00 sampai di Vang Vieng, bercadang hendak berkhemah tetapi hari sudah gelap, tidur di guest house. Buat pertama kalinya kayuhan mencecah 100 kilometer sehari. Sekarang berada di wilayah Vientiane. Kanak-kanak di sini lebih berani. Semasa di utara dahulu mereka mengucapkan ‘ Sawadee’ tetapi di sini mereka mula menepuk sebelah tangan dengan pengayuh.

Hari 17: Isnin, 12 November 2012

Vang Vieng – Phon Hong

89 kilometer

DSCF1143Sarapan pagi ini minum kopi sahaja. Di pekan yang berdekatan membeli bahan mentah seperti telur, gula dan buah epal. Hendak membeli teh mereka tidak faham. Dua tiga kedai mencarinya tetapi mereka masih tidak faham. Penat memberi penjelasan. Akhirnya tidak dapat membeli teh.

Setelah beberapa kilometer mengayuh, pada jam 12.00 tengah hari berhenti memasak di bawah sebatang pokok. Kayuhan ini agak selesa tetapi sukar mendapatkan air. Tidak seperti di utara Laos dahulu air mudah diperolehi di lereng-lereng bukit, sejuk, jernih dan sedap. Tidak banyak bukit dan semuanya boleh didaki dengan mudah.

DSCF1144Dipertengahan kayuhan berjumpa dengan dua orang pengayuh dari Sweetzerland. Pengetahuan mereka tentang Malaysia amat luas. Ada yang pernah mendaki Gunung Kinabalu. Ada yang pernah ke Cameroon Highland. Mereka tahu ibu kota Malaysia. Jemput datang mengayuh di Malaysia. Tidak menarik kata mereka, jalannya rata. Memang pengayuh tegar, laju, sekejap dah hilang. Mereka mengayuh dari Luang Prabang dan akan ke Bangkok.

Sampai di Phon Hong pada jam 4.00 petang. Akan bermalam di guest house.

Hari 18: Selasa, 13 November 2012

Phon Hong – Vientiane

70 kilometer

DSCF1145Sebelum mulakan kayuhan tukar duit di bank yang berdekatan. Mereka tidak menerima ringgit sama seperti di Vietnam. Mereka menerima US dollar dan Bath. Satu pengajaran, tidak perlu membawa banyak ringgit. Yang penting mesti ada dollar. Bernasib baik telah ada US900.00, ditukar semasa di Malaysia dahulu. Tukar US100.00 bersamaan KIP799,700.00. Wang sebanyak itu, yakin sedikit untuk masuk ke Vientiane, ibu kota Laos.

Kayuhan berjalan lancar kerana keadaan jalan rayanya. Mulai sibuk dengan kenderaan. Di selang seli dengan bukit tetapi tidak begitu tinggi. 31 kilometer hendak sampai di Vientiane berhenti memasak kerana perut sudah lapar.

DSCF1149Jam 1.00 tengah hari kayuhan disambung semula dalam keadaan cuaca panas. Maklumlah sudah berada di selatan dan musim kering. Ia akan berlarutan hingga April. Sampai di Vientiane jam 3.00 petang. Cari hotel untuk bermalam. Hotel murah, walaupun telah ada panduan tetapi masih sukar mendapatkan. Setelah beberapa pusingan dan pertanyaan terjumpa sebuah hotel yang sewanya 100,000 KIP satu malam. Akan berada di sini dua malam. Sejak Hanoi dahulu tidak pernah rehat kecuali waktu malam.

Sebelah malamnya makan di sebuah restoran India yang menyediakan makanan halal. Masakan tidak mencapai standad Malaysia. Hanya untuk kenyang sahaja. Dua orang KIP67,000.00. Selepas itu bersiar-siar di River Front. Ramai pelancong barat di sini.

Hari 19: Rabu, 14 November 2012

Vientiane

0 kilometer

DSCF1146Pakaian yang sudah 19 hari tidak dibasuh dihantar ke loundry yang berhampiran. Kedai makan di River Front jam 9.30 pagi baharu dibuka. Sarapan pagi di Restoran Noor. Pelayan macam mamak, boleh berbahasa Melayu. Katanya berasal dari Kota Kinabalu. Hidangan masakan India. Makan roti nan dan kari kambing masalah. Dua orang KIP127,000.

Lepas itu merayau-rayau di Vientiane. Jumpa Maybank cawangan Laos. Hendak tukar Ringgit kepada KIP. Tidak ada. Bank Malaysia tidak boleh tukar ringgit, bagaimana bank yang lain?

Di sini juga berjumpa back packers dari Malaysia, Melayu, dua orang. Mereka akan ke Luang Prabang dan Chiang Mei. Naik kereta, bus dan keretapi. Berbual dengan mereka. Pergi juga ke mini market untuk membeli bekalan kayuhan seterusnya ke selatan dan masuk semula ke Vietnam.

Sebelah petang baiki basikal. Pastikan ia berada dalam keadaan baik. Perjalanan masih jauh. Baru 1/5. 911 kilometer.

Hari 20: Khamis, 15 November 2012

Vientiane – Thapabad

96 kilometer

DSCF1147Permulaan kayuhan fasa kedua. Objektifnya Ho Chih Minh City. Bantuan daripada penjaga hotel, mudah keluar dari Vientiane. Melalui di hadapan masjid Jamek, Vientiane, Istana Presiden dan lalu juga di hadapan Kedutaan Besar Malaysia. Hanya buat satu pertanyaan sahaja dan yang lain untuk sahkan sahaja supaya tidak menyimpang. Pengalaman semasa di Phoaloa menjadi pengajaran. Keadaan jalan raya baik dan datar. Kayuhan mudah sahaja. Hanya sedikit mendaki tetapi landai. Kayuhan tanpa henti. Sampai di Thapabad pada jam 1.30 tengah hari. Pemandangan tidak menarik. Panas terik. Pokok-pokok kuning-kuning dan sukar mendapatkan air.

Buat keputusan berkhemah di sini setelah selesai memasak dan makan. Tempatnya pun sesuai walaupun tiada air.

Hari 21: Jumaat, 16 November 2012

Thapabad – Pakkading

97 kilometer

DSCF1150Sarapan pagi ialah roti dan kopi. Tidak mandi pagi kerana tidak ada air. Air yang ada cukup untuk mengangkat air sembahyang. Keadaan jalan raya ke Pakkading sama antara Vientiane ke Thapabad. Tiada bukit, selesa dan kenderaan tidak banyak. Cuaca hari ini panas terik.

Pada jam 11.30 tengah hari berhenti memasak. Masak sardin, telur masin dan sayur terung masak lemak. Santan kotak yang dibeli semasa di Vientiane. Cuaca yang amat terik menyebabkan dahaga yang amat sangat, perlu banyak minum air

Memandangkan di Pakkading tidak ada tempat yang sesuai untuk berkhemah teruskan kayuhan. Hari semakin gelap. Di kiri kanan hutan rimba. Berhenti di suatu bangsal entah di mana. Ada sumber air tetapi kotor. Di situ mereka sedang menambahbaik keadaan jalan raya. Musim kering, banyak habuk dan berdebu warna merah. Suasana gelap. Khemah banyak membantu. Tutup semuanya.

Hari 22: Sabtu 17 November 2012

Pakkading – Thakek

163 kilometer

DSCF1151Awal pagi telah mulakan kayuhan. Tidak boleh tunggu lama. Jalan berdebu. Tinggalkan tempat ini tanpa sarapan. Tidak akan memasak walaupun ada air. Debu sangat teruk. Keadaan ini berterusan sehingga 10 kilometer. Selepas itu  jalan berada dalam keadaan yang baik. Selesa mengayuh. Kayuhan paling jauh setakat ini. 163 kilometer. Jam 11.00 pagi berhenti untuk memasak. Minta kebenaran daripada penduduk tempatan untuk menggunakan kawasan rumahnya. Tidak ada tempat yang sesuai. Di rumahnya ada kawasan yang luas dan pili air. Air bawah tanah yang disedut dengan menggunakan motor elekterik. Berikan sebiji nanas sebagai balasan. Hari ini berjumpa dua orang pengayuh solo yang hendak ke Pakkading. Seorang dari Jepun dan seorang dari Holland. Sempat berbual yang dari Holland. Bertanya keadaan jalan raya menuju ke selatan.

Pada jam 6.00 petang sampai di Thakek. Hari telah gelap. Di kawasan tanah lapang dirikan khemah. Sudah tiga malam berturut-turut berkhemah. Makan biskut sahaja. Tidak memasak kerana sukar mencari kayu api, tak nampak.

Hari 23: Ahad, 18 November 2012

Thakek – Seno

109 kilometer

DSCF1156Jam 6.00 pagi tinggalkan tempat berkhemah. Hari sudah cerah. Karim hendak ke Bank tukar duit. Bank di buka pada jam 8.30 pagi. Tidak mahu tunggu, buang masa. Selepas minum susu kacang dan makan biskut yang dibeli di kedai berdekatan kayuhan diteruskan dengan harapan ada pekan yang mereka panggil city di hadapan supaya boleh tukar wang. KIP sudah berkurangan.

Di suatu kawasan lapang pada jam 10.00 pagi berhenti rehat dan memasak. Kayuhan sepanjang 109 kilometer ini tidak jumpa pekan, walaupun kecil. hanya kawasan kampung. Kadang-kadang minta air daripada penduduk kampung. Air bawah tanah yang dipam. Kayuhan tiada masalah. Jalan baik tetapi cuaca panas terik setelah jam 10.00 pagi. Tiga kilometer lagi hendak sampai di Seno berhenti untuk bermalam. Keadaan masih sama tidak ada air. Gunakan air yang diperolehi daripada penduduk kampung.

Hari 24: Isnin, 19 November 2012

Seno – Phalanxay

77 kilometer

DSCF1157Jam 6.00 pagi telah meninggalkan Seno ( Xeno ). Tujuannya ialah Muang Phin. Kedaan jalan raya tidak dijangka, di luar dugaan. Sedang diperbaiki. Banyak debu. Di samping itu angin bertiup ke arah yang bertentangan menyebabkan kayuhan seolah-olah mendaki bukit. Perlahan dan memenatkan. Pada jam 10.00 pagi berhenti memasak. Perjalanan yang perlahan menyebabkan objektif kayuhan tidak tercapai walaupun keadaan jalan raya datar. Berhenti rehat di sebuah guest house  yang letaknya tidak tahu di mana. Masalah komunikasi. Setelah memberi beberapa klu, sudah naik penat, akhirnya nama tempat ini diketahui. Namanya ialah Phalanxay. 35 kilometer dari Dongkilo. Dari Seno ke Dongkilo ialah 42 kilometer. Maknanya kayuhan hari ini ialah 77 kilometer.

Makan malam masak sendiri kerana dibenarkan. Mereka turut membantu menghidupkan api. Esok akan sambung ke Muang Phin dan seterusnya.

Hari 25: Selasa, 20 November 2012

Phalanxay – Daensavan

112 kilometer

BuatDSCF1154 pertama kali sarapan pagi makan kacang bean dalam tin. Cuaca semasa kayuhan di sebelah pagi adalah baik tidak ada angin. Laju untuk mengelakkannya. Pada jam 10.00 pagi angin mula bertiup dan cuaca mulai panas dan keadaan jalan pun mulai berubah. Berlubang-lubang tetapi tidak seteruk seperti semalam. Selepas itu keadaan berubah semula kerana sudah menghampiri sempadan Laos – Vietnam di sebelah selatannya.

Lebih kurang 10 kilometer lagi hendak sampai ke pekan Daensavan berhenti mengayuh kerana tidak mahu masuk ke Vietnam semula pada masa hari sudah gelap. Sudah pukul 5.30 petang. Tambahan pula di situ ada mata air, boleh memasak dan mandi. Sebelah malam tidak boleh tidur dengan nyenyak kerana ada banyak semut. Malam terakhir di Laos. Berada di negara ini selama 19 hari.

Hari 26: Rabu, 21 November 2012

Daensavan – Dong Ha

118 kilometer.

DSCF1158Bertolak lewat kerana menunggu bank dibuka pada jam 8.30 pagi. Hendak hendak  menukar wang daripada KIP kepada Dong semula. Tukar semua kecuali beberapa KIP untuk kenangan. Proses imegresen tidak begitu rumit. Bengong sedikit kerana saya hantar paspot dahulu tetapi Karim yang diproses dahulu. Resah juga takut mereka suspek apa-apa. Tambahan pula pegawai yang bertanggungjawab membuat panggilan telefon. Lama juga. Akhirnya paspot dipulangkan dan dapat masuk semula ke Vietnam selama satu bulan.

Bila masuk semula ke Vietnam, keadaan jalan raya tidak ada masalah. Cuma cuaca panas yang sangat terik, keterlaluan, sungguh luar biasa. Yang menghairankan sawah mereka masih berair. tidak seperti di selatan Laos, kering kontang. Tidak memasak, tidak terjumpaDSCF1160 tempat yang sesuai. Penduduk Vietnam padat, sepanjang jalan ada orang. Bila ada orang, masalahnya akan ada anjing dan babi. Makan kek sahaja yang dibeli di sebuah stesyen minyak. Anggap halal kerana ada tulisan Arab, bahannya tidak ada unsur-unsur yang menyebabkannya ia haram dimakan.

Pada mulanya keliru sedikit hendak sampai ke Dong Ha kerana tersalah sebut. Dong Ha disebut Hong Da. Memandangkan mereka tidak tahu, walaupun beritahu hendak ke Saigon atau Ho Chih Minh City. Buka semula peta dan jadual kayuhan. Tersalah sebut rupanya. Lepas tidak ada masalah lagi. Jam 4.00 petang sampai di Dong Ha. Cari pantai untuk berkhemah. Selepas ini kayuhan akan menyusur pantai Vietnam hingga ke Phan Thiet. Untuk mendapat pantai sukar sekali masalah yang sama. Ada yang boleh berbahasa Inggeris ia tunjukkan arah. Kemudian ia menawarkan diri supaya lebih mudah ia akan hantar tetapi upahnya ialah US25.00. Menolaknya. Jumlah itu sangat tinggi jika diterjemahkan dengan RM. Walau bagaimanapun akhirnya ketemu juga, letaknya 14 kilometer dari Dong Ha. Terletak di Cang C Viet.  Sampai pada jam 5.30 petang, masih terang. Masak sardin dan rebus telur itik. Penduduk tempatan membantu menghidupkan api dan memasak juga. Mereka bekalkan juga sejenis ulam yang tidak tahu namanya. Ulam berdaun.

DSCF1161Hari 27:  Khamis, 22 November 2012

Cang C Viet ( Dong Ha ) – Hue

115 kilometer

Tanpa sarapan pagi mula kayuhan. Tidak memasak kerana tidak ada air. Air laut banyak. Penghuni di situ masih tidur. Tidak mahu mengganggu mereka. Awal pagi, jalan datar dan cuaca nyaman. Singgah di sebuah kedai beli air susu kacang dan biskut. Makan dan minum di hadapan kedai berkenaan. Kayuhan dimulakan semula pada jam 8.00 pagi. Cuaca sudah panas. Panas terik seperti di Arab Saudi. Tidak ada awan langsung. Juga tidak ada pokok di kiri kanan jalan. Beberapa kali berhenti rehat dan minum air. Keadaan ini berterusan hingga sampai di Hue pada jam 2.00 petang. Cepat sampai kerana jalan datar, menyusur pantai tetapi lautnya tidak nampak. Laut China Selatan.

DSCF1164Pantainya berada 15 kilometer dari Hue. Sukar juga hendak sampai, masalah sama. Seorang wanita yang boleh berbahasa Inggeris yang ditemui secara kebetulan dalam proses mencari jalan ke pantai menulisnya dalam bahasa Vietnam. Nota itu yang menjadi panduan. Sebelum ke pantai beli bahan makanan. Pertama kali setelah 27 hari baru dapat membeli ikan segar. Goreng sedap sekali. Pantai di sini meriah sedikit, ada ramai orang lalu lalang sampai ke malam.

Hari 28: Jumaat, 23 November 2012

Hue – Lang Co

82 kilometer

Mulakan kayuhan setelah sarapan pagi, cok kodok dan teh. Kayuhan menuju semula ka bandar Hue. Sesak dengan kenderaan. DSCF1165Sama seperti di Hanoi, bising kenderaan membunyikan hon tanpa henti. Sampai di Hue membelok ke kiri ke Da Nang. Tujuan kayuhan hari ini. Cuaca seperti biasa, panas terik. Walaupun jalan datar, ia tidak membantu. Banyak berhenti rehat dan berteduh. Banyak minum air. Dalam kayuhan ke Da Nang tiga bukit perlu didaki. Boleh Tahan juga.

Di sebuah lagoon berhenti mengayuh kerana keadaan tidak mengizinkan kerana semakin petang. 40 kilometer lagi untuk sampai ke Da Nang. Berkhemah dalam kebun gajus. Ada bekalan ulam. Dapat izin daripada seorang peladang di situ. Air juga menjadi masalah di sini. Masak gunakan air yang dibawa untuk minuman.

DSCF1162Hari 29: Sabtu, 24 November 2012

Lang Co – Tam Ky

129 kilometer

Hari ini tidak memasak. Tidak ada sarapan pagi. Tidak ada air. Walaupun rumah berdekatan ada telaga air bawah tanah dan ia membenar menggunakannya tetapi tidak sesuai untuk diminum. Airnya berwarna kuning dan baunya tidak menarik. Di sebuah kedai di pekan Lanco. Beli susu kotak.

Kayuhan diteruskan ke Da Nang. Cuaca sejuk. Berkabus. Jalan Basah. Mungkin hujan malam tadi. Tidak sangka pula akan mendaki. Boleh tahan tingginya. Bukit ini boleh didaki. Di sebuah Bank di Da Nang tukar US100.00 bersamaan dua juta Dong. Mereka masih belum menerima RM. Kad ATM Karim masih belum boleh digunakan.

DSCF1166DSCF1157Da Nang bandar yang besar dan sibuk juga. Sama seperti dengan bandar-bandar yang lain, bising bunyi hon. Terbabas ke hadapan kerana tidak nampak tanda jalan ke Ho Chih Minh City. Setelah beberapa pertanyaan kembali semula ke laluan yang betul. Di sini ada yang mahu membantu, ada yang tidak. Ho Chih Minh nama yang terkenal, mustahil tidak tahu.

Sukar mencari tempat perkhemahan di selatan Vietnam kerana setiap tempat dipenuhi orang. Tidak seperti di Laos. Walau bagaimanapun terjumpa juga di sebatang sungai. Ada ramai orang memancing. Mereka tidak ambil penduli pun. Tidak rasa pelik apabila khemah didirikan. Ada banyak air. Memasak dan akan bermalam di sini. Empat kilometer dari Tam Ky.

Hari 3DSCF11690: Ahad, 25 November 2012

Tam Ky – Hoai Nhon

120 kilometer

Sudah sebulan berada di luar negara. Ada lebih kurang sebulan lagi baharu sampai di Semenyih. Tidak memasak untuk sarapan, beli susu dan biskut di kedai yang berdekatan. Cuaca di sebelah pagi berada dalam keadaan yang baik dan beransur menjadi panas. Tidak seterik jika hendak  dibandingkan dengan masa yang lalu. Seperti kemarau tetapi sawah mereka dipenuhi air. Kuasa Allah.

Di sebeDSCF1168lah tengah hari mata tiba-tiba mengantuk. Beberapa kali terkuap. Mengayuh jadi tidak selesa. Berhenti di sebuah stesyen minyak untuk melelapkan mata. Mereka berikan hamog dan pejamkan mata sekejap.

Bila petang menjadi masalah untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk berkhemah. Pada mulanya di suatu tempat di tepi jalan, tetapi ada banyak semut. Nanti tidak dapat tidur nyenyak. Usahakan di tempat lain, nasib ada satu kawasan di tepi laut yang tidak jauh dari destinasi hari. Berkhemah di sini. Tidak boleh mandi, curam. Ombak pun besar.

DSCF1170Hari 31: Isnin, 26 November 2012

Hoai Nhon – Qui Nhon

122 kilometer

Di sini jam 5.00 pagi sudah terang. Sudah ramai orang di pantai. Mereka bersenam. Menjaga kesihatan. 6.30 pagi meninggalkan pantai. Beberapa buah bukit perlu didaki. Kayuhan berjalan lancar. Keadaan cuaca sedikit demi sedikit beransur panas dan akhirnya menjadi terik menjelang tengah hari. Perlu air yang banyak. Beli keledek untuk dibuat pengat. Santan yang dibeli semasa di Vientiane dahulu masih ada satu kotak. Belum tahu lagi bila hendak membuatnya. Di samping itu beli juga dua biji mangga dan dua biji epal untuk bekalan tenaga dan vitamin ‘ C ‘.  Dapatkan juga bekalan untuk makan malam. Merupakan enam biji telur.

DSCF1177Hari ini berkhemah di sebuah anak sungai 12 kilometer selepas Qui Nhon. Kawasan hutan dan di hadapannya telah tersedia sebuah bukit untuk didaki  esoknya. Sebelah malam ternampak cahaya lampu suluh di dalam sungai. Ingatkan penduduk tempatan datang. Beri isyarat dengan lampu juga. Buat laungan. Tetapi tidak ada apa-apa respon. Bila sudah dekat pun tidak ada respon. Di tangan ada lampu suluh dan serampang. Ia sedang mencari ikan atau katak di sungai itu agaknya. Ia jalan begitu cepat sambil menguis-nguis dengan menggunakan serampangnya. Sekejap dah hilang.

Sebelah malam dingin, walaupun tidak hujan khemah basah kerana embun. Tidur dengan nyenyak.

DSCF1174Hari 32: Selasa, 27 November 2012

Qui Nhon – Tuy Hoa

95 kilometer.

Sarapan pagi ini ialah teh susu dan kek. Keluar dari tempat perkhemahan terus mendaki. Alhamdulillah tidak ada masalah. Untuk sampai ke Tuy Hoa perlu mendaki empat bukit. Pada jam 12.00 tengah hari berhenti rehat dan buat pengat keledek. Santan sudah lama dibawa takut basi. Selepas solat kayuhan disambung.  Ia tidak berakhir di Tuy Hoa tetapi tujuh kilometer selepas bandar berkenaan. Berkhemah di suatu tempat yang ada billboard besar.  Sukar mendapat tempat berkhemah. Di kiri kanan jalan adalah sawah padi.  Di sini juga menjadi port penagih kerana terjumpa dua unit alat penyuntik.

Di sebelah malam angin bertiup kencang. Ikatan khemah diperkuatkan bimbang akan diterbangkan. Kalau hujan turun lebat memang tidak ada tempat berlindung. Alhamdulillah angin reda dan tidak ada hujan.

DSCF1178Hari 33: Rabu, 28 November 2012

Tuy Hoa – Thanh

136 kilometer.

Jam 6.00pagi telah memulakan kayuhan. Tanpa sarapan pagi. Di tengah bendang. Tidak ada kayu api. Tidak memasak. Beli susu segar dan biskut di kedai yang berdekatan. Cuaca di Vietnam di sebelah selatannya panas terik. Keadaan cuaca yang sebegini menyebabkan cepat letih. Beberapa pendakian dibuat pada hari ini. Semuanya berjaya tanpa menolak basikal. Berhenti mengayuh pada jam 11.00 tengah hari , masak air dan buat teh.

Sampai di Thanh pada jam 4.00 petang. Berkhemah di tepi sebatang sungai. Masak untuk makan malam. Lauknya ikan masin dan ikan bilis goreng. Sayur kangkong yang dikutip di tepi sungai berkenaan. Sebelah malam terdengar bunyi muzik dari bandar. Kedengaran meriah. Muzik moden dan muzik tradisional. Dari dua tempat yang berlainan. Jam 12.00 tengah malam sunyi sepi.

DSCF1179Hari 34: Khamis, 29 November 2012

Thanh – Ca Na

129 kilometer

Kayuhan hari ini juga tanpa sarapan. Tidak memasak kerana kayu basah. Tidak kerana hujan tetapi embun. Cepat cerah. 6.00 pagi telah meninggalkan tempat berkhemah. Beli susu kotak dan kek sebagai sarapan. Bila sampai di Cam Ranh beli bekalan untuk hari dan hari berikutnya. Beli bawang Belanda, bawang kecil, chili, asam jawa, terung, timun dan tomato. Harganya DONG 55,000.00. Di suatu tempat hendak minum air kelapa, keperluan yang dibeli tadi sudah tiada. Tercicir entah di mana. Patah balik kalau ada di tepi jalan. Tidak jumpa dan terpaksa beli yang baru.

DSCF1181Pada jam 4.00 petang sampai di Ca Na. Tepi laut dan tidur di chalet kerana henda charge bateri telefon. Sewanya Dong 200,000.00. Paspot dipegang oleh pihak chalet. Di sini dibenarkan memasak. Gunakan kayu arang yang dibawa sejak dari Hanoi dahulu. Belum habis. Masalahnya kayu arang susah hendak hidup apinya. Masakan lambat dimasak. Kurang digunakan.

Hari 35: Jumaat, 30 November 2012.

Ca Na – Phan Thiet

115 kilometer

Meninggal chalet pada jam 6.30 pagi. Seorang perempuan tua Vietnam membekalkan sejenis makanan. Ia juga memberikan tali untuk mengikat sesuatu di basikal. Ia tinggal di chalet bersama cucinya. Berehat agaknya. Baik hati berbual dalam bahasa yang masing-masing tidak faham. Pakai isyarat sahaja.

DSCF118010 kilometer kemudian tayar belakang bocor. Merupakan kali pertama sejak kayuhan ini. Harap-harap tidak akan berlaku lagi. Cuaca panas terik, tersangat letih dan tidak bertenaga. Kayuhan perlahan. Bila hampir dengan Phan Thiet beli empat biji buah naga. Buah naga Vietnam, isinya kekuning-kuningan. Harganya DONG 10,000.00. Semasa di Malaysia tidak makan buah naga Vietnam. Tetapi yang isinya merah. Disebabkan dahaga dan lapar semuanya sedap. Sebiji seorang.

Sampai di Phan Thiet hari sudah semakin gelap. Cari tempat berkhemah. Di suatu tempat ingatkan chalet tetapi bukan dan pemunyanya tidak benarkan disewa. Tidak tahu untuk apa. Cari tempat lain, melalui sawah yang sudah kontang. Jumpa satu tempat DSCF1182berhampiran sungai tetapi sungainya tidak kelihatan. Bila lihat sekeliling tanahnya bonggol-bonggol. Lihat kehadapan sedikit rupanya tanah perkuburan. Beritahu Karim. Sepontan Karim kata ” Orang sudah mati “. Berkhemah di situ. Sebelah malam datang dua orang Vietnam ia mempelawa untuk bermalam di bangunan yang ia jaga. Besar juga dan nampak menarik. Menolaknya. Tawarkan cok kodok kepadanya.

Karim mencari lampu kepalanya, rupa-rupanya ada di tangan salah seorang daripada mereka. Ia berminat sangat dengan lampu itu. Karim menukarkannya dengan yang lain. Oleh sebab bermalam di atas kubur keluarkan Quran yang dibawa dan letakan di tepi kepala. Walau bagaimanapun tidur tidak nyenyak.

Hari 36: Sabtu, 1 Disember 2012

Phan Thiet – Long Khanh

111 kilometer

Awal pagi meninggalkan tempat perkhemahan menuju kepedalaman, ke Xuan Loc. Tidak lagi melalui pesisir pantai. Ho Chih Minh City semakin hampir. Hanya satu stesyen sahaja lagi. Tidak membeli susu atau biskut kerana bercadang hendak makan nasi pada jam 8.00 pagi nanti.

Cuaca hari ini amat luar biasa. Terpaksa berhenti lama di sebuah stesyen minyak untuk berteduh dan mengelakan daripada pancaran cahaya matahari yang amat terik itu. Tertidur kedua-duanya. Setelah reda mulakan semula kayuhan. Tidak berhenti di Xuan Loc kerana bandar ini seolah bercantum dengan Long Khanh. Seperti Semenyih dengan Kajang. Terlalu hampir. Oleh yang demikian berhenti mengayuh pada jam 4-00 petang di Long Khanh.

Berkhemah di pingir ladang getah. Di bawah sebatang pokok gajus yang sedang ranum. Oleh sebab lapar dan dahaga petik buah itu. Tidak bertuan agaknya kerana di sekelilingnya semak samun. Tidak berjaga. Terdapat juga ladang ubi kayu di sini.

Berpuasa pada malam ini kerana terlupa hendak membeli bekalan untuk memasak. Terutama air untuk memasak nasi. Ada tepung gandum boleh buat cok kodok, minyak masak pula sudah habis. Ada ubi di situ tetapi boleh ke? Minum susu sahaja.

DSCF1183Hari 37:  Ahad, 2 Disember 2012

Long Khanh – Ho Chih Minh City

80 kilometer

Pagi ini kalau tidak dikejutkan oleh Karim mungkin tidur sampai ke siang. Tidur nyenyak betul. Tidak sedarkan diri. Pada jam 4.00 pagi Karim kejutkan ada orang menyuluh. Bangun. Ada banyak cahaya yang menyuluh. Balas suluhan mereka. Beritahu dari Malaysia, tumpang tidur. Suluhan itu jauh dan mereka tidak beri respon. Mereka itu ialah penoreh getah yang datang hendak menoreh. Daripada respon kami tadi, berniat baik mereka tidak menyuluh lagi. Aktiviti pagi dijalankan seperti biasa.

DSCF1184Pada jam 5.30 pagi meninggalkan tempat perkhemahan dan beritahu sekali lagi kepada penoreh getah ayat yang sama. Tiada respon daripada mereka. Tidak faham agaknya. Semuanya wanita. Di sebuah kedai membeli sarapan pagi, tiga kotak susu seorang dan biskut. Di dalam kayuhan hari ini disangkakan ada gunung yang menunggu tetapi tidak ada. Berdasarkan peta yang dibawa. Sebaliknya banyak menurun. Kalau ada yang mendaki tidak tinggi. Mudah sahaja. Kali berhenti rehat bukan kerana penat mengayuh atau cuaca tetapi keadaan jalan raya yang semakin sibuk. Sudah menghampiri Ho Chih Minh City. Keadaan lalu lintas yang sebegini menyebabkan rasa tertekan. Perlukan rehat. Otak perlukan rehat. Tidak seperti di Hanoi di sini kurang kedengaran bunyi hon. Hamog banyak bergantung di pokok-pokok.

DSCF1189Pada jam 11.00 pagi sampai di HCMC. Cepat. Tentulah laju. Cari Hotel sukar sekali. Tidak faham. Mereka ada bahasa sendiri untuk hotel. Tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Kalau terjumpa sacara kebetulan, sewanya mahal, iaitu DONG 500,000.00. Ada yang ikut jam. Satu jam DONG 50,000.00. Dua jam DONG 70,000.00.

Sudah putus asa, hampir mahu meninggalkan HCMC terus ke Kemboja. Pada jam 2 petang terjumpa sebuah hotel yang sewanya munasabah dan selesa. Ada Lift. Sewanya DONG 250,000.00. Akan bermalam di sini dua malam. Berehat sekejap. Masih belum makan. Satu lagi masalah besar iaitu makanan halal. Semasa mencari terdengar orang memberi salam. Toleh ke belakang Karim bercakap DSCF1190dengannnya. Ingatkan rakyat Malaysia. Boleh berbahasa Melayu. Belajar agama di Kelantan. Ia tahu yang kami ini Islam berdasarkan ketayap yang kami pakai. Namanya Muhammad Ali atau Mat Ley. Selepas bercakap-cakap dengannya sekejap, kami berpisah. Berjanji untuk jumpa lagi.

Malam itu makan mee segera dan dua biji telur. Bahan makanan di beli di sebuah pasar mini. Hari ini beli juga ubi kayu dengan harapan akan direbus pada kayuhan seterusnya. Kayuhan hingga setakat ini ialah 2,915 kilometer.

DSCF1186Hari 38: Isnin, 3 Disember 2012.

Ho Chih Minh City

0 kilometer

Hari ini tidak mengayuh dan tunggu Mat Ley datang untuk makan tengah hari di kampunngnya. Sebuah perkampungan Islam. Ada ramai yang boleh berbahasa Melayu di sini. Kebanyakannya yang pernah belajar di Malaysia dan Selatan Thailand. Ada juga penduduk Malaysia yang menyewa di sini. Makan mi rebus, nasi lauk ayam. Minta peha ayam. Yang sampai kepala ayam bersama lehernya. Kepala ayam goreng. Salah sangka. Solat di surau kampung ini.

DSCF1187Sebelah petang service basikal. Mr. Ming datang. Ia tinggal dekat hotel. Berbual panjang dengannya. Seorang jurutera. Boleh bertutur bahasa Inggeris. Dia mempelawa bersiar-siar dengan keretanya. Menolak. Ia menunjukkan jalan ke Moc Bai, bandar sempadan dengan Kemboja. Menggunakan motosikal. Sekurang-kurangnya arah ke Kemboja telah diketahui hasil pertolongan Mr. Ming ini. Dia tahu kami sedang berkayuh melalui tuan punya hotel. Pada sebelah malam Mat Ley datang.

Hari 39: Selasa, 4 Disember 2012

Ho Chi Minh City – Svay Rieng

121 kilometer.

Pada jam 3.30 pagi Karim menerima panggilan telefon dari Malaysia, khabar yang mendukacitakan, ibunya telah kembali ke rahmatullah. Dia memberitahu bahawa ia tidak dapat meneruskan kayuhan kerana terpaksa pulang. Pembelian tiket diuruskan oleh keluarganya. Menjadi serba salah sama ada ikut pulang atau teruskan kayuhan. Solo. Setelah berfikir dan KarimDSCF1192 katakan boleh lakukannya. Akan teruskan kayuhan. Sekiranya  tidak berjalan dengan lancar akan pulang melalui Phnom Penh. Karim menelefon Mat Ley, minta pertolongan daripadanya terutama daripada segi komunikasi. Dalam keadaan kecemasan semua mesti bergerak pantas bahasa memainkan peranan penting.

Semasa mengemaskan barang-barang di basikal. Mr. Ming datang lagi dengan seorang kawannya. Ia membawa kuih untuk bekalan semasa kayuhan. Setelah kandungan kuih itu. Ia boleh dimakan. Karim juga mengemaskan basikalnya untuk pulang ke Malaysia. Tidak lama kemudian Mat Ley sampai. Setelah bercakap dengan mereka pada jam 7.00 pagi mengucapkan selamat tinggal kepada mereka terutama Karim.

Mengikut laluan yang ditunjukan oleh Mr. Ming malam tadi. Kayuhan fasa 3 pun bermula. Objektifnya Bangkok. Solo. Di awal pagi ada banyak kenderaan. Fenomena biasa kepada bandar besar termasuklah HCMC. Bandaraya ini sibuk dengan motosikal tetapi masih boleh dikawal. Kayuhan lancar sebab laluan telah diketahui. Apabila sampaiDSCF1191 di hadapan Pejabat Pendidikan Malaysia, hendak ambil gambar pejabat itu Mr. Ming sampai dengan motosikalnya. Ia ambil gambar untuk dihantar kepada kawan-kawan tentang kayuhan ini. Mr. Ming juga tunjukkan jalan hingga ke jalan lurus ke Moc Bai dengan motorsikalnya. Ikut daripada belakang. Kayuhan ke Moc Bai menjadi mudah.

Pada jam 12.00 tengah hari sampai di Moc Bai dalam cuaca panas terik. Proses imegresen Vietnam mudah kerana tidak ramai orang. Tidak sibuk. Begitu juga dengan di Kemboja. Prosesnya mudah dan cepat. Diberi satu bulan untuk tinggal di Kemboja. Tidak perlu membayar US25.00. Mat Ley kata kena bayar untuk ke Kemboja. Pegawai imegresen sendiri kata tidak perlu bayar untuk visa. Negara ASEAN. Mr. Ming betul.  Negara ketiga yang dilalui. Tidak ada bandar sempadan di Kemboja, nampak seperti kampung sahaja. Tukar semua DONG kepada RIEL. Di kiri kanan jalan terdapat banyak casino. Sistem jalan sama dengan di Vietnam.

DSCF119319 hari di Vietnam, enam hari di utara dan 13 hari di Selatan. Di utara sejuk dan selatan panas terik. Kini mula mengayuh di Kemboja. Sistem beraja. Dua tempat terkenal di sini iaitu Angkor Wat dan Tasik Tonle Sap. Masih banyak jerangkap samar. Diharapkan laluan yang diikuti sudah bersih. Akan berkhemah di pinggir jalan dan di mana-mana sesuai.

Kayuhan ke Svay Rieng berjalan lancar, cuma cuaca panas. Jalan raya lurus dan tidak berbukit. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan sawah padi. Svay Rieng berada 41 kilometer daripada sempadan. Sampai awal di Svay Rieng dan cari tempat berkhemah, lima kilometer dari bandar. Di tepi sebuah anak air dan di hadapannya ada sawah. Pertama kali berkhemah sendirian dalam kayuhan ini.

Hubungi keluarga dengan nombor baru yang dibeli semasa di sempadan tetapi tidak boleh. Tidak tahu sebabnya.

Hari 40: Rabu, 5 Disember 2012

Svay Rieng – Phnom Penh

110 kilometer

DSCF1197SelepaDSCF1196s solat subuh, masak air dan buat teh dan makan biskut yang dibekalkan oleh Mr. Ming. Tujuan hari ini ialah Banam, 100 kilometer dari Svay Rieng. Tetapi tidak ada tanda jalan menuju ke tempat tersebut. Yang ada ialah Phnom Penh. Ikut arah itu. Jalannya lurus dan datar. Di sebuah pekan kecil beli top up. Pemilik kedai kata sim tidak boleh pakai dan minta tukar yang baru. Rasanya telah ditipu semasa di sempadan. Sebab itu tidak boleh hubungi keluarga. Di pekan ini juga beli air dan buah-buahan.

Di suatu tempat entah di mana tetapi 20 kilometer lagi hendak sampai di Phnom Penh berhenti berkhemah. Boleh sampai di Phnom Penh hari ini tetapi tidak mahu terburu-buru. Lainlah kalau berdua akal panjang. Hari pun hampir petang. Di belaDSCF1198kang tempat berkhemah ialah Sungai Mekong. Tidak kelihatan kerana dipagar dengan zing. Hanya kelihatan apabila pintu dinding zing itu dibuka. Tuan punya tanah datang mengambil lembunya di dalam pagar itu. Menjelang malam memasak untuk makan malam. Goreng telur dan ikan bilis, ulam timun.

Hari 41: Khamis, 6 Disember 2012

Phnom Penh – Skuon

102 kilometer

Tanpa sarapan terus berkayuh menuju ke Phnom Penh. Keadaan mulai sibuk, kerana banyak kenderaan menghala ke bandar ini. Ibu Kota Kemboja. Keadaan aman, selesa kerana tidak ada bunyi bising seperti di Vietnam. Sampai di DSCF1200DSCF1201Phnom Penh pada jam 7.30 pagi. Jikalau mengikut jadual awal akan berada dua hari di sini. Sekarang perancangan jadual ini sudah tidak boleh dipakai lagi. Solo. Sendiri yang buat keputusan. Tidak ada keperluan untuk berlama-lama di Phnom Penh. Yang bermain di kepala sekarang ialah untuk menamatkan misi ini dengan jayanya dan selamat. Tidak memikirkan lagi untuk bersantai-santai.

Lalu di hadapan kedutaan Malaysia untuk Skuon. Ambil gambar tetapi seorang pengawal datang memberitahu tidak boleh ambil gambar. Tetapi satu telah diambil, minta ia sampaikan salam kepada Duta Besar Malaysia di situ, katakan juga kepada pengawal itu, datang dari Malaysia. Setelah beberapa pertanyaan, DSCF1204keluar dari Phnom Penh dengan menggunakan jambatan menyeberangi Sungai Mekong. Sebelum itu beli susu dan air untuk bekalan semasa kayuhan nanti. Biskut yang diberi oleh Mr. Ming belum habis lagi. Banyak juga membantu daripada segi penjimatan.

Semasa di Malaysia, banyak cerita mengenai Islam di Kemboja, banyak juga derma yang diberikan kepada penduduk Islam negara ini. Korban juga diadakan. Sepanjang kayuhan sehingga ke Phnom Penh belum ternampak lagi masjid. Rasanya mudah mendapatkan makanan Islam tetapi belum kelihatan restoran atau gerai Islam di sepanjang jalan yang di lalui. Mungkin tempat lain. Semasa sedang mengayuh, seorang yang menunggang motosikal bertanya tempat asal. Bila katakan dari Malaysia, ia memberi salam. Hanya dua tiga orang sahaja wanita yang memakai tudung ditemui.

DSCF1205Keluar dDSCF1206ari Phnom Penh, terdapat 15 kilometer jalannya yang berdebu. Basikal yang dibasuh semasa HCMC mulai kotor semula. Selepas itu jalan raya selesa semula. Sampai di Neak Leoung naik feri menyeberangi sungai. Lima minit dan tambangnya ialah RIEL 1,000.00. Di suatu tempat tayar belakang bocor kali kedua, tukar tiub dan tayar sekali. Tayar itu sudah semakin nipis. Telah digunakan sejak Kayuhan di Indonesia dahulu. Ramai yang datang melihatnya. Risau juga. Barang-barang semua dipunggah daripada basikal. Risau juga tiub semakin kurang. Daripada tujuh yang dibawa, kini tinggal lima. Kayuhan masih jauh. Baru 3,146 kilometer.

Tukar juga wang US 50.00 bersamaan RIEL 199,600.00

DSCF1207Akhirnya dalam keadaan cuaca panas terik sampai di Skuon pada jam 1.30 tengah hari. Masih awal teruskan kayuhan dan cari tempat perkhemahan yang sesuai. Dalam kayuhan solo ini seawal jam 2.00 telah mencari tempat berkhemah. Berhenti bila jumpa, tidak akan memikirkan sama ada orang ramai, tidak ada air, tidak ada kayu api dan lain-lain. Bekalan makanan siap setiasa ada. Sendiri buat keputusan, tidak perlu berbincang. Yang penting tapak tempat berkhemah dan keselamatan.

Ternampak satu tanah lapang  yang saiznya lebih kurang 20 x 20 di tepi sebatang sungai. Berhenti di situ, tetapi ada seseorang sedang memerhati sambil duduk mencangkong. Selepas sandarkan basikal, pergi dan jumpa orang itu, beritahu tujuan, ia bawakan ke sebuah rumah di seberang sungai, di situ DSCF1208tinggal anggota keselamatan Kemboja, dua lelaki dan seorang wanita. Beritahu perkara yang sama. Ia benarkan bermalam di situ. Selepas solat memasak. Mereka juga memasak. Gunakan air sungai yang sama. Nampak mereka membasuh daging babi di sebelah sana. Memandangkan air sungai itu mengalir dan banyak rasanya tidak ada masalah daripada segi hukum. Akan tanya ustaz apabila pulang ke Malaysia.

Hari 42: Jumaat, 7 Disember 2012

Skuon – Spean Koul

135 kilometer

Jam 6.00 pagi meninggalkan tempat perkhemahan setelah sarapan pagi dua kotak susu segar dan biskut, serta mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai keselamatan yang berada di seberang sungai. Ubi kayu yang dibeli semasa HCMC ditinggalkan di sini tanpa sempat direbus. Ia telah menjadi beban.  Kayuhan agak selesa, walaupun dalam keadaan cuaca panas. Beberapa kali berhenti membeli bekalan untuk memasak dan buah-buahan.

Jalan rayanya datar. Boleh bergerak laju. Kurang kenderaan di jalan raya. Lori jarang kelihatan. Semasa di Vietnam lorinya besar-besar. Banyak di jalan raya. Di kiri kanan jalan dihiasi dengan pokok padi. Tinggi-tinggi. Mungkin di sini banyak air. Kawasan lembah. Pemandangan tidak ada sesuatu yang menakjubkan.

Pada jam 3.30 petang berkhemah  di suatu tempat yang sunyi. Tidak air.  Tayar depan mulai kempis. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Tayar belakang sahaja. Pam, nampak tidak ada masalah. Dalam kayuhan ini dua kali pam tayar. Tampal sekali. Hendak jimatkan tiub. Tinggal lama sahaja. Kedai basikal ada tetapi tidak tahu di mana. Di samping itu kesesuaian tiub tersebut dengan rim basikal.

HarDSCF1212i 43: Sabtu, 8 Disember 2012

Spean Koul – Siem Reap

100 kilometer

Awal pagi meninggalkan tempat berkhemah. 5.30 pagi. Masih gelap. Pasang lampu kepala kerana lampu basikal tidak ada. Pasang juga lampu belakang.  Di suatu tempat buat pertama kalinya ditimpa hujan lebat. Berhenti berteduh di balai polis. Dua kali berteduh di balai polis dalam kayuhan hari ini akibat daripada hujan lebat.

DSCF121516 DSCF1214kilometer lagi hendak sampai ke Siem Reap, di sebuah kedai basikal, berhenti dan tampal tiub basikal satu lagi. RIEL4,000.00 bersama US1.00.  Tampalan ini tidak berkesan dan terpaksa pam lagi basikal. Selepas ini setiap kali rehat akan periksa tayar hadapan dan pam.

Bila sampai di Siem Reap terus ke Angkor. Pengawal minta beli tiket masuk US20.00. Sekiranya hendak gunakan tut-tut tambah lagi US15.00. Boleh gunakan basikal tetapi tidak boleh habis dalam satu hari. Ingatkan percuma. Di samping masalah bayaran, masalah yang lain ialah, tempat yang hendak dilawati itu ialah temple dan dipenuhi dengan berhala. Rasanya tidak sesuai. DSCF1216Pulang semula ke Siem Reap dan teruskan kayuhan ke arah sempadan antara Kemboja dengan Thailand.

Menjelang petang cari tempat berkhemah. Di suatu tempat di tanah lapang, tidak berumput, dikelilingi sawah padi dan ada sebatang pokok, jauh sedikit daripada jalan raya, di situ berhenti dan berkhemah.

Hari 44: Ahad, 9 Disember 2012

Seam Reap – Poi Pet

156 kilometer

DSCF1219Meninggalkan tempat perkhemahan pada jam 6.00 pagi. Kayuhan lancar dalam keadaan panas terik. Berselisih dengan beberapa pengayuh ada yang hendak ke Seam Reap dan ada juga yang hendak ke Poi Pet. Yang menariknya satu keluarga pengayuh suami isteri dan dua anak mereka. Menggunakan troli untuk mengisi barang-barang keperluan. Pernah ke Malaysia kerana di trolinya ada bendera Malaysia. Sampai di Poi Pet pada jam 3.00.

Semasa proses paspot di sempadan berjumpa dengan satu kumpulan penunggang motosikal besar dari Kedah. Mereka memasuki Kemboja kerana ada aktiviti yang hendak mereka lakukan. Tidak dapat permit, mereka keluar semula dari Kemboja mengikut kata salah seorang daripada mereka akan pulang ke Malaysia. Misi mereka gagal.

Di sempadDSCF1221an sebelah sini ada ramai orang. Berbaris panjang, yang menunggang motosikal besar juga baris sama. Dua jam baru proses ini selesai. Dibenarkan berada di Thailand selama 15 hari termasuk hari ini. Bermakna ada 14 hari lagi. Sedangkan dalam perancangan, berada di Thailand selama 16 hari. Tidak tahu mengapa. Sepatutnya satu bulan. Warganegara sebuah negara ASEAN. Sampai di Aranyaprathet bandar sempadan di Thailand pada jam 5.00 petang. Mulai gelap. Masalah hendak bermalam. Hendak tukar wang bank sudah tutup. BATH tidak ada, yang ada ialah US, RM dan RIEL. US mungkin boleh digunakan untuk buat pembayaran, RM juga mungkin negara bersempadan. Tetapi tidak berminat hendak tidur di hotel, terpaksa mencari dahulu. Bimbang peristiwa di HCMC berulang. Hari semakin gelap dan ambil keputusan bermalam di sekitar perhentian bas dan teksi di situ.

SementDSCF1218ara menunggu keadaan lengang makan bekalan yang dibawa. Memikirkan 14 hari visa. Dari Aranyaprathet ke Bukit Kayu Hitam, 16 hari. Dua alternatif yang difikir. Pertama akan naik keretapi, bus atau lain-lain kenderaan ke Bangkok atau lebih jauh. Kedua akan mengayuh dalam jarak yang jauh dalam satu hari. Paling kurang 150 kilometer sehari. Sentiasa melihat peta mengkaji kemungkinan perubahan stesyen untuk bermalam.

Bila kedaan menjadi lengan pergi ke sebuah kerusi panjang untuk memejamkan mata. Nyamuk banyak tidak dapat tidur. Seorang warga Thai yang hendak ke Kemboja datang. Ia tidak dapat memasuki Kemboja kerana sudah lewat malam. Ia datang juga dengan basikal. Bercakap dengannya dalam bahasa yang masing-masing tidak memahaminya. Gunakan bahasa isyarat sahaja. Ia menolong membelikan ubat nyamuk yang di sapu pada badan. Berikan RIEL padanya kerana BATH tidak ada. Esok akan tukar. Dapat tidur sedikit.

DSCF1224Hari 45: Isnin, 10 Disember 2012

Aranyaprathet – Phanom Sarakham

133 kilometer

Hari ini kayuhan di Thailand akan bermula. Selama enam hari berada di Kemboja. Memikirkan situasi yang akan berlaku seterusnya. Bercadang hendak menukar wang pada Jam 8.00 pagi di bank berdekatan. Tidak sama dengan bank di Laos atau Vietnam atau Kemboja. Di sini jam 10.00 pagi baharu buka. Hendak tunggu empat jam. Lama. Tinggalkan Aranyaprathet pada jam 6.00 pagi. Bekalan makanan masih ada. Cuma air. Tidak boleh membeli. Kayuhan laju sedikit, bercadang hendak sampai di Bangkok dalam masa dua hari. Mengejar masa.

Disebabkan tidak ada Bath, air minta sahaja di stesyen minyak. Besok mungkin ada masalah. Bekalan akan habis.

DSCF1217Sepatutnya kayuhan hari ini ialah ke Kabin Buri. Tetapi tersalah pilih laluan. Terus masuk ke lebuh raya ke Bangkok. Ada hikmahnya kayuhan menjadi lebih pendek untuk ke Bangkok. Tidak melalui Nakhon Nayok yang jaraknya lebih jauh. Dalam situasi begini jarak kayuhan dan tambahan hari seboleh-bolehnya dielakkan. Kalau tidak, kena naik keretapi. Laluan ini tidak banyak bandar yang dilalui. Perkampungan pun jarang-jarang ditemui. Sukar menjumpai bank. Sehingga sampai ke tempat perkhemahan di suatu tempat di Phanom Sarakham belum tukar wang lagi.

Berkhemah dalam ladang ubi. Bila buka baju lihat perut, seolah-olah tidak percaya. Yang ada kedut-kedut sahaja, tersangat kempis. Bermalam di sini. Sunyi dan sepi, kecuali kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang.

Hari 46: Selasa, 11 Disember 2012

Phanom Sarakham – Phetkasem, Bangkok

130 kilometer

Objektif hari ini ialah Bangkok, ibu kota Thailand. Jam 6.00 pagi telah meninggalkan tempat perkhemahan. Hari ini tidak boleh tidak mesti tukar wang sebelum memasuki Bangkok. Bandar yang terdekat yang ada di dalam peta dan ada pada tanda jalan di laluan ini ialah Chachoengsao. Harap-harap di bandar ini ada bank dan boleh tukar wang. Tidak semua bank di Thailand ada menjalankan urusan ini. Daripada segi jarak memang sesuai boleh sampai di sini pada jam 8.00 atau 8.30 pagi.

Sampai di Chachoengsao pada jam 8.25 pagi. Susur keluar daripada lebuh raya. Bank dibuka pada jam 8.30 pagi. Tunggu lima minit. Malangnya bank ini tidak ada urusan ini. Mereka cadangkan bank yang lain tidak jauh dari situ. Ada banyak RIEL tetapi boleh tukar 50,000 sahaja. Kata mereka wang ini tidak ada nilai. Mereka hanya pilih yang baharu sahaja. Satu pengalaman. Akan datang belanjakan yang buruk atau minta wang baharu sahaja semasa membuat tukaran. Di samping itu tukar RM250.00. Jumlah kesemuanya BATH2,600.00, satu keadaan yang selesa. Mereka sudah mula menerima RM. Ada banyak RM dalam tangan. Kayuhan kali ini hanya membawa tunai. Tawakallah. Masih ada juga US.

DSCF1222Jam 12.00 tengah hari sampai di satu perkampungan Islam. Di sepanjang jalan ada papan tanda  yang ditulis jawi, ayat ” Bismillah Khir Rahman Nir Rahim, dan tanda ” Halal ” . Mereka menjual makanan Islam. Di sebuah warung berhenti makan. Orang Islam di sini bercakap Siam, di warung ini tidak ada yang tahu berbahasa Melayu. Semakin hampir Bangkok tanda arah ke Bangkok sudah tidak kelihatan lagi. Keadaan semakin sibuk. Bangkok adalah bandar raya besar. Masalah.  Bertanya seorang di tepi jalan arah ke Bangkok. Ia jelaskan dalam bahasa Inggeris. Lega rasanya. Bila ia tahu datang dari Malaysia. Ia tunjukan medan selera yang dikendalikan oleh orang Islam. Ia sendiri beragama Islam. Berhenti minum. Makan hot dog dan minum nescafee sejuk. Lega buat pertama kalinya. Tanda sudah senang mendapatkan makanan Islam.

Ia juga menulis dalam bahasa Thai arah ke Phetkassem. Ia menulis    ” Orang ini hendak pulang ke Malaysia “. Phetkassem ialah laluan utama ke Malaysia. Dapatkan tempat ini dahulu. Tunjukkan nota yang ditulisnya. Bantuan ini sangat-sangat diharapkan. Di samping itu banyak juga bertanya supaya tidak tersasar. Pergerakan mulai perlahan kerana bertanya, keadaan lalulintas dan beberapa halangan jalan raya yang lain. Akhirnya jumpa juga Phetkassem. Hari sudah semakin gelap, jam menunjukkan 5.30 petang. Di sebuah stesyen minyak yang ada mini market 24 jam, berhenti mengayuh. Bermalam di sini. Beli Kad Sim Thailand di sini dan SMS keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.

Ada rakan-rakan yang memberi respon mengatakan, ada perlawanan bola sepak, Piala Suzuki, antara Malaysia dengan Thailand di Bangkok. Suruh pergi tonton. TidakDSCF1225 mahu lama di Bangkok. Mati kutu. Sekarang hendak pulang sahaja. Visa tinggal 12 hari. Di mini marketnya ada mesen timbang. Timbang berat badan. Terkejut beruk, berat sekarang ialah 53 kilogram. Semasa meninggalkan rumah berat badan ialah 69 kilogram.

Hari 47: Rabu, 12 Disember 2012

Bangkok – Pechaburi

170 kilometer

Kayuhan hari ini adalah permulaan fasa baru “Kayuhan Merentas Asia Tenggara”. Fasa ke-4. Bangkok – Semenyih. Anak ada SMS mengatakan Karim hendak sambung kayuhannya bermula dari Bangkok. Tidak boleh tunggu. Akan ada masalah. Ia boleh sambung kayuhannya di mana-mana sesuai selepas Bangkok. Jikalau ia hendak memulakannya juga dari Bangkok, ia kena lakukannya secara solo. Kalau bersama tidak boleh dari Bangkok. Masa terhad. Kalaulah memilih untuk naik keretapi atau kenderaan lain. Karim tahu situasi ini telah beritahu semasa di Aranyaprathet.

Jam 6.00 pagi meninggalkan stesyen minyak Phetkassem Road menuju ke selatan. Kayuhan lancar. Maklumat dan nota yang diberi oleh individu semalam sangat membantu. Tanya seorang sahaja. Kadang-kadang tanda jalan hilang. Tanda jalan di Bangkok di tulis dengan tulisan rumi di samping tulisan Thai. Selepas ini bandarnya ialah Samut Sakhon. Kayuhan lancar dan laju. Datar. Jalan di Thailand selesa, luas dan ada lorong basikal. Tidak perlu bimbang. Pemandunya berdisiplin.

Berhenti minum beberapa kali, di stesyen minyaknya. Moden, sesetengahnya  lebih baik daripada yang di Malaysia. Ada mini market 24 jam, kadang-kadang ada hotel juga jikalau hendak bermalam di hotel. Makanan halal banyak. Tidak ada masalah lagi untuk mendapatkan makanan siap. Tidak perlu lagi masih. Alat memasak sudah tiga hari digantung. Walaupun bahan mentah masih banyak. Cuaca tidak jadi masalah.

Jam 3.00 sampai di destinasi dan cari tempat berkhemah. Kali ini di suatu tempat yang ada jejambat dan sunyi.

Hari 48: Khamis, 13 Disember 2012

Phechaburi – Thap Sakae

194 kilometer

Tempat berkhemah ini yang disangka sunyi, rupanya tidak. Apabila malam ada banyak lampu, terang benderang. Kenderaan lalu lalang, menyebabkan ia tidak sunyi. Walau bagaimanapun tidur dengan nyenyak. Letih.

Kayuhan dimulakan ada jam 6.00 pagi. Laju. Dalam sebuah yang dibaca, mengatakan anjing di Thailand suka mengejar. Dari Aranyaprathet hingga ke Bangkok tidak ada anjing yang mengejar tetapi apabila menuju ke selatan, selalu. Tertekan sedikit. Kadang-kadang hingga empat, lima ekor. Tidak menggigit tetapi risau juga.

Kayuhan kali ini adalah paling jauh iaitu 194 kilometer.

Hari 49: Jumaat, 14 Disember 2012

Thap Sakae – Chumphon

150 kilometer

Jam 6.00 pagi meninggalkan tempat berkhemah. Destinasi hari ini ialah Chumphon. Kayuhan dimulakan selepas sarapan, merupakan dua kotak susu segar dan biskut. Cuaca umumnya tidak ada masalah. Walaupun ada hujan sedikit tetapi setelah berehat di sebuah stesyen minyak. Walaupun telah mudah mendapatkan halal tetapi masih belum makan nasi. Sudah tiga hari. Masih sukar hendak jumpa restoran atau warung milik orang Islam di sepanjang jalan. Hanya makan roti sahaja.

Jikalau dari Aranyaprathet hingga Thap Sakae jalan rayanya datar dan boleh membuat pecutan tetapi di sini keadaannya berubah, sudah mula turun dan naik bukit. Biasalah kalau kedaannya begini kepenatan akan bertambah. Di Chumphon jalan raya dari utara akan berpecah dua satu akan ke selatan melalui Ranong dan satu lagi akan melalui Surathani.  Pilihannya ialah melalui Ranong dirancang sejak di Malaysia. Sudah simpan dalam otak. Walaupun yang melalui Surathani lebih sibuk dan dua lorong. Tentulah kemudahannya lebih daripada yang melalui Ranong, jalan satu lorong dan sunyi sedikit.

Berkhemah tidak jauh selepas Chumphon menghala ke Ranong di dalam ladang kelapa. Ada sebuah bangsal di situ. Tidak tahu pula di dalamnya ada perkampungan. Ada orang keluar masuk. Tetapi mereka tidak ambil peduli. Pada waktu Maghrib tuan punya bangsal datang, tidak tahu apa yang dia cakap, beritahu dari Malaysia hendak tompang bermalam. Menggunakan isyarat. Dia faham dan tidak ada masalah. Dirikan khemah dalam bangsal itu.

Hari 50: Sabtu, 15 Disember 2012

Chumphon – Ranong

105 kilometer.

Hari ini lewat sedikit meninggalkan tempat perkhemahan kerana di luar sejuk. Malam tadi hujan lebat. Nasib baik berkhemah dalam bangsal. Terlindung daripada hujan lebat itu. Cuaca pagi sejuk seronok berkayuh. Di hati rasa risau, bimbang hujan turun. Ada tanda-tanda hendak hujan. Sememangnya hujan turun. Sempat berteduh di sebuah perhentian bas, berhampiran ladang getah. 30 minit kemudian kayuhan diteruskan. Keadaan jalan raya sama seperti semalam tetapi teruk sedikit kerana ada lebih banyak bukit yang perlu didaki.

Ada juga jalan yang rosak. Basikal berada dalam keadaan yang sangat teruk. Lepas hujan. Tidak ada stesyen minyak yang besar. Kenderaan tidak banyak yang melalui laluan ini. Tentulah sunyi. Susah sedikit hendak mendapatkan bekalan makanan.

Karim beberapa kali SMS akan menyambung kayuhan dan berjanji akan berjumpa di Takua Pa, 170 kilometer dari Ranong. Tidak tahu siapa yang sampai dahulu. Kalau jalan datar tidak ada masalah.  Berhenti sekejap di stesyen minyak Ranong. Makan buah naga dan roti. Disebabkan masih siang teruskan kayuhan, tidak jauh daripada situ ternampak sebuah gerai menjual ayam golek. Ada tanda halal. Tidak jual separuh. Beli satu ekor dengan harga BATH 150.00. Makan malam ini kalau ada lebih simpan untuk esok. Ketagih, sudah lama tidak makan ayam. Dua ketul selesai di gerai itu. Selepas itu cari tempat berkhemah.

Hari 51: Ahad, 16 Disember 2012.

Ranong – Takua Pa

170 kilometer

Hari ini akan ke Takua Pa. Karim beritahu ia akan sambung kayuhan bermula dari sini. 170 kilometer satu jarak yang jauh. Dari Semenyih ke Muar. Sebelum memulakan kayuhan hendak sarapan baki ayam golek semalam. Ia telah menjadi mangsa semut. Banyak sekali dan buang. Tidak solat Subuh di situ. Tetapi lakukannya di sebuah wakaf tidak jauh daripada tempat berkhemah. Sarapan pagi juga di situ. Masih ada roti dan susu segar.

DSCF1230Di suatu tempat sedang rancak mengayuh tiba-tiba tayar belakang bocor. Ini adalah kali yang ke empat. Yang pertama di Thailand. Berhenti di sebuah kilang kayu ganti tiub baru. Bila mulakan kayuhan basikal berbunyi, berhenti lagi, taruh minyak. Masih sama. Banyak berhenti kerana bunyi ini. Mengambil masa hendak memunggah barang-barang daripada basikal. Akhirnya masalah dikenal pasti, rim tidak dipasang dengan elok. Berhenti makan di sebuah warung. Sekarang semakin mudah mendapatkan makanan. Telah berjumpa masjid pun di tepi jalan. Makan ikan bakar, nasi dan mi rebus ayam. Harganya BATH50.00.

Tidak menghubungi Karim kerana tidak tahu nombor telefonnya di Thailand. Sentiasa ‘ on ‘ telefon di setiap perhentian, kalau-kalau ada SMSnya. Kosong. Sampai di Takua Pa pada waktu Maghrib. Ternampak sebuah masjid dan berhenti di situ. Lihat kalau ada Karim di situ. Tanya juga jemaah yang ada. Tidak solat berjemaah dengan mereka kerana baharu sampai dan belum mandi. Semasa mereka solat pergi makan di gerai yang berdekatan. Masih belum terima SMS daripada Karim. Selepas mandi dapat panggilan daripada Karim, ia sudah berada di suatu lokasi di tepi laut, menuju ke Pukhet. Tidak jauh dari Takua Pa. Esok akan jumpa. Hari telah gelap dan masing-masing keletihan.

Berbual dengan jemaah semasa hendak menunggu waktu Isyak. Dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Rasa Seronok. Masjid pertama bermalam. Mereka tawarkan sebuah bilik. Tetapi akhirnya lebih selesa di dalam khemah di tempat letak kereta berbumbung di hadapan masjid.

DSCF1229Hari 52: Isnin, 17 Disember 2012

Takua Pa -Kampung Ne Yuan.

130 kilometer

Buat pertama kali dalam kayuhan ini Subuh di masjid dan berjemaah. Alhamdulillah. Selepas Subuh seperti yang dijanjikan, Benjamin dan beberapa jemaah membawa pergi makan di sebuah warung Terengganu. Dikendalikan oleh seorang wanita dari Terengganu. Turut serta imam masjid yang fasih berbahasa Melayu dan pernah tinggal di Satun. Makan nasi kerabu, kopi susu, roti bom dan telur mata kerbau. Benjamin hantar pulang semula ke masjid dengan motor.

Pada jam 7.00 pagi telefon Karim kerana sudah sedia untuk memulakan kayuhan. Kayuhan ke Krabi pun bermula. Kayuhan perlahan, turun naik bukit. Tidak dapat pergi jauh. Sampai di sebuah perkampungan Islam berhenti makan, nasi ayam. Dua pinggan seorang. BATH100.00 ( RM10.00 ) murah.

4.30 petang sampai di Kampung Ne Yuan. Krabi ada 37 kilometer lagi. Di sini ternampak dua buah kereta menggunakan no. pendaftaran Kedah. Sememangnya dari Kedah. Baru pulang dari Pukhet. Mereka membekalkan roti, kaya, sos dan mi segera. Bermalam di masjid ini.

Hari 53: Selasa, 18 Disember 2012

Kampung Ne Yuan – Trang

173 kilometer

Hari ke sembilan berada di Thailand. Visa ada lima hari lagi. Rasanya boleh sampai di sempadan lebih awal . Tidak perlu naik keretapi atau lain-lain. Tidak ada jemaah untuk pagi ini. Lama menunggu. Akhirnya Karim menjadi imam. Sarapan sebelum subuh lagi, teh dan roti dari Malaysia. Jam 7.00 pagi mulakan kayuhan. Berjalan lancar. Di sebuah perkampung Islam berhenti makan. Nasi kerabu, teh dan dua biji telur. Karim pun sama tetapi tambah dengan nasi air. Harganya BATH100.00.

Waktu zohor berhenti di sebuah masjid. Selepas itu tidak jumpa lagi masjid. Tidak kelihatan orang yang bersongkok atau berketayap. Tidak jumpa juga kaum wanita yang bertudung. Kawasan Budha. Hari makin gelap. Tempat bermalam menjadi masalah. Hingga jam 6.00 petang belum lagi jumpa masjid. Bila masuk bandar Trang keadaan makin rumit.  Hari yang gelap menjadi gulita. Beberapa pertanyaan dibuat tetapi tidak menyelesaikan masalah. Sehingga berjumpa seorang lelaki, tidak tahu agamanya, ia memberitahu arah masjid dan hilang, kemudian muncul semula menunjukkan arah,  hilang lagi. Ia menggunakan motosikal. Selepas itu hilang lagi sehingga jumpa lorong ke masjid ia memandu arahnya dari jauh. Ia mengikuti daripada belakang agaknya. Bila tercari-cari dan tertanya-tanya ia muncul di hadapan tanpa kami sedari. Ia pastikan masjid ditemui pada malam itu. Ia seorang yang baik. Terkilan tidak dapat berkenalan dengannya, hilang lagi selepas itu.

Nama masjid ini ialah Nur-Madinah. Tersorok. Waktu malam pula penglihatan terhad. Berdekatan masjid ada warung, diusahakan oleh imam masjid yang fasih berbahasa Melayu. Makan  di situ. Di sini lebih ramai yang fasih berbahasa Melayu. Sudah hampir dengan sempadan.

DSCF1231Hari 54: Rabu, 19 Disember 2012

Trang – Kampung Wang Pring

114  kilometer

Perjalanan jauh, sampai malam, tertekan dan letih menyebabkan tidur dengan nyenyak. Biasanya pukul 4.00 pagi sudah bangun tidur. Kali ini pukul 5.00 pagi. Itu pun kerana siak masjid telah membuka lampu dan azan akan dikumandangkan. Selepas solat Subuh datang satu kumpulan dari Phatalong. Mereka hendak menjual getah, kalau-kalau harganya lebih baik daripada yang di Hadyaai. Melayu, ada di antara mereka yang pernah ke Malaysia. Selalu. Ada banyak RM di tangannya. Mereka belanja sarapan pagi itu. Imam masjid pandai buat roti canai. Sejak mulakan kayuhan tidak pernah makan roti canai. Hari ini lepaskan gian. Dua keping seorang.

Destinasi hari ini ialah Satun, 140 kilometer dari sini. Akan pulang ke Malaysia melalui pintu ini. Ikut Wang Kelian, Perlis. Dalam perancangan ikut Bukit  Kayu Hitam. Akan lewat sehari. Pada jam 1.30 tengah hari berhenti Solat dan ada jemaah tabligh di masjid ini. Mereka jemput makan, nasi Arab dan berlaukan daging. Dalam kayuhan ini juga ditimpa hujan. Sangat lebat tetapi sekejap sahaja. Dapat menyelamatkan diri kerana berada di dalam pekan.

4.30 petang, hari beransur gelap dan Satun masih jauh. 33 kilometer lagi.  Berhenti mengayuh di sebuah masjid. Masjid berada di sebelah kanan. Buat pusingan tajam. Tidak dapat mengawal basikal, terjatuh di tengah jalan. Bernasib kerana kereta di kiri kanan jalan berada jauh.  Tidak cedera.  Alhamdulillah. Kali ketiga jatuh basikal. Kena lebih berhati-hati dan sabar.

Esok kalau tidak ada rintang akan menyeberang sempadan. Basikal sudah mula buat hal. Maklumlah sudah berjalan jauh. Tidak pernah servis sepenuhnya. Tidak ada kemahiran. Lagipun basikal ini sudah lima tahun digunakan secara lasak. Sudah mengelilingi Semenanjung Malaysia, Jelajah Malaysia Timur dan Brunei, dari Sematan ke Tawau.  Merentas Indonesia dari Acheh hingga ke Bali dan kini Merentas Asia Tenggara  dari Hanoi ke Semenyih. Tidak termasuk yang dekat seperti ke Padang Besar, ke Singapura dan lain-lain. Agaknya sudah 20,000 kilometer. Sepatutnya sudah diganti baru. Kalau ada wang ia sudah patut dibesarakan.

Oleh sebab sudah hampir dengan Malaysia tidaklah risau sangat. Lagipun tidak rosak teruk, ia masih boleh dikayuh tetapi tidak laju. Hanya bila tukar gear tiga rantai basikal akan terlepas. Tidak gunakan gear ini. Gunakan gear dua dan satu sahaja.

DSCF1233Hari 55:  Khamis, 20 Disember 2012

Kampung Wang Pring – Kampung Kebun Jati       ( Perlis )

80 kilometer

Hari ini akan menyeberangi sempadan, Insyaallah. Setelah sarapan pagi, mi segera tiga bungkus, 4 biji telur dan sayur kangkong yang dikutip di sekitar masjid, bersiap hendak memulakan kayuhan, pereksa tayar, didapati tayar belakang bocor lagi. Kedua di Thailand dan yang kelima dikeseluruhan kayuhan. Ganti tiub baru. Tiub yang dibawa tinggal dua lagi. Kayuhan masih ada lebih kurang 650 kilometer lagi. Nasib baiknya sudah hampir dengan Malaysia. Ada banyak kedai basikal. Tentulah mudah untuk mendapatkan tiub. Tidak boleh pinjam tiub Karim kerana saiznya tidak sama.

Sangkaan awal Satun berada 33 kilometer dari sini dan pintu masuk di sebelah Thailand untuk ke Malaysia, rupa-rupanya tidak. Pintu masuk melalui Satun ialah Wang Pra Chan, 35 kilometer dari Satun. Ini bermakna masih jauh 65 kilometer lagi dari sempadan. Tidak ada tanda jalan untuk ke sana. Orang tempatan walaupun majoriti boleh berbahasa Melayu tidak dapat memberi arah yang betul dan tepat. Setelah beberapa pertanyaan dapat keluar dari pekan Satun dan sampai di Wang Pra Chan pada jam 1.30 tengah hari. Urusan imegresen di sini mudah tidak ramai orang dan di Wang Kelian juga sama.

Hati rasa lega, dan rasa gembira kerana kayuhan ini telah berjaya. Sekurang-kurangnya telah sampai di Malaysia. Berehat sekejap. Mengingati semula semasa kayuhan Mengelilingi Semenanjung Malaysia dahulu, keadaan tempat ini tidak berubah, kurang promosi agaknya. Sekali lagi tayar belakang bocor. Dahulu di sini juga berlaku kebocoran pada tayar belakang. Selepas diganti teruskan kayuhan. Daki bukit yang sama, lalu laluan yang sama. Berhenti makan laksa di sebuah gerai. Kini telah berada  di Malaysia dan cari masjid untuk bermalam. Dua malam di sini kerana esok Jumaat, sudah lama tidak solat Jumaat.

Kampung ini juga dikenali sebagai Kampung Chantik.

Hari 56: Jumaat,  21 Disember 2012

Kampung Cantik – Kampung Seriab

35 kilometer

Hari Jumaat sepatutnya tidak mengayuh. Kampung ini terpencil sedikit. Tidak dapat hendak pergi ke mana-mana. Ambil keputusan meninggalkan masjid ke satu destinasi yang belum diketahui. Yang pasti ialah ke selatan. Selepas solat Jumaat memulakan kayuhan. Apabila sampai di sebuah masjid di sebuah kampung pada jam 4.30 petang berhenti mengayuh. Akan bermalam di masjid ini.

Nama masjid ini ialah masjid al-Mustaqim, Kampung Seriab. Pada sebelah malamnya berjumpa dengan seorang jemaah yang telah berusia 67 tahun tetapi masih gagah mengayuh, pernah ke Bukit Frazer dan Cameroon Highland. Ia pernah juga mengayuh di selatan Siam.

Kayuhan ini adalah yang paling dekat sekali iaitu 35 kilometer dalam masa satu hari.

Hari 57: Sabtu, 22 Disember 2012

Kampung Seriab – Teluk Air Tawar, Pulau Pinang

130 kilometer

Di masjid al-Taqwa pagi ini ada ramai jemaah. Ada tiga buah bas. Rombongan agaknya, tidak tahu dari mana. Hari ini cuba mengaktifkan telefon. Beberapa kali berhenti kerana sejak masuk ke Malaysia belum dapat menghubungi keluarga. Bila sampai di Sungai Petani cuba juga tetapi ia telah ditutup pada jam 2.00.

Objektif kayuhan hari ini adalah Sungai Petani, disebabkan masih awal kayuhan diteruskan sehingga ke Teluk Air Tawar. Singgah di masjid di sini dan akan bermalam di sini. Sampai pada jam 5.15 petang.

Hari 58: Ahad, 23 Disember 2012

Teluk Air Tawar – Kuala Kangsar

125 kilometer

Malam tidur dengan nyenyak kerana berada dalam keadaan yang selamat. Masjid ada jaga. Kawan Karim. Seorang jemaah bernama Salam datang berbual dan berakhir pada jam 11.00 malam, lewat tidur tentulah mengantuk. Pagi ini sarapan pagi ditaja oleh Salam. Ia nampaknya sangat berminat dengan pengembaraan berbasikal ini. Banyak soalan yang dikemukan.

Pada jam 8.00 pagi kayuhan dimulakan. Cuaca berada dalam keadaan yang baik. Tidak ada masalah. Cuma masih tidak dapat jalan yang diikuti semasa ke Padang Besar dahulu. Masih mengikut laluan Kayuhan Mengelilingi Semananjung untuk keluar dari Butterworth. Sampai di Titi Serong pada jam 12.00 tengah hari dan berhenti makan di sini.

Sampai di Kuala Kangsar pada jam 5.00 petang dan bermalam di masjid Ridhwaniah. Ada ramai jemaah ada empat saf. Ada kuliah Isyak juga dan akan berakhir pada jam 10.00 malam, kata seorang jemaah.

Hari 59: Isnin, 24 Disember 2012

Kuala Kangsar – Sungkai

130 kilometer

Meninggalkan masjid al-Ridhwaniah tanpa sarapan pagi tetapi tidak jauh dari situ berhenti di sebuah gerai, makan nasi lemak. Dua pinggan seorang dan telur biji mata kerbau seorang dua biji. Kayuhan pagi ini dalam keadaan cuaca yang baik. Mendung. Keadaan jalan raya tidak memuaskan. Tiub yang bocor yang digunakan sejak Kemboja dahulu terpaksa dibersarakan kerana semakin kerap hendak berhenti untuk dipam. Makin banyak angin yang keluar. Setiap 20 kilometer terpaksa berhenti dan pam. Ganti dengan tiub baru di sebuah stesyen minyak. Tayar hadapan mudak menguruskannya tidak payah punggah barang-barang daripada basikal.

Hari ini nasib malang lagi kerana terjatuh basikal. Melanggar pasir yang dalam yang berada di tepi jalan. Tidak dapat mengawal basikal dan terjatuh. Tidak jadi apa-apa. Tetapi penyangkut bag patah. Bag terpaksa diikat dengan tali getah  kepada basikal. Berhenti makan bila sampai di Tapah.

Memandangkan masih awal terus berkayuh hingga ke Sungkai. Berhenti di sebuah masjid di tepi jalan pada jam 4.45 petang. Akan bermalam di masjid ini.

Hari 60: Selasa, 25 Disember 2012

Sungkai – Rawang

95 kilometer

Setelah sarapan pagi yang merupakan mihon segera,roti dan dua biji telur, kayuhan hendak dimulakan. Picit tayar hadapan yang tiubnya diganti semalam, tidak berangin pula dan pam. Tidak lama kemudian lembik semula dan terpaksa ganti dengan tiub yang baru. Tiub yang terakhir. Tujuh unit tiub yang dibawa dahulu semuanya telah digunakan. Ini bermakna sudah tidak ada tiub ganti lagi. Akan ada masalah jika ia pancit. Terpaksa tolak.

Kebetulan pada masa itu datang seorang guru yang berminat dengan basikal. Ia menawarkan tiub yang ada dalam simpanan. Alhamdulillah. Nanti di pekan yang terdekat iaitu Tanjung Malim akan beli lagi sebagai tambahan. Tidak boleh pinjam tiub Karim kerana saiz tidak sama. Setelah semuanya selesai mulakan kayuhan. Awal telah sampai di Rawang. Boleh sampai di rumah hari ini juga kalau mahu. Tetapi tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya semasa malalui Kuala Lumpur nanti tangguhkan kayuhan hingga esok hari. Bermalam di sebuah masjid di sini dan dirikan khemah di tepi sungai.

Hari 61: Rabu, 26 Disember 2012

Rawang – Semenyih

54 kilometer

Hari terakhir kayuhan. Selepas solat subuh bersiap sedia untuk menamatkan kayuhan ini. Awal pagi meninggalkan masjid. Tiada sarapan, anggapan akan berhenti makan di mana-mana sahaja yang sesuai. Bukit Templer tidak ada masalah didaki. Pulang mengikut Jalan Duta. Rasanya itulah yang paling dekat. Itu sahaja jalan yang diketahui untuk ke selatan, kalau ikut jalan lama. Lepas itu Jalan Parlimen dan Jalan Cheras. Masuk lebuh raya LITRAK ke Kajang. Susur keluar di Sungai Sikamat. Di sebuah restoran berhenti makan. Selepas itu kayuhan diterus masuk semula lebuh raya yang sama. Susur ke luar ke Jalan Semenyih dan pulang ke rumah. Sampai pada jam 11.00 pagi.

006Rumah dalam keadaan yang sunyi. Seperti tidak berorang. Isteri dan anak-anak tidak tahu. Selama di Malaysia tidak dapat menghubungi mereka. Masalah telefon. Tidak pula menukar kepada kad sim yang baru. Kunci rumah ada dibawa bersama. Tidak ada masalah untuk masuk. Bila masuk masih sunyi. Tidak lama kemudian isteri turun, rupa-rupanya ia sedang menjaga cucu di tingkat atas. Sedang tidur.

Bersyukur kepada Allah kerana selamat sampai. Tidak ada masalah. Cuma badan merosot dengan banyaknya. Isteri kata bukan kurus lagi tetapi kurus kering. Lebih ringan daripada anak-anak jika timbangan semasa di Bangkok dahulu diambil kira, iaitu 53 kilogram.

Akhir kata diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan kayuhan ini. Terima kasih semua. Jasa tuan/puan Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Gambar dan nota yang dihantar oleh Mr Ming sebulan setelah berada di rumah.

001

002003


9 Comments so far
Leave a comment

tabik hormat dari saya.teringin buat touring begini satu hari nanti

Comment by azli

Saudara mampu lakukan, yang penting keazaman, jaga kesihatan, buat latihan mengayuh dan mendaki, dan berdoa.

Comment by hajimeli

saya baru je mula berkayuh dalam 2 bulan.buat masa ni selalu berkayuh malam je setiap hari jika tak hujan atau xde hal lain.itu pun sekitar 10-20km je.belum pernah kayuh lebih dari 40km satu hari.baca blog tuan, membuatkan saya menanam impian untuk berkayuh lebih jauh dan membuat touring mcm ni jika diizinkan Allah🙂

Comment by azli

Kasi hormat kepada Tuan Hajimeli and Tuan Karim!

Saya bertemu Tuan Karim pada suatu hari di padang Sunway Semenyih. Masa itu hujan, kami bertunggu di pondok and sembang, dapat tahu kayuhan ini. Saya amat berbangga kerana ketabahan tuan. Saya harap saya sanggup buat satu kayuhan suatu hari.

Comment by Yuen Tin Yap

Tuan boleh lakukannya kalau ada keazaman

Comment by hajimeli

Assalamualaikum Cikgu Meli… saya bangga kerana cikgu mengabadikan pertemuan kita dlm catatan perjalanan cikgu semasa perjumpaan kita di Masjid Daerah Telok Air Tawar Butterworth…. InsaAllah ada izin Allah kita jumpa lagi … ya, mungkin dikayuhan Semenyih -Jeddah-Mecca-Madinah-Semenyih- sptmana yg cikgu ceritakan/rancangkan…

Comment by Abd Salam Mohd Ali

Waalaikum salam! Apa khabar? Saya dan saudara Karim sihat. Sedang merancang ke destinasi berikutnya, seperti yang diberitahu. Semoga menjadi kenyataan Inshaallah. Terima kasih di atas layanan saudara tempoh hari. Mudah-mudahan boleh berjumpa lagi. Kalau tidak keberatan, berikan nombor telefon saudara untuk kita berhubung pada masa akan datang.

Comment by hajimeli

assalamualaikum tuan,sy sgt berminat dgn cerita tuan..
boleh sy berkenalan dgn tuan dgn lebih rapat lagi?..kalau boleh nk berjumpa dgn tuan sembang2,sy perlukan sedikit nasihat utk misi kayuhan saya tidak lama lagi..terima kasih

Comment by angah

Tidak ada masalah. Tinggal di mana? Kayuhan ke Mekah gagal. Samapai di Jordan. Tidak dapat visa Arab Saudi. Kini merancang kayuhan baru. Inshaallah tahun depan.

Comment by hajimeli




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: