Hajimeli's Blog


Mendaki Gunung Tahan
19/02/2011, 3:59 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

Idea untuk mendaki Gunung Tahan ini datang lama dahulu. Sejak berjinak dengan aktiviti ini semasa masih bekerja. Ia datang apabila berjaya saDSCF0006mpai ke puncak Gunung Nuang. Menyatakan hasrat ini kepada seorang pendaki lain. Bercita-cita untuk sampai ke puncak yang terkenal iaitu Ledang dan Tahan. Puncak Ledang telah ditawan dalam satu ekspedisi yang dikenali sebagai Ekspedisi Mendaki Gunung Ledang di Asahan Melaka pada 23 Januari hingga 24 Januari 2010, anjuran Badan Kebajikan Staf, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.

Sebelum ke Jepun ada juga rakan yang mempelawa untuk mendaki Gunung Tahan tetapi tarikhnya sama dengan tarikh penerbangan ke Jepun. Hasrat ini terpaksa dipendam dahulu sehinggalah dalam satu latihan berbasikal saudara Shariff memberitahu ia ada menerima SMS daripada seorang rakannya yang bernama Rosli seorang guru di Negeri Sembilan, mempelawa untuk mendaki Gunung Tahan. Shariff ini banyak hubungannya tidak seperti saya yang suka bergerak solo dan biasanya tidak akan memberikan nombor telefon. Apatah lagi tidak mempunyai telefon bimbit. Kami bersetuju untuk menyertai ekspedisi ini dan Shariff akan disertai anaknya yang sulung, Shafik.

Selepas itu dimaklumkan Zambri juga akan menyertai dan KariDSCF0008m rakan semasa berbasikal mengelilingi Semenanjung turut serta. Tarikh yang diberi ialah 11 Februari hingga 15 Februari 2011. Di saat akhir Zambri terpaksa menarik diri kerana menyertai Maulidul Rasul. Tinggal kami berempat sahaja. Ada ramai pendaki daripada tempat lain yang akan menyertai pendakian ini. Cikgu Rosli memberi pilihan sama ada hendak menaiki bas ataupun kenderaan sendiri. Makan secara berkumpulan atau sendirian. Berkhemah secara beramai-ramai ataupun secara individu. Kami memilih menggunakan kenderaan, cukup sebuah kereta, makan sendiri dan khemah sendiri.

Seminggu sebelum pendakian membuat latihan mendaki dua buah gunung berturut-turut iaitu Gunung Tok Wan dan Gunung Nuang. Tujuannya untuk menguji kekuatan mental dan fizikal. Akan mendaki sebuah gunung yang mengambil masa tiga hari perjalanan, mestilah dicuba kemampuan yang ada. Jika tidak akan menjadi sia-sia.

11 Februari 2011, Jumaat, hari yang ditunggu-tunggu tiba. MeDSCF0009nunggu di rumah sejak pukul 3.00 petang kerana berjanji akan bertolak selepas Jumaat. Karim ada telefon, tepat pada waktu itu, ia sudah berada di Restoran Sayang Maju. Disebabkan Shariff yang akan memandu kereta belum bersedia, ia pulang semula ke rumahnya. Shariff sampai di rumah pada jam 4.20 petang dan terus ke rumah Karim Di Taman Sunway. Perjalanan untuk menawan Puncak Gunung Tahan pun bermula.

Pada jam 6.25 petang berhenti solat asar di masjid Bentung.

Pada jam 8.40 malam berhenti makan di sebuah gerai di Kuala Lipis. Makan nasi ayam.

Pada jam 11.00 malam sampai di Kampung Merapoh. Turut sama ialah Pak Ram dan Cikgu Rosli dan seorang rakan mereka. Kami bermalam di Masjid Merapoh.

12 Februari 2011,  Sabtu 4.55 pagi telah bangun tidur, selepas solat subuh DSCF0010sediakan sarapan pagi dengan mee segera dan nescafe.

Pada jam 8.00 pagi meninggalkan masjid Kampung Merapoh ke sebuah restoran. Di sini ahli-ahli kumpulan yang lain telah menunggu. Mereka datang dengan menaiki bas. Muda-muda belaka, ada juga kaum wanita. Tidak diketahui sama ada saya dan Karim yang paling tua. 60 dan 61 tahun. Semuanya pendaki tegar agaknya. Tidak mungkin mereka yang baru berjinak dengan gunung hendak mendaki Gunung Tahan. Gunung tertinggi di Semenanjung, dengan ketinggian 2,187 meter. Mengikut sumber ada seramai 48 orang yang akan menyertai pendakian ini.

Pada jam 9.00 pagi,  kami berempat bergerak ke Sungai Relau. Tidak boleh tunggu yang lain kerana ada antara mereka masih makan. Ada lebih baik menunggu di Sungai Relau yang jaraknya tujuh kilometer dari Kampung Merapoh. Di sini terdapat tempat perkelahan dan pejabat Taman Negara. Di sini juga nanti akan dilakukan pengistiharan barang-barang yang akan dibawa semasa mendaki. Langkah ini perlu diambil untuk menjaga kebersihan dan keaslian Tahan terkawal.

Pada jam 10.50 pagi setelah pengistiharan selesai pergerakaDSCF0011n diteruskan ke Kuala Jurum dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Satu kenderaan 12 orang. Jalan yang berturap tar ini sempit dan hanya kenderaan tertentu sahaja yang dibenarkan, bukan jalan untuk kegunaan awam. Berbukit bukau, boleh tahan juga tingginya, di kiri kanan jalan hutan rimba. Sampai di Kuala Juram pada jam 11.15 tengah hari. Oleh sebab kenderaan yang pertama masuk,  menunggu lagi. Di sini terdapat tempat pemeliharaan ikan kelah. Sudah tentu rasanya tidak sesedap ikan kelah liar. Makanannya pun telah berubah kepada dedak yang ditaburkan oleh pengunjung-pengunjung. Air sungainya cetek dan jernih. Banyak batu-batu di sungai ini. Terdapat juga kemudahan asas untuk kegunaan pengunjung.

Setelah semua ahli kumpulan sampai, setelah mereka makan satu taklimat diberikan, cukup ringkas dan doa dibacaka. Pendakian pun bermula. Membawa beg yang rasanya amat berat, tidak pernah dilakukan sebelum ini. Destinasinya ialah Kuala Luis yang jaraknya ialah lima kilometer. Perjalanan yang terpaksa meredah hutan rimba dan empat batang sungai yang separas lututDSCF0012. Perjalanan dimulai dengan menyeberangi jambatan gantung.  Memakai selipar sahaja kerana takut kasut akan basah. Jalan lembab, terpaksa berhati-hati. Dalam perjalanan terdapat juga bukit-bukit yang mencanak. Empat batang sungai yang diseberangi airnya jernih sekali dan sejuk, terdapat banyak batu batan, perlu juga berhati-hati, takut jatuh, nanti basah kuyup.

Pada jam 2.20 petang sampai di Kuala Luis, ketinggian 306 meter. Pendaki semuanya berhenti rehat. Ternampak pacat di kaki, jentik, ia tidak mahu lepas, seorang pendaki memasangkan rokoknya dan menghampirkan ke pacat tersebut, ia jatuh ke tanah. Di sini mula pakai kasut dan stokin. Walaupun terdapat anak sungai selepas ini ia tidak akan menyebabkan kasut basah. Perjalanan berikutnya ialah ke Lata Luis berketinggian 558 meter yang jaraknya enam kilometer dari Kuala Luis. Keadaannya sama, ada bukit bukau dan hutan rimba di kiri kanan laluan, tanahnya lembab. Menyeberangi beberapa anak sungai yang sangat cetek. Tidak berhenti rehat di Lata Luis DSCF0040sebalik akan berhenti di Kem Kor yang jaraknya 2.5 kilometer dari Lata Luis. Terdapat sebuah bukit yang mencanak dalam perjalanan ke Kem Kor.

Pada jam 5.15 petang sampai di Kem Kor, berehat sekejap dan pasang khemah kerana akan bermalam di sini. Semasa pasang khemah hujan turun, tidak lebat tetapi setelah khemah ditegakkan hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik khemah dua lapis. Itupun air masih masuk. Tidur malam sejuk sekali walaupun ada ‘ sleeping bag ‘. Tidak dapat tidur dengan sempurna.

Tamat perahan pertama seperti yang dinyatakan oleh Cikgu Rosli. Tidak begitu mengenalinya. Hanya mendengar nama daripada Shariff. Seorang pendaki tegar. Laju ketika mendaki walaupun membawa bebanan yang berat. Lebik sekali ganda dengan bebanan yang saya bawa, berdasarkan begnya. Ia suruh cuba,  nampak pun dah lemah. Ia juga meminati basikal. Tidak diketahui sudak sampai ke mana.DSCF0013

13 Februari 2011, Ahad.    Terdengar laungan azan daripada salah seorang  pendaki menandakan sudah masuk waktu subuh.  Selepas solat subuh sediakan sarapan pagi dan bersiap untuk pendakian seterusnya. Masih memakai pakaian yang sama, tidak membawa banyak pakaian kerana takut menjadi beban. Walaupun basah pakai juga. Ia akan basah juga nanti, dibasihi oleh peluh. Sejuk bukan alasan kerana ia akan panas kerana akan memasuki perahan yang kedua yang lebih getir dan hebat.

Pada jam 8.20 pagi pendakian disambung menuju ke Permatang yang jaraknya 2.5 kilometer dari Kem Kor. Tidak lama mendatar, selepas itu mula mendaki, keadaan tanah masih lecak akibat hujan pada sebelah malam, berhati-hati. Semasa bercakap-cakap dengan Pak Ram telah terlanggar dahan kayu, terkena di kepala, berdarah sedikit. Pendakian diteruskan, bebanan yang dDSCF0014ibawa tidak banyak berubah, beras belum digunakan langsung kerana pada sebelah tadi Karim ada membawa nasi. Masak lebih katanya. Yang luak satu tin sardin, dua bungkus mee segera dan beberapa biji coklat dan cloud 9. Buka topi kerana ia sudah mengganggu pendakian. Bila hendak sampai di Permatang menerun sedikit. Akan berehat sebentar di sini. Ada punca air tetapi terpaksa berjalan 50 meter untuk mendapatkannya. Pergi menurun dan balik mendaki, itu yang tidak tahan. Minta pendapat yang lain sama ada air yang dibawa cukup untuk perjalanan seterus. Mereka kata cukup. O.Klah. Permatang berada diketinggian 874 meter. Sampai di sini pada jam 9.30 pagi.

Selepas berehat sebentar pendakian diteruskan menuju ke Kubang yang jaraknya 3.5 kilometer. Dari Permatang terus mencanak, di sini mDSCF0037ula memijak akar-akar kayu, di sesetengah tempat amat curam sekali, tangan terpaksa digunakan untuk memaut akar di sepanjang pendakian. Kadang-kadang lutut juga digunakan. Amat perit sekali. Berjalan dalam keadaan longlai. Ada juga pendaki yang membuat lawak untuk melegakan perasaan. Kaki mula sakit, pada mulanya di bahagian lutut, kemudian di sendi bahagian peha. Pendakian amat perlahan. Kemudian Shafik memotong, itu tidak ada masalah, tetapi apabila Shariff dan Pak Ram memotong ia menjadi masalah. Ini bermakna pendakian amat perlahan. Ada yang tidak kena. Beritahu Shariff akan hal ini. Ia cadangkan asam boi. Memang tahu asam boi boleh membantu tetapi lupa. Dapatkannya daripada Shafik setelah menghisapnya tiga biji, tekak mula loya dan rasa DSCF0018hendak muntah. Kalau diteruskan boleh muntah. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Berhenti minum dan makan dua keping roti. Tidak lama kemudian tenaga pulih semula dan dengan bantuan asam boi kaki mulai tidak sakit. Perjalanan berjalan lancar. Walaupun perlahan kerana mendaki sejauh 3.5 kilometer dari Permatang ke Kubang.

Pada jam 11.00 tengah hari sampai di Kem Kubang rehat dan makan coklat untuk tenaga tambahan. Kem Kubang berada di ketinggian 1,406 meter. Berehat lama sedikit sehingga jam 11.40 tengah hari.

Destinasi berikutnya ialah Berlumut yang jaraknya 1.5 kilometer. Sesuai DSCF0033dengan nama memang ada lumut di situ, terdapat juga pokok mengkuang. Perjalanan seterusnya adalah berpaya dan akar-akar kayu yang timbul. Bila sampai di situ pada jam 12.45 tengah hari terdapat satu kumpulan yang sedang berehat sambil duduk makan. Tidak berehat di situ. Berlumut berada di ketinggian 1,493 meter. Pendakian diteruskan ke Bonsai.

Perjalanan ke Bonsai boleh tahan juga peritnya. Terpaksa melalui paya dan akar kayu yang sebesar lengan. Sukar hendak membuat pilihan, pijak akar kaki akan sakit, masuk paya, nasib tak baik kasut boleh terbenam. Untuk memaut pokok juga perlu berhati-hati kerana ada pokok yang berduri. Keadaan perjalanan adalah turun naik bukit. Tidak diketahui berapa banyak bukit mesti didaki dan berapa banyak lurah yang mesti dituruni. Keadaan tanah adalah lecak. Jarak perjalanan ke Bonsai dari Berlumut ialah 5.5 kilometer. DSCF0024Pokok-pokok sudah semakin rendah. Daripada sinilah agaknya ia mendapat nama. Bonsai berada diketinggian 1,705 meter. Sampai di Bonsai bersama Shafik pada jam 3.50 petang. Rehat sebentar.

Berikutnya ke Botak. Tidak diketahui jarak dan ketinggiannya kerana tidak ada papan tanda yang dijumpai untuk maklumat itu. Laluan masih berpaya pada peringkat awal dan pokok-pokok semakin rendah. Selepas itu tanahnya kering dan berbatu-batu. Beberapa kali bersama Shafik berhenti rehat. Sudah semakin lemah. Lagi tinggi lagi rendah pokok di situ, boleh kelihatan pendaki-pendaki yang lain. Sampai di Botak pada jam 5.15 petang. Karim sudah lebih awal, dia sudah mandi dan menukar pakaian. Oleh sebab sudah lewat petang dan masih belum solat letak beg dan pergi mandi. Karim menawarkan diri untuk memasang khemah. Ada sebuah telaga di situ, telaga semula jadi daripada batu. Mungkin sudah berjuta tahun akibat hakisan ia menjadi perigi. Dalam juga. Bila mandi airnya sangat sejuk. MengDSCF0028gigil. Tidak boleh lama. Hanya ada satu perigi terpaksa bergilir lelaki dan perempuan. Cuaca di Botak makin gelap semakin sejuk, pakai dua lapis baju tebal. Tidak boleh keluar khemah, gunakan ‘ sleeping bag’ pun masih sejuk. Keadaan yang sebegini menyebabkan tidur tidak nyenyak walupun letih lesu. Shariff sampai jam 9.00 malam. Pendaki yang terakhir ialah pada jam 4.30 pagi hari berikutnya iaitu pada 14 Februari 2011. Pendaki itu juga mengikut cerita, orang pertama sampai di puncak kerana ia tidak mahu berkhemah di Botak sudah terlalu lewat.

14 Februari 2011, Isnin, selepas solat subuh, pada jam 6.25 pagi mendaki ke puncak Tahan. Keadaan laluan bertanah dan berbatu, tidak sebegitu sejuk. Di pertengahan jalan berjumpa dengan saudara Farid dari Sikamat, Kajang.  Penulis adalah pendaki yang terakhir sampai, berada di belakang Shariff. Sampai pada jam 7.35 pagi. Setelah mengambil beberapa gambar   untuk kenangan, pada jam 8.00 pagi perjalanan turun pun bermula. Sampai semula di Botak pada jam 8.40 pagi, terus mengemaskan barang-barang dan DSCF0036menurunkan khemah untuk perjalanan pulang.

Pada jam 9.40 pagi perjalanan yang panjang bermula dan matlamatnya ialah Lata Luis kerana akan berkhemah di situ. Perjalanan akan melalui laluan yang sama. Akan menempuhi suasana yang sama, akan turun dan naik bukit. Cuma yang berbeza ia akan semakin rendah.

Pada Jam 5.00 petang  sampai di Lata Luis. Keadaan sunyi, kerana rakan yang lain belum sampai. Walaupun Cikgu Rosli dan beberapa yang lain mendahului perjalanan turun, mereka berhenti di Kem Kor untuk mengagihkan barang-barang yang akan di bawa turun. Oleh sebab tidak terlibat teruskan perjalanan. Lima belas minit kemudian baharulah seorang pendaki sampai dan diikuti oleh Shafik.

15 Februari 2011, Selasa, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, pada jam 8.30 pagi teruskan perjalanan, kami berempat turun dahulu kerana yangDSCF0031 lain belum sedia, kumpulan besar tentu ada masalah, kami sampai dahulu di Kuala Juram iaitu pada jam11.15 tengah hari. Jam 1.00 tengah hari bergerak ke Sungai Relau. Setelah pengistaharan barang-barang, pada jam 2.20 petang meninggalkan Sungai Relau untuk pulang ke rumah dan sampai pada jam 8.30 malam.

Gambar yang diambil dalam Ekspedisi Mendaki Gunung Tahan

DSCF0039DSCF0043DSCF0044


6 Comments so far
Leave a comment

salam..

saya jep.. saya amat berminat dalam aktiviti memanjat gunung ni…. baru2 ni dlm bulan April 2011, saya sudah menjejaki puncak gunung kinabalu… Alhamdulillah…

so sekarang ni matlamat saya adalah untu menakhluki puncak gunung tahan…. so saya nak minta pandangan dan nasihat dr yg pakar tntg pendakian gunung tahan…. tlg ye (:

Comment by jep

Saya bukan pakar. Tetapi nasihat saya sediakan ketahanan mental dan fizikal dengan membuat latihan lasak.

Comment by hajimeli

salam haji Meli, terlebih dahulu saya ucap tahniah kerana berjaya menakluki Gunung Tahan, saya amat berminat juga nk cuba, boleh kongsikan apakah kelengkapan yang Haji Meli bawa ukt sampai ke Tahan? berapa hari sewajarnya diperuntukkan utk pendakian ini?

Comment by khali

Waalaikum salam! Semua maklumat yang saudara kehendaki ada dalam tajuk Mendaki Gunung Tahan.

Comment by hajimeli




Leave a reply to hajimeli Cancel reply