Hajimeli's Blog


Kayuhan Dan Berjalan Kaki Jelajah Selangor
05/01/2014, 2:46 pm
Filed under: Uncategorized

jelajah selangor 005Kayuhan Dan Berjalan Kaki Jelajah Selangor adalah satu aktiviti santai yang dirancang oleh Saudara Abu Samah Dan Haji Ramli Md.Nor. Nama sahaja jelajah Selangor tetapi jaraknya tidak melambangkan keluasan negeri Selangor dan tidak semua daerah yang dilawati. Keseluruhan jarak ialah 340 kilometer sahaja. Mengambil masa 5 hari. Telah dilakukan pada 25 – 29 Disember 2013. Bermula di hadapan Pejabat ADUN Semenyih dan berakhir di Taman Desa Mewah. Pesertanya terdiri daripada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Iaitu Saudara Abu Samah ( 65 tahun ), Saudara Karim ( 63 tahun ), Haji Ramli Yusop ( 62 tahun ) dan Haji Ramli Md. Nor ( 60 tahun ). ADUN Semenyih Yang Berhormat Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz telah melakukan upacara pelepasan pada jam 9.30 pagi. Destinisi pertama ialah Bandar Klang. Melalui Dengkil, Pinggir Pekan Banting, Telok Panglima Garang. Berakhir di Taman Maznah, Kelang. Cuaca di sebelah pagi menarik, kayuhan berjalan lancar. Setiap 10 – 12 kilometer berhenti rehat. Haji Ramli Md. jelajah selangor 006Nor sebenarnya bukan pengayuh tegar. Dia adalah seorang pelari marathon dan pendaki. Ini adalah kali pertama ia menyertai kayuhan jarak jauh. 10 -12 kilometer adalah sesuai untuk berhenti rehat antara 5 – 10 minit. Berlari dan berbasikal tidak sama. Di bandar Kelang ditimpa hujan lebat. Di hadapan Hospital Tengku Ampuan Rahimah berhenti berteduh. Hadapi masalah mencari tempat penginapan di Taman Maznah. Setelah lama mencari dan membuat beberapa pertanyaan akhirnya jumpa juga. Tidak ada jalan kaki secara rasmi pada hari ini.

Destinisi hari yang kedua ialah Sungai Yu di Kuala Selangor. Melalui Meru, Sementa, Jeram, dan Kuala Selangor. Satu lagi hari yang menarik, kayuhan berjalan lancar. Juga tidak berjalan kaki. Tidak ada bukit. Sampai di Sementa telefon Wak Rahim, hendak melihat bag basikal yang dibuatnya. Bercadang hendak tempah. Wak Rahim menjemput ke rumah dan ia menunjukkan jelajah selangor 020jalan ke Jeram mengikut jalan kampung dan kelapa sawit. Jalan ini sunyi kerana kenderaan sangatlah kurang. Di Warung Seputih Kasih berhenti makan tengah hari. Memang sudah dirancang. Pemilik warung Cik Ema menghidangkan lemang yang bercampur jagung. Sambal kerang dan kerang bakar. Sedap. Di sini ada acara sambutan dibuat di masjid, disambut dengan paluan kompang. Di masjid telah menunggu Yang Berhormat Dato’ Amiruddin dan jemaah yang lain. Solat Zohor di sini. Makan tengah hari sekali lagi bersama Dato’ Amiruddin dan yang lain. Ada asam pedas ikan pari. Walaupun masih kenyang tak dapat hendak tolak. Kayuhan diteruskan ke Sungai Yu. Berhenti rehat di hadapan masjid Kuala Selangor. Tiba-tiba Hamdan muncul. Berborak sekejap dengannya. Terjumpa juga sekumpulan pengayuh yang melihat jalan antara Kuala Lumpur dengan Kuala Selangor. Mereka bercadang hendak mengayuh mengikut laluan ini. Di Sungai Yu juga ada sambutan. Di sini ada jeti memunggah ikan. Ada pelbagai perusahaan di sini. jelajah selangor 022Mereka bercadang untuk menjadi kawasan ini kawasan pelancongan. Ada chalet untuk bermalam. RM60.00 semalam. Sebelah malam ada majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh saudara Abu Samah ( Pak Cat ). Jamuan makan malam disediakan oleh penduduk Kampung Sungai Yu. Hidangan yang menarik malam ini ialah nasi ambang. Tidak pernah makan nasi ini. Kali pertama. Kombinasi nasi, mihon, soun, me. Lauk ayam bakar dan digaul dengan sambal yang diperbuat daripada kelapa parut, warna kekuning-kuningan. Sudah tentulah makanan tradisi orang Jawa. Selain itu ada gulai ikan masin dengan nenas, kerang bakar, ikan bakar, ikan masin goreng, ulam-ulaman dan lain-lain. Turut hadir malam ini ialah Yang Berhormat Saudara Sulaiman. Bermalam di chalet.

Destinisi hari yang ketiga ialah Ijok dengan melalui Tanjung Karang, Kampung Raja Muda Musa dan Bestari Jaya. Keluar daripada chalet lambat sedikit. Jalan kaki hingga ke jalan utama ke Tanjung Karang. Jarak di antara Sungai Yu  dan Tanjung Karang ialah lapan kilometer. jelajah selangor 038Sarapan pagi di sini. Ditaja oleh Belia 4B Tanjung Karang. Hari ini ialah hari Jumaat singgah solat Jumaat di masjid Raja Muda Musa, Kampung Raja Muda Musa. Makan tengah hari di Taman Agroteknologi Pertanian, Bestari Jaya. Hidangan ikan air tawar dan ulaman. Mereka juga menyediakan dua troli  buah pulasan. Longkah dan manis. Makan sepuas-puasnya. Pokok pulasan itu di tanam kawasan ini. Tuan punya taman memberi ceramah motivasi yang berkaitan dengan penternakan ikan. Sebelum sampai ke taman ini telah terbabas sejauh enam kilometer di persimpangan ke Ijok dan terpaksa berpatah balik. Sudah buat temujanji. Dalam perjalanan ke Ijok telah ditimpa hujan. Tidak dapat menyelamatkan diri. Basah kuyup. Kayuhan diteruskan hingga ke tempat penginapan.

Pada hari yang keempat berkayuh ke Kemensah. Melalui Batu Arang, Rawang, Templer Park, Selayang dan Ulu Kelang berhampiran dengan Zoo Negara. Fasa ini boleh tahan juga kerana jelajah selangor 060banyak bukit yang perlu didaki. Walau bagaimanapun jalannya baik. Sebelum memulakan kayuhan tukar tiub kerana tayar pancit. Sehingga ke hari ini hanya satu tiub sahaja yang bocor. Rakan-rakan yang lain semuanya tidak ada masalah. Bila hendak mendaki sebuah bukit rantai basikal Haji Ramli Md.Nor menghadapi masalah. Masih boleh mengayuh tetapi tidak selancar seperti sebelumnya. Cari kedai basikal di Rawang, sukar. Tidak perbaiki rantai ini. Haji Ramli kata teruskan kayuhan. Makan tengah hari di rumah adik ipar Haji Ramli Md. Nor di Kemensah Height. Sebelum sampai ke rumah mereka terpaksa mendaki sebuah bukit yang curam. Hidangan Nasi Bukhara kambing. Berbaloi mendaki bukit itu. Bermalam di Teratak Angah.  Beri juga ceramah di masjid al-Amin, Kemensah Height pada malamnya.

Hari terakhir ialah kayuhan pulang ke rumah masing-masing. Melalui Ampang, Batu 14, Lebuh Raya Lekas dan Balakong. Keluar awal kerana hendak jalan kaki dari Teratak Angah hingga di jelajah selangor 068hadapan Zoo Negara yang jaraknya enam kilometer. Seperti semalam kayuhan hari ini boleh tahan juga cabarannya. Selain daripada keadaan lalu lintas, perlu mendaki beberapa bukit, seperti Bukit Ampang. Bukit Ampang seperti yang dirancang akan mendaki secara berjalan kaki. Jaraknya ialah empat kilometer daripada kaki bukit hingga ke puncaknya. Lepas itu menurun berbasikal hingga ke lampu terafik. Di Balakong ada dua bukit yang perlu didaki berturut-turut. Kalau berani lepas brek semasa menurun ia boleh mencecah kelajuan 70 kilometer sejam. Dengan sedikit kayuhan boleh terus sampai ke rumah. Sampai di Taman Desa Mewah pada jam 2.00 petang. Singgah sekejap di sebuah restoran untuk minum kerana lepas ini akan pulang ke rumah masing-masing. Hamdan menyampaikan cenderahati yang merupakan sebuah cawan yang ada gambar yang diambil semasa pelapasan dahulu. Pulang ke rumah dengan berjalan kaki kerana rumah dekat dengan restoran itu, lebih kurang 200 meter, yang lain terpaksalah menyambung kayuhan.

jelajah selangor 007jelajah selangor 008jelajah selangor 012jelajah selangor 026jelajah selangor 011jelajah selangor 014jelajah selangor 016jelajah selangor 017jelajah selangor 019jelajah selangor 027jelajah selangor 030jelajah selangor 033jelajah selangor 034jelajah selangor 037jelajah selangor 045jelajah selangor 046jelajah selangor 047jelajah selangor 048jelajah selangor 049jelajah selangor 053jelajah selangor 055jelajah selangor 057jelajah selangor 063jelajah selangor 066jelajah selangor 067


9 Comments so far
Leave a comment

Saya baru terperasan blog ni. Tahniah kerana bersukan untuk menjaga kesihatan badan. Masih membuat aktiviti berbasikal lagi ke?

Comment by Hadi

Masih. Baru tiga hari pulang dari Kupang, Indonesia. 53 hari. Dari Kuching – Pontianak – Banjarmasin – Balikpapan – Sulawesi – Lombok – Sumbawa – Flores dan Kupang.

Comment by hajimeli

Berkayuh di sana??

Comment by Hadi

Berkayuh, mula dari Kuching,Entikong, Pontianak, Banjarmasin, Balikpapan di Borneo, Sulawesi Selatan, mula di Makassar, Jeneponto, Bira, Polopo City, Enrikang, Parepare dan balik semula ke Makassar. Lepas itu Lombok hingga ke Pulau Timor sempadan Timor Leste. Sepatutnya ke Australasia. Disebabkan akan berpuasa, pulang. Akan sambung lepas hari raya. Kalau berminat boleh ikut.

Comment by hajimeli

Sungguh menarik. Saya umur 54 thn. Mula kayuh umur 50 thn (road bike). Lepas tu kena pulak serangan jantung. So kayuh santai se kali2 jarak dekat je. Besar kemungkinan tak boleh join dgn kesihatan skrg. Tapi blog ni bagi saya semangat untuk berkayuh. Ada blog entry on the trip dan gambar tak?

Comment by Hadi

Saya berumur 65 tahun. Rekod kayuhan saya ada di dalam blog ini. Satu lagi belum dipostkan. Belum selesai. Kayuhan Lambaian Kaabah. 12,000 KM, enam bulan kayuhan. Melibatkan sembilan buah negara. Tahun 2014 ketika berusia 63 tahun. Tidak dapat memasuki Arab Saudi, tidak ada visa. Saudara boleh baca kisah saya mungkin boleh dijadikan contoh. Latihan adalah faktor yang penting. Buat berdasarkan kemampuan. Santai sahaja. Di Idonesia kali ini tidak tahu bila boleh ditulis.

Comment by hajimeli

Sejak bila Tuan Haji mula beraktiviti berkayuh?

Comment by hadi

Ada di dalam blog ini di bawah tajuk ” Sejarah basikal dan kayuhan Haji Meli “

Comment by hajimeli

Ada di dalam blog ini di bawah tajuk ” Sejarah basikal dan kayuhan Haji Meli “

Comment by hajimeli




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: